Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 30 August 2012

Custom-Made Batik Kelantan

Assalamualaikum kawan-kawan blogger.....

Ni saya nak promosikan hasil tangan makcik saya. 

Kalau berminat, jangan segan hubungi no handphone yg tertera @ boleh juga contact saya di diniehasnor@gmail.com

Thanks in Advance!





Boleh buat tempahan menerusi saya di talian 013-9392061 (Noor Asiah Daud).


Semua lukisan batik,dari segi warna dan corak yang dibuat adalah mengikut kehendak pelanggan. 

Semua batik berukuran 4.5 meter.

Jenis kain: Crepe @ Jacquard

Harga sepasang batik adalah berbeza dari segi corak lukisan, sama ada abstrak atau bunga.

Harga bermula dari RM 200 hingga RM 350. 

Penghantaran pos adalah percuma (Malaysia).


Berikut adalah beberapa contoh design yg pernah ditempah oleh pelanggan:



















Wednesday, 29 August 2012

WW: Suasana desa

Kg Jembal, Tawang

Beris

Pantai Senok

Pantai Senok

Pantai Senok

Pantai Senok

Pantai Senok

Pantai Senok

Pantai Senok

Pemandangan dari beranda rumah makcik: Pantai Senok

Pantai Senok


Buah 'katak puru' = Pasir Mas

Tuesday, 28 August 2012

Syawal 2012: Dikejar dek kerbau daaa

Assalamualaikum teman-teman blogger di serata alam

MeriamBebakar = owh mummy suka nasi kerabu ek? pernah try buat sendiri tak? tak susah nak buat tu mummy.....

CikA = wah cepat-cepatlah update gambar Hannah main pantai tuuuu......I rasa umi Hannah yg excited lebih kan kan kan?





2 keping gambar ini mewakili pemandangan biasa yg dapat dilihat daripada tingkap dapur rumah parents aku. Dulunya tempat ini penuh dengan air, terutamanya kalau musim tengkujuh.....dulu-dulu masa kecil, asal balik kampung jer, aku dan makcik2 yg masih muda remaja masa tu suka lah lepak kt sini, kat atas jambatan atau kami panggil ghetok (kihkihkih betul ke aku eja tu kakNa?). Sekarang ghetok tu pon dah rebah...huhuhuhu.

Cuba perhatikan gambar yg paling atas tu. Kat tengah-tengah padang tu ada sekumpulan lembu liar sedang 'sun-bathing' kan. Kat bahagian paling kanan pula ada seekor kerbau balar, saiznya sekali ganda besar daripada kerbau biasa.

Kerbau balar tu ada tuannya, tapi tuannya jenis biar jer si kerbau tu di situ. Biasanya kalau cuaca panas, si kerbau balar tu akan berehat di bawah rimbunan pepohon tu. Tali yg dicucuk di hidungnya amatlah panjang, senang kot si kerbau tu nak bergerak ke sana-sini kan.

Beberapa hari sebelum raya, mem besar habaq ada orang (Perhilitan mungkin, aku tak sure pulak) mai tembak kumpulan lembu liar tu. Tembak tu bukan tujuan cederakan lembu tu, tapi sekadar untuk menakutkan lembu-lembu tu sebab depa ni dah start ceroboh laman-laman orang kampung....dah lah liar kan, ada tanduk pulak tu....takutttt........

Okey berbalik pada ceritera utama (
ampun panjang pulak mukadimah yer), ada satu pagi tu, makcik ke2, makcik ke5, makcik ke8 dan sepupu lelaki 2 beradik datang lah lepak-lepak rumah parents aku. Selepas puas lepak dan makanan pon dah habis, maka depa pun decide nak jenguk tanah makcik ke2 ni.

Tanah makcik ke2 letaknya kat belakang rumah parents aku tu ler. Depa pon berjalan lah 5 orang merentasi padang rumput tu. Makin lama makin ke tengah lah, sebab kt tepi-tepi penuh semak.

Aku masa tu sedang basuh pinggan. Mata tu memang lah perhati kat depa ni. Dalam hati dok cakap, 'beraninya depa ni, tak takut lembu kejar ker?'.

Sebab pada masa depa semakin ke tengah padang, sekumpulan lembu liar tu pon bergerak menghampiri depa. So aku agak akan ada adegan yg kena kejar lembu ni....hikhikhik

Tup-tup, dalam sekelip mata jer, nampak lintang-pukang depa berlari, patah balik ke rumah parents aku.......especially makcik-makcik aku la, sungguh-sungguh berlari, juara jatuh kepada makcik ke5 ....hahahhahha...2 orang sepupu aku  rilek jer, berlari-lari anak jer, control macho lah tu. Sekali kerbau balar tu terus juga mengejar, baru nak pecut......

Aku yg tengok daripada dapur ni, berdekah-dekah gelak (hahahahhahahah.......). Memang lawak habis laaa.....kiranya aku ler satu-satunya saksi "live" peristiwa itu....itu ler, cari penyakit ......kihkihkihkih.....

Sebenarnya yg kejar depa tu bukanlah lembu liar tu, tapi memang si kerbau balar. Mula-mula kerbau tu duduk jer bawah pokok. Tapi mungkin sebab dia berasa terancam kot, maka mulalah dia mengejar depa ni....tali dia dah lah panjang kan, memang sampai ke tengah lah.....tapi kami semua dok suspek si kerbau tu tak kejar sungguh-sungguh, setakat macam gertak gitu jer. Sebab kalau dia bersungguh, mahu nyer tercabut kayu pancang tali tu kan....wah lagi haru kalau begituu......

Sampai ke tengah padang, si kerbau balar tu macam bagi warning kat kami semua tau...macam ni :





Gerun wooo.......


Monday, 27 August 2012

Syawal 2012: Raya ke 2 & ke 3

Disebabkan mode cuti masih berleluasa dalam diri ini, maka marilah kita update blog ceritera raya sebelum ianya basi.


Amzar duduk di seat paling belakang bersama daddy...suka betul dia dapat duduk situ. Bersiap-sedia nak berkunjung ke rumah makcik di Beris.....

Perhatikan style jari Amzar. No no no, dia bukan tunjuk semangat 1 Malaysia yer.....sebaliknya dia sedang cakap 'BIRD' waktu ini ......jari tu kira tengah tunjuk kat bird ler kononnyer.....

Kucing tu namanya Jimmy. Amzar sangat lah 'animal lover' . 

Berani sungguh Amzar ! Aku yang tengok pon gerun, sebab khuatir kan kucing tu gigit dia balik.....sebab Ayah Cik cakap kucing tu memang suka gigit orang.....nasib baik Ayah Cik pegang Jimmy kemas-kemas.....

Khusyuk tengok Jimmy nak melepaskan diri ....

"Jimmy, mana mau lari? I'll follow you ......."

Ini pulak pagi raya ketiga. Bersiap-sedia nak pergi kenduri kahwin di Bukit Yong (sempadan Terengganu).  Jauh tuuuu, 1.5 jam perjalanan sehala....huhuhuh.....amacam smart tak saya? Terima kasih pada Pok Nuh atas sumbangan kasut Nike ituuuu.......kalau ada kasut lain yg dah tak muat, sila jangan segan untuk bagi lagi ya....Amzar suka !!!! Abe Ajwad kat belakang sedang gigih menghabiskan susu. 

"Abe Ajwad! Cepatlah minum susu tu. Nah minum air masok pulok...."


Wan Marissa Hanan ---- anak adik lelaki aku (Hazizi)

MokCu posing dengan anak-anak buah

Merenung masa hadapan atau mengimbas kenangan silam ? Hmmmmm.....

Till then, c ya...Assalamualaikum .....

Menu Amzar untuk Sarapan / Tea-break

*** Entry Raya: sila rujuk label SYAWAL 2012.


Amzar sekarang dah ada 6 batang gigi, 2 bawah dan 4 atas....dan sudah ada tanda-tanda kemunculan yg baru.....

Apa tanda-tandanya? ---- Dia suka menggigit !

Tapi nasib baik dia tak menggigit waktu nursing...fuhhh lega mummy tau!

Tempat yang selalu jadi singgahan gigi dia adalah: paha, tangan, bahu .......sakitttttt ...... 

Sampaikan Abe Ajwad lari kalau Amzar pergi dekat dia ....kihkihkih....pernah jadi mangsa katakan!

So sejak ada gigi banyak ni, senang sikit lah kerja mummy utk sediakan sarapan Amzar kan. Potong-potong roti jer, letak cheese, siap!

Gelek-gelek dulu roti bagi nipis, pastu potong..... hulur seketul-seketul kat tangan dia, pandai pulak dia suap ke mulut sendiri. Syabas beta!!!!





Syawal 2012: Edisi Pra-Raya & Raya Pertama

Assalamualaikum kawan-kawan sekalian......

Maaf ler lama cuti raya kali ni....tapi puas hati...sebab kalau ikutkan tahun-tahun lepas, husband raya ketiga ja dah mula kerja......tak puas tau....tapi tahun ni, dah habaq awal-awal kat dia, ada kenduri kahwin sepupu berderet .... mulai raya ketiga hingga raya kelima.....puas ler makan gulai kenduri kan......

Ok marilah aku start dengan kisah sesampainya kami di kampung. Kami bertolak jam 1.30am Sabtu. Nak elakkan jammed di Tanah Merah (area Bukit Bunga terutamanya).

Sampai kat kampung jam 6.30am, sebabnya kami berhenti sahur di Jeli jam 4am. 

Jom layan gambar 2 hero ni sesampainya di kampung.




Abe Ajwad memang suka lah main pasir, siap bawak mainan dari Penang. Kebetulan rumah atuk ni belum siap sepenuhnya lagi, ada ler rezeki Abe Ajwad main pasir......belum mandi lagi ni...hihihi

Di sekeliling rumah memang banyak pokok terung pipit tumbuh secara liar....tapi kali ni time aku balik, baru sedang berbunga....takder rezeki nak petik + makan terung pipit nampaknya .....

Edisi belum mandi pagi ....posing dulu yang penting

Edisi selepas mandi dan selepas bangun tido: sukalah tu dapat bermaharajalela di ruang yg luas

Sebenarnya rumah baru ni letaknya belakang rumah nenek aku jer. Tak sampai 10 langkah pong. 

Jom layan gambar pada raya pertama pula. Tak ramai kat rumah masa ni, sebab adik-adik lelaki aku yg dua orang tu tak balik lagi. Depa sampai raya ketiga, beraya di rumah mertua dulu tahun ni (aku jgk yg tak pening nak beraya kat mana....hehehehhehe)..


Pagi-pagi raya tu, lepas jer solat Subuh, aku dan adik bongsu telah diarahkan oleh mem besar (mak aku ler) untuk pergi mengambil juadah yg telah ditempah....rumah makcik belah ayah kt Pantai Senok.....lebih kurang 15 min drive .....mem besar tempah roti jala dan popia jer (popia belum goreng masa ni), yg mee tu makcik bagi free....buy one free one kaedahnya......hehehehe. Ni jer lah hidangan kami di rumah baru, sebabnya kat rumah nenek dah disediakan menu Nasi Kerabu...so nak makan berat, berlari jer ke situ.....

Roti Jala

Mee Goreng 

Amzar dengan jubah ....sedondon ler dengan Abe Ajwad .....aku beli online ajer ni, last minute shopping.....

'Apa makcu ni, sengih-sengih?'

'Oh terserlah kemachoan ku!'

Adegan berpeluk-pelukan di pagi raya.....aku ler tu dalam gambar (yg nampak bahagian belakang jerk)....tu yg tengah peluk aku tu makcik (Cik Yah), tokei batik + designer batik. Semua batik dia lukis tangan...beroperasi dari rumah nenek yg lama (ubahsuai jadi kilang batik). Kalau ada sesiapa mahu order handmade batik (exclusive design), jangan segan habaq noooo.....

Lembu pon mahu beraya daaa.....

Sawah nan menghijau

Ini bukanlah rumah parents aku mahupun rumah nenek. Ini adalah rumah atau pun layak digelar castle di kampung itu. Pemiliknya adalah peguam. Di garagenya boleh kelihatan 2 biji porsche. Aku tak pernah masuk lagi rumah ni. Husband jer selalu masuk, sebab tiap-tiap tahun peguam tu buat open house, jemput penduduk kampung (rumahnya ada dewan okeh!). 

Okey sudah sunset...tamatlah kisah raya pertama......

Itulah serba-sedikit kisah raya pertama kami. 

InsyaAllah ada susulan raya lagi selepas ini...ada kisah dikejar kerbau juga...tunggu ya....

Till then, c ya....Assalamualaikum.....