Hello semua (syok sendiri cam ramai jer yg baca blog ni...huhuhuhu) !!!!!
Bersempena dengan musim berpantang ni, aku nak kongsi laaa satu resepi yang mana eksperimen nya telah berjaya dilakukan ke atas diri aku sendiri......sebenarnya resepi ni bukannya ciptaan original aku pun, cuma pakai main campak jer dalam periuk tu....
Okey laa, nama resepi nya .....
SUP SAYUR BM.......
Bahan-bahannya:
Lobak putih - setengah batang @ 1/3 batang - dipotong bulat dan seterusnya potong 4
3 ulas bawang putih - mayang @ dihiris halus
Lobak merah - 1 batang - dipotong suka hati sendiri
Ikan bilis - suka hati masing-masing nak bubuh banyak mana
Kailan / Sawi - optional
Bawang besar - 1/2 biji (dihiris nipis)
Lada hitam (coarse) - secukup rasa
Garam - sekurang yang boleh.....
Kaedah:
1. Didihkan air dalam periuk (sukatan air itu ikut suka hati masing-masing ya).
2. Masukkan bawang putih, ikan bilis, lobak putih, bawang besar, dan lobak merah.
3. Biarkan seketika, sehingga lobak putih dan lobak merah agak lembut.
4. Masukkan kailan/sawi @ atau apa-apa sayur yang korang suka.
5. Letakkan garam secukup rasa. Kemudian, sebelum angkat, bubuh ler coarse black pepper.....
6. Taraaaa....dah jadi.....
Sorry laa, semasa tulis entry ni, aku tak masak sup ni...esok-esok kalau aku masak, aku amik ler gambar, nanti aku upload okeh....
Sebenarnya berpantang kali ni, 1st time rasa lobak putih tu...time Ajwad dulu tak buat pun (menyesal sungguh masa tu sebab tak sungguh-sungguh nak BF Ajwad.....kesian kt anok......huhuhuhuhh)...ok, berbalik kepada lobak putih tadi, bagi yang tak pernah rasa, jangan ragu-ragu ok, sedap jerk.....walaupun pada mulanya macam pelik sikit, tapi lama-lama makan ok laaa pulak....
Okey laa...sekian dulu ceritera LOBAK PUTIH.....kepada ibu-ibu dan bakal ibu (esp anak sulung), teruskan usaha anda utk BF...jangan patah semangat ok.....We can do it !