Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 8 July 2013

Alkisah bunga kunyit di rumahku




Sabtu lepas, pagi, sempatlah 'mengerjakan' kebun sekejap. Nanti kan dah masuk Ramadhan, so baiklah cabut dulu segala rumput-rampai yang bermaharajalela tuh.....dalam berkebun ni, bab nak cabut rumput ni lah yang amat lemah sekali nak buat.....kalaulah ada kaedah yang membolehkan rumpur-rampai tak tumbuh, kan ke syok.......tuan tanah berangan tak sudah. 

Tengoklah penghuni tetap kebun tu. Pokok kari subur meninggi. Semakin hari semakin tinggi. Beranak pun rajin. Bulan lepas aku dah buang dah 2 anak kari. Belek-belek ada lagi anak yang baru muncul. Murah rezeki. Tuan tanah tak rajin masak kari. Menunggu jugak kot-kot mahu pokok tu berbuah. Sebab ada orang cakap sesetengah pokok kari akan berbuah. Setakat ni belum lagi. 

Pokok mulberi pun subur jer dalam pasu. Banyak putik buah sedang menunggu masa untuk masak. Tanpa berlengah, tuan tanah mencantas dahan mulberi, supaya tidak lah terus meninggi nanti. 

Sedang mencabut rumput, terperasan ada anak ulam raja. Kecil sangat lagi. Nasib baik tidak tercabut sekali dengan rumput. Teruslah tuan tanah 'pagar' ulam raja itu. Alhamdulillah, setakat ni, ulam raja ada ja tersesat tumbuh di kebun tu. Barangkali benih yang tersebar daripada pokok induk dulu-dulu. 

Anak roselle pun berkembang dengan jayanya. Maka, kerja-kerja pemindahan 4 anak pokok ke lokasi lain dilakukan, supaya tiada persaingan nutrient. Mudah-mudahan lepas raya akan berbuah....insyaAllah. 

Belek-belek pada pokok kunyit juga. Subur. Eh eh eh, ada bunga lagi. Kalini kali ketiga berbunga, yang sempat tuan tanah perasan lah. Kali pertama berbunga, tuan tanah cam kagum yang amat, pertama kali tengok bunga kunyit. Tapi tak tahu pula boleh makan. Biar macam tu jer lah. Kali kedua berbunga, tuan tanah perasan apabila ianya dah pun layu......hukhukhukhuk....nampak sangat kan jarang jenguk kebun.......


Si bunga kunyit yang unik !


Kalini tuan tanah tidak melepaskan peluang untuk merasa keenakkan bunga kunyit ni. Lagipun, apabila di'google', pendapat tradisional menyatakan ianya awet muda...awwwww....lagilah tuan tanah teruja kan. Fikir punya fikir, tuan tanah rasa masukkan ia dalam telur dadar jer lah. Boleh anak-anak makan sekali. Kalau buat kerabu, nanti anak-anak tuan tanah tak makan, terutamanya Abe Ajwad.
 Dalam telur, dia ok ja. No complaint!

Tuan tanah tak pasti cara sebenar nak proses bunga kunyit ni.
 Maka cabut ajerlah kelopak demi kelopak.
Rendam dalam air garam seketika. 

Kelopak bunga tu dibahagi 2. Satu portion masuk telur dadar.
1 portion lagi masukkan dalam raw juice. 
Tuan tanah campur dengan sebiji orange dan sebiji epal hijau. 

Telur dadar berbunga kunyit.
Abe Ajwad tak perasan pun ....hehhehehe
Walaupun rasa 'kunyit' tu agak kuat. 

Dan ini pula hidangan morning-break tuan tanah.
Raw juice of bunga kunyit. 
The taste was great. No taste of kunyit, but there's slightly kunyit's smell.


Geng raw juice tuan tanah!
Begitu nikmat Amzar minum jus oren + bunga kunyit !

See, excited face dapat minum juice !

Tuesday, 2 July 2013

Tuesday 2 July 2013

Breakfast smoothie at 6.30am: Dragon fruit + banana + kailan.
Pada sesiapa yg fobia warna hijau, bolehlah campur sayur dengan buah naga.
Psti tenggelam warna hijau ituuuu.....


nurbijen, ~najwa~, Ummu Madihah, Kniedaz, = Lokasi spesifik Pusat Rekreasi Air Hitam Dalam ni , kalau dari  Sg Dua, menghala ke arah Kubang Semang.
Agak luas kawasan ni, menghijau dengan hutan rimba yang tidak tebal.....
tetapi ada penghuninya.....sepanjang berjalan di laluan tu, memang diiringi sahut-sahutan sang monyet. Free admission. Ada juga gerai-gerai yang jual toys, laksa, mihun sup etc. Kemudahan tandas pun ok. 

The youngest hero yang puas berlari ke sana sini. 

Bergaya dengan spek hitam si abang. 

@na = ni lah gambar tuan tanoh nyoh.....hehehehhehe

Ok ini pula petang Ahad, sebelum keluar ke Air Hitam Dalam tu.
Masing-masing baru bangun tidur, semangat nak buat colouring.
Sudahnya, lantai, meja, kerusi semua kena!
Sempatlah mummy bertukar menjadi raksasa kejap. 

Monday, 1 July 2013

Air Hitam Dalam

Petang semalam, jam 5.30pm, kami bergerak menuju ke tempat ini.
Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. 5 minit drive dari rumah.
Baru tahu jer kewujudan tempat ni, walhal sudah digazetkan sejak tahun 2008 lagi.
Itulah, kadang-kadang kita suka meneliti tempat luar mana yang best, sedangkan kadang-kadang ada jer tempat yg best berhampiran kan....
wokeh itu ayat penyedap hati sendiri ...hehehhehe

Ini pemandangan yang dapat dilihat sejurus keluar daripada kereta.
Hijau merata-rata. Bagus untuk sesi mencuci mata.
Sebenarnya kawasan ni dikelilingi lembah/paya/tasik kecil.
Ramai juga yang memancing.
Mesti best kalau dapat berlaukkan ikan haruan!

Luas juga kawasan ni. Sepanjang/seluas kawasan tu, kita boleh explore dengan laluan ni.
Bagi aku, agak gayat juga laa....Kat bahagian bawah laluan dipenuhi dengan anak-anak bakau yang sedang membesar.
Ada juga laluan jambatan gantung dan menara tinggi. 

Untuk jambatan gantung yang tinggi ni, aku mengalah awal-awal.
Tak sanggup nak naik weh.....dahlah panjang.
Maka cuma Mr Hubby dan anak-anak jer naik.
Kagum dengan Ajwad, siap boleh lari-lari lagi kat atas tu, syabas beta!
Amzar pula ikut perangai mummy, ada sikit gerun....hehehheh....
sebab tu Daddy kena dukung. 

Heroes of my heart 

Lorong yang damai.

Amzar berjalan selamba.
Mummy yang cuak, sebab tali penghalang tu lebar sangat......

Lorong kampung.
Langit biru.
Pepohon menghijau.
Damai di hati. 

Thursday, 27 June 2013

Roselle berbeza?





Kedua-dua set ini ditanam pada masa yang sama. Tetapi kelihatan yang di dalam pasu macam agak terbantut pertumbuhannya.....Yang di atas tanah direct subur.....

Wednesday, 26 June 2013

Kisah benar yang menyentuh hati




Gentle warning: Coretan hari ini mungkin mengundang ketidakselesaan emosi pada sesetengah orang.


Malam tadi, terbuka satu channel siaran Australia di Astro. 
Rancangan yang berbentuk temubual, diberi nama "My Life is a Lifetime Movie".

Begini kisahnya:

"Anne (bukan nama sebenar) bertemu suaminya di kolej. Mereka berkahwin setelah tamat pengajian dan merupakan pasangan yang romantik. Sebelum berkahwin, Anne ada bertanyakan suaminya (Nicholas) mengenai family planning, dan suaminya setuju untuk mempunyai anak."

"Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 2 tahun. Sulung perempuan dan kedua lelaki. Kedua-dua anak ini amat rapat dengan Nicholas. Setiap pagi Nicholas yang akan menyediakan sarapan untuk kedua-dua anaknya sebelum keluar bekerja. Sambil bersarapan, mereka akan berbual dan ketawa bersama."

"Di hari cuti, kualiti masa bersama keluarga amat ditekankan. Di dalam komuniti, keluarga ini amat komited dengan aktiviti gereja. Daripada video keluarga yang ditayangkan, memang jelas kelihatan ciri-ciri bapa penyayang pada diri Nicholas. Pada waktu yg sama, Anne sedang mengandungkan anak yang ketiga."

" Pada suatu pagi, selepas menyediakan sarapan bersama anak-anaknya, Nicholas keluar bekerja seperti biasa. Di tempat kerja, Nicholas menelefon Anne dan memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah pada jam 6 petang setelah membeli gula."

"Jam menunjukkan angka 7pm. Beranjak ke 8pm. Anne mulai gelisah kerana Nicholas masih belum pulang. Dia menelefon Nicholas tetapi hanya disambut oleh voicemail."

"Apabila jam menunjukkan angka 9pm, Anne cemas. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk menimpa Nicholas. Anne segera menghubungi ibunya dan beberapa kenalan rapat. Jiran-jiran mulai datang, dan tanpa melengahkan masa mereka memulakan gerakan mencari Nicholas pada malam itu juga."

"Masuk hari kedua, Nicholas masih belum ditemui. Anak-anak, Zea dan Rob mulai merindui bapa mereka. Laporan polis dibuat. Anne sangat sedih. Apalah sangat yang mampu dilakukannya dalam keadaan sarat begitu."

"Hari kelima, kereta Nicholas ditemui. Kosong. Pada masa itu, pelbagai andaian timbul di benak Anne. Kemungkinan suaminya dibunuh sentiasa berlegar di fikiran. Tetapi dia cuba menafikannya kerana Nicholas adalah seorang yang lurus dan baik hati, tidak mungkin ada musuh yang mahu membunuhnya."

"Lebih memburukkan keadaan, pihak polis turut menahan Anne dan soal-siasat selama 2 jam setengah, kerana mereka beranggapan Anne yang membunuh Nicholas."

"Pencarian giat dilakukan. Namun, setelah hampir setahun, Nicholas masih belum dapat dijejaki. Mayatnya juga tidak ditemui. Anne melahirkan anak yang ketiga sendirian 
di hospital, tanpa kehadiran suami. 
In fact, Anne yang memandu sendiri ke hospital bersama dua anaknya."

"Anne membesarkan ketiga-tiga anaknya sendirian pada ketika itu. 
Seringkali juga Zea dan Rob merindui Nicholas."

"Setahun setengah kemudian, Anne menerima cek daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anne cuba menyiasat dari mana datangnya wang itu. Rupa-rupanya cek itu di atas nama Nicholas. Anne tersentak, Nicholas masih hidup! Tetapi kenapa dia tidak langsung cuba menghubungi keluarga?"

"Anne menghubungi polis dan wartawan yang membantunya selama ini. Penyiasatan dibuat. Dan didapati Nicholas selama ini berada di California (Anne di Seattle), dengan identiti baru, Alex. Wartawan berjaya menjejaki Alex/Nicholas di California dan satu temubual eksklusif diadakan. Anne cuma menonton melalui siaran tv daripada rumahnya di Seattle."

"Nicholas/Alex telah mengubah rupanya. Dia membotakkan kepala dan hidup dalam keadaan yang ringkas. Apabila wartawan cuba bertanya kenapa dia menghilangkan diri, dia cuma menyatakan bahawa dia perlu bersendirian dan mahu menjauhkan diri daripada keluarganya. Tanpa sebab yang spesifik. Cuma dia rasa perlu bersendirian dan hidup jauh daripada mereka."

"Wartawan bertanya lagi, apakah dia tidak rindu pada Zea dan Rob? Anak-anak sering merinduinya. Dengan yakin, dengan tiada perasaan, Nicholas/Alex menjawab dia tidak rindu pada Zea/Rob. Dan dia tidak mahu pulang kepada mereka pun. Wartawan cuba menunjukkan gambar Zea yang terbaru kepadanya, tetapi tiada sebarang ekspresi dizahirkan."

"Anne menangis melihat temubual tersebut. Sungguh dia tidak sangka Nicholas boleh berubah sebegitu rupa."

Sehingga pagi ini, aku masih terkesan dengan kisah ini. 
Amat menyentuh hati. 

Kerana melalui video keluarga yang ditayangkan, memang sifat penyayang Nicholas sebagai bapa amat ketara. Aku kasihan dengan anak-anaknya yang rapat dengan beliau.




Tuesday, 25 June 2013

Petang Ahad bersama A & A




Penyeri Thai Basil .....

Apa saja lah aktiviti 2 hero ni....si abang sedang mengajar
adiknya mengutip batu-batu kecil di luar pagar

Yang ni pulak......sesi mengira agaknya.....

Bosan bermain batu, bersenam pula seketika di tepi laman.
Tu tangan Amzar sebegitu sebab sedang 'menggayakan' ala-ala senamrobik lah tu.

Take a break!
Menghayati keindahan 'dessert' buatan mummy.....
Jangan percaya, dia bukannya sedang menghargai si kaktus itu,
tetapi sedang memerhati batu-batu kecil yang berwarna-warni itu....
Ada cubaan mengalihkan batu-batu itu ke dalam longkang!

Yang ini pula, fokus pada pepatung yang hinggap pada rumput.
Abe Ajwad kata, "mummy, dragonfly!"

Wednesday, 19 June 2013

70:20:10

suka suka Hannah Vi = sukatan sayur biasanya guna segenggam untuk setiap jenis. Buah sebiji. Tapi kadar sayur tu bolehlah dikurangkan atau diperbanyakkan ikut kegemaran masing2. Seelok-eloknya nisbah 1 buah + 3 jenis sayur. Happy Juicing !


Harini nak bercerita perihal bahasa hero termuda di rumah. 
Tidak lain tidak bukan si Amzar itulah. 
Wah sekarang bukan main lagi perangainya, suka 'mengusik' abang. 
Kesian lah si abang, meraung satu rumah. 

Menginjak usia 2 tahun lebih ni (2 tahun sebulan), makin rajin bercakap. 
Sembang dengan abang pun dah pandai.
Abang sembang guna Mandarin, dia jawab dalam bahasa 'baby's talk'.
Yang peliknya, si abang macam faham ajer. 

Tapi dah banyak juga perkataan yang boleh difahami. 
Alhamdulillah dia pun sama macam abangnya dulu, tak pelat. 

70% perkataan yang Amzar tuturkan adalah BAHASA MELAYU.
20% ENGLISH.
10% MANDARIN.

Nak tahu perkataan mandarin apa yang paling pandai disebut?

Paw-paw ==== apabila minta didukung.

Fei qi === kapal terbang.

Tapi kadang-kadang nampak helikopter pun dia bantai sebut Fei qi gak.....

Takpolah anok, asal burung jangan sebut Fei qi gak, sudah lah.....

Yang paling aku suka, bila dia nampak aku, dia akan sebut,

"Mi Mi" !

Instead of mummy.....