Dalam seminggu, kadang-kadang sekali atau dua kali aku akan sediakan vegetarian dish untuk juadah dinner. Rakyat jelata haruslah menjunjung perintah sahaja kan, jika tidak kebuluranlah jawabnya.
Vegetarian dish yang aku sediakan bukanlah yang gempak sangat pun. Istilah vegetarian cuma disebabkan tiada protein haiwan, itu sahaja.
Haritu, adalah perbualan aku dan Mr Hubby:
Aku: Malam nanti kita makan vegetarian okay. I teringin nak makan vegetarian ni.
Mr Hubby: U kenapa? Mahu bertukar macam sami Buddha ke?
Ish Yang, tak patut tau cakap macam tu kat I .....hukhukhuk....sambung perbualan:
Aku: Ada ke cakap macam tu, sami tu whole life dia vegetarian kan......ala saja laaa, ubah selera, saja nak up kan intake sayur dalam menu ....bla...bla...bla........
(terus menyampuk) Mr Hubby: okay, apa-apa sahaja.....you're the chef....
Heheheheheheh......
So semalam sempena birthday Amzar, aku buatlah vegetarian pizza. Balik kerja bergegas masukkan bahan dough dalam BM. 50 minit kemudian siap pizza dough.
Untuk toppings ---- capsicum, terung, tomato, olive, dan a lot of cheese, + sos pasta.
Bakar dalam magic pan. 1st time. Not bad!
Ni sebenarnya kali kedua buat pizza, pertama kali buat minggu lepas, tak berapa jadi.....huhuhu....kalini buat, dapat pujian daripada Ajwad......bangga kejap, ahaks! Sebab Ajwad tu memilih makannya, so kalau dia puji, kita harus berbangga ya.....hahahhaha....walaupun rupa pizza nya tidak berapa cantik.
 |
I've used unbleached flour to make pizza dough. Sebab itu doughnya warna kecoklatan gitu. |
Resepi dough (berdasarkan buku resepi BM):
Tepung, air, olive oil, active dried yeast, salt.
Till then, c ya ....Assalamualaikum