rostina76 = sayo pon toksey kg baru ...hehehee
Ummu Madihah = comey tu mok aji kalu laman ado bird-bath, tapi keno ghajin tukar air laa dok....
ummuaidan = tok penoh lagi ado pengalaman hok oghe menuai padi .....
JaSSNaNi = akak cakap pasal air sawah kering banyak ikan, terus teringin nak makan ikan haruan.....
Kniedaz = kat Sg Dua pon sama kak....masih menghijau lagi....
umiyumi = depa berdua tu memang seronok umi, asyik nak dok kat tanah ja, main pasir...
Secara jujurnya, nak mengaku, aku tak pernah buat sendiri @ masak kuah kacang sendiri. Tak pernah, sebab selama ni terbayang akan proses memasaknya itu yang mengambil masa. Nak kena goreng kacang lagi, asingkan kulit dia lagi, tumbuk/blend lagi....uihhh...bunyinya macam banyak kerja yang renyah......maka selalu tu pendamkan aje hasrat nak buat kuah kacang sendiri.....
Tetapi, baru-baru ini, selera ni begitu teringin lah nak makan kuah kacang dengan nasi impit. Nak tunggu raya lambat lagi...huhuhu....adalah jugak minta Mr Hubby belikan sate malam-malam, selang setiap 2 hari macam itu....hehehhe tapi takkanlah nak asyik beli jer kan.....
Maka, dengan tekadnya, pada suatu hari di hujung minggu, bermula lah misi membuat kuah kacang. Cari resepi yang paling ringkas/senang untuk diikuti di internet.
Kacang tanah ada dalam fridge, tapi disebabkan mahu short-cut, tidak digunakanlah kacang tanah tu (sebab kacang tanah tu mentah lagi, belum goreng).
Sebagai gantinya, aku gunakan roasted hazelnut + cashewnut. Tinggal kisar ajer kacang-kacang ni. Sekaligus untuk menghabiskan stok.
Rasanya??? ----------- > not bad !
Kesimpulan: experiment berjaya, walaupun derhaka pada resepi asal.....hehehehhehe....sukatan kacang tu pun main masuk ja, sebab aku ni jenis yg suka kuah pekat dan kacang banyak, maka banyaklah kacang-kacang tu yang perlu dikisar.
| Yeay, dapat makan nasi impit dengan kuah kacang.... Sate tak buat laaa, itu next mission kot. Dan sebagai ganti sate, mari kita perbanyakkan makan sayuran....asparagus dan jagung muda direbus sekejap. |
Till then, c ya ....Assalamualaikum ....
















