Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 4 March 2013

Keputusan GA !


Assalamualaikum semua ....

Marilah sama-sama kita panjatkan doa supaya pasukan keselamatan negara bisa menumpaskan pihak penceroboh di Sabah...(mode: sayu hati apabila buka FB pagi tadi, 6 orang pahlawan negara terkorban)....

Terima kasih kepada teman-teman blogger yang sudi join GA ini........insyaAllah dimurahkan rezeki, ini bukanlah GA yang pertama dan terakhir ......

Mengikut susunan komen, kedudukan peserta GA seperti berikut :

2) Ibu Ann
3) Lynn
6) Kniedaz

Pemilihan pemenang dibuat secara rawak menggunakan random.org.

Untuk hadiah A (Epsom Salt), pemenangnya adalah ........


peserta ke-5: Mok Aji Ummu Madihah ....

Yeay...clap clap clap .....tahniah mok aji....by the way, GA=giveaway.....

Untuk menentukan pemenang hadiah B, peserta tinggal 6. 
Maka pemenang bagi Chia Seed adalah.....


Dimenangi oleh Ibu Ann...

Yeay...tahniah.....

Kepada teman-teman yang belum berjaya, jangan susah hati ..... insyaAllah nanti di lain kali mungkin rezeki anda pula.....

Terima kasih sangat-sangat sudi join GA blog picisan ini ....

Till then, c ya .... 

p/s: mok aji dan ibu ann, tolong emel alamat utk pos barang, diniehasnor@gmail.com

Friday, 1 March 2013

1st GA: Edisi Menghargai Teman-teman Blogger


Assalamualaikum semua .... Jumaat Mubarak!

Buat julung-julung kalinya tuan punya blog nak buat GA ni, tapi hadiahnya tidaklah se-gah mana, biasa-biasa ajer.....(ada ke yg sudi join GA ni?...ehheeee)

Tiada syarat spesifik --- tak perlu buat entry khas di blog masing-masing pun. Tinggalkan ajer komen di bawah (alamat emel ya), dan nyatakan hadiah yang mana satu anda inginkan dan juga sebab/alasan...

Contoh: diniehasnor@gmail.com inginkan hadiah A, kerana ...............

Gitulah, senang jer kan....hihihihi

Disebabkan GA ini adalah yang pertama, maka ada keistimewaan sedikit.

GA ini terhad hanya untuk follower blog picisan ini yang telah berdaftar (cewaahhhh) sehingga semalam (28/2/2013).

Dateline: Ahad, 3/3/2013, 5pm

Terbuka kepada semua follower yang ada di Malaysia mahupun di oversea, asalkan anda mempunyai alamat Malaysia......heeeeeee

Jom tengok hadiah!


Hadiah A

Epsom salt ini berfungsi sebagai detoxifying agent. Boleh guna untuk rendam kaki atau untuk berendam seluruh badan pada sesiapa yg ada bath tub. Boleh juga digunakan untuk anak-anak kecil, cuma kurangkan dos garamnya sahaja. Maklumlah, badan kita ni penuh dengan toksin akibat pemakanan, ubat dan juga alam sekitar yang ibarat suci dalam debu ini....dinasihatkan jangan berendam terlalu lama kerana dikhuatiri boleh menyebabkan pengdehidratan (dehydrate). 


Hadiah B

Marvellous chia seed yo!!!

Cara penggunaan: Rendam dahulu sesudu (atau sukatan yang anda perlukan) dalam air masak selama 10 min, sehingga kembang. Kemudian, bolehlah dicampurkan bersama jus kegemaran anda atau masukkan dalam adunan kek/kuih/cekodok/lempeng/puding etc....

posted from Bloggeroid

Thursday, 28 February 2013

Apa dalam kosmetik/toiletries kita ya?

Mariambebakar = Hi mummy, rindu nak menatap coretan mummy dan rindu nak tengok anak-anak...keep strong mummy!
Zulfadly = owh tq for the info
ahkakbatik = owh ini 1st time saya dengar pasal pokok ciku dan kelapa gading ni kak....haruslah kena study lepas ni..hehehe
~Mami Little Hero~ = yes dear, nama kampung ni Kg Jembal, 5 mins drive from Kota Jembal tu (nama lama Kota Jembal = Kedai Lalat kan...)...eh eh asal-usul kita sekampung tak? eheee...
Lynn = Hi Lynn, dini pon suka ciku, tapi tulah, time dini balik kg, dia taknak pulak berbuah....
lady lavender = nanti balik Malaysia boleh makan puas2 kak...
me shuhada = tq, tengah belajar lagi teknik terbaik utk ambil gambar...
Sue-Rya Qistina = rumah kampung bolehlah kan Sue, laman luas....
nadia rashid = betul betul betul....hhehehheeh...
ummuaidan = kucing tu suko benar ngukah pokok nyor tu....polish kuku bakali....
Noor Aliza = saya pon tak pasti exactly pisang apa yg sesuai, tapi yg ni saya guna pisang awak...
umiyumi = pisang bakar buat camne umi? bakar berapa lama ek?


Dulu-dulu, aku tidak pernah kisah pun hendak teliti kandungan bahan dalam toiletries, macam pencuci muka ke, moisturizer muka ke, deodorant ke.....

Yang tahu, benda tu affordable dan sesuai dengan jenis kulit....
(make-up aku memang tak pakai --- so selamat di situ...eheh....)

Cuma semenjak menjadi remaja purba dewasa ini, ingredients lah yang aku teliti dahulu....

Kecut-perut bila macam-macam penyakit ganjil muncul di alaf baru ini....

So, bagi aku, mana yang boleh avoid, aku jauhi.....

Sekarang, aku berjinak-jinak dengan minyak kelapa dara (VCO)....

Sedap juga rupanya minyak ni --- rasa macam gula-gula kelapa tapi tanpa rasa manis....

VCO --- aku makan sesudu setiap pagi, Amzar dan Ajwad dan Mr Hubby sesudu setiap petang
To strengthen our immune system

VCO --- calit di tangan sedikit dan sapukan di muka, sebagai moisturizer muka aku.....

Eh eh dah melalut pasal VCO pulak dah....sebenarnya nak kongsi tentang gambar di bawah ni....tentang VCO, nanti kita cerita lain ek.....
(ada home-made cosmetics yang boleh buat daripada VCO tu...)


Sila klik gambaruntuk lebih jelas...

Till then, c ya ...Assalamualaikum

Tuesday, 26 February 2013

WT: Masa mencemburui ku...


House @ JembalCastle: Cekur manis yang sedang galak berbunga ...

House @ JembalCastle: Laman rumah Pok Uda ...

House @ JembalCastle: Sedapnyer jantung rebus cicoh budu........

House @JembalCastle: Pegaga yg lebat melata .....

House @ JembalCastle: Ciku yang berbuah setiap kali musim yang aku TIDAK pulang ke sini...huhuhu...

Thursday, 21 February 2013

Extravaganza Breakfast!


Assalamualaikum...

Memperkenalkan ---- sarapan terbaik abad ini ....

 Pisang Rebus !!!

Hidangan kampung ajo ---- very precious and sentimental value to me .....

Ada sesiapa yang suka?

Semalam masa beli pisang ni, kawan aku pelik bila aku cakap nak buat pisang rebus.....heheheh...orang Penang tak makan pisang rebus kot nooo?

Tapi aku sukalah hidangan ni, ringkas, cepat, sedap (bagi aku lah!) dan berkhasiat......

Bento sarapan Amzar hari ini pun aku letakkan pisang rebus + keledek rebus.....



Rebus dengan sedikit air + garam secubit 



Hidangan di atas dilengkapkan lagi dengan jus epal hijau + limau kasturi + daun salad + chia seed......
Minum 1 jam selepas makan pisang di atas...
posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 February 2013

Reflect ourselves!

Qashmere ummuaidan Sue-Rya Qistina NenetPenne (NP) Ummu Madihah Fadilah Aziz nurbijen umiyumi3 CikA ishamizu



"Don't bother about those who refuse to admit the wrong-things. Don't stress yourself when they do not want to change. Sometimes, silence is the best therapy. But silence is not because you are afraid, but because it's useless. Keep on moving and do your job, because it's amanah from ALLAH SWT and all rezeki is from HIM only....."


Perbezaan pendapat itu penting, dan sememangnya wujud, walaupun kebanyakan masa kita takut nak luahkan. Kita tidak selalu mengamalkan konsep 'Berkata benar biarpun ianya pahit.'

Disebabkan ada perbezaan pendapat, di situlah pentingnya majlis syura' atau nama glamernya mesyuarat. Tempat untuk kita mencari penjelasan dan titik persetujuan hasil diskusi. Bukanlah tempat untuk meletakkan kesalahan pada sesiapa.

Mungkin semasa syura', kita akan 'bertikam-lidah' professionally , tetapi proses itulah yang penting. Jika ada pihak yang menegur, kita seharusnya berlapang dada menerima, bukannya denial-mode.

Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada kesilapan. We have to admit this point. 

Aku sendiri banyak melakukan kesilapan. Tetapi selalu tu aku jarang sedar sehinggalah ada orang tegur. 

Bila orang tegur, kita seharusnya bersyukur, sebab itu bermaksud dia/mereka prihatin terhadap kita. Mereka mahu kita sedar daripada terus-menerus melakukan kesilapan. 

Tetapi dalam hidup kita seharian, sekiranya tiada pihak yang menegur, tiada orang yang ambil kisah sama ada kita buat itu betul atau tidak, semua orang kelihatan macam mahu berbaik-baik dengan kita, berhati-hati lah. 

Seorang sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya yang lain terus-menerus melakukan kesalahan yang sama. Ya, mungkin kita akan terluka apabila dia menegur. Tetapi, kita semua dikurniakan akal fikiran kan. 

Reflect ourselves!

Till then, c ya ... Assalamualaikum

Monday, 18 February 2013

Weekend in kampung & Their beliefs


makcikkantin lady lavender DrNotts zie marziah Ummu Madihah rostina76 (wah unik juga yer cara kenduri orang Brunei) Haliza Ghazalli Kniedaz Izza - Jiejah (culture shock kan kita! .hehehheh) Sue-Rya Qistina ummuaidan (huhuhu...org Fiji tokleh hide air kosong deh......)


Assalamualaikum

Sabtu dan Ahad kami sekeluarga di kampung, Kelantan. Bertolak lepas habis kerja Jumaat, sampai di sana tengah malam dah. Balik sebab hal emergency.....malam tadi, jam 8.30pm dah kembali ke Penang.

Malam tadi, tengah syok tidur keletihan, tiba-tiba terjaga sebab bunyi mercun di sekeliling rumah. Tepat jam 12 tengah malam. Lama juga mereka bermain mercun ni. Ada di kalangan kawan-kawan yang jiran-jiran membakar mercun tengah malam tadi?

Sebenarnya dah tahu perkara ni akan berlaku. Sebab malam tadi adalah upacara kaum Cina yang beragama Buddha, menyembah dewa ....(sorry tak ingat pulak aku dewa apa yang depa sembah, sebab banyak sangat kan dewa depa ni...)...memang upacara sembah dewa ni akan diadakan setiap hari ke-9 CNY, yang biasanya bermula tengah malam nak masuk hari ke-9 tu lah....

So biasanya apa yang mereka lakukan adalah, set-up meja di halaman rumah, letakkan makanan/buah dan tools untuk sembah dewa...

Sebatang (biasanya, sometimes more than 1) colok besar dan tinggi (ada ukiran muka dewa/naga) akan dipacakkan di hadapan rumah (luar pagar) dan dinyalakan.....

Colok besar kadang-kadang ambil masa sehari semalam untuk habis....so di kawasan perumahan yang ramai Buddhist ni, memang kena tahanlah dengan asap colok tu (rumah aku ler tu) ! (ishh..pencemaran udara kan sebenarnya....huhuhu)...

Aku tanyalah Mr Hubby, kenapa kena sembah tengah-tengah malam?

Nak tahu apa jawapan dia?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dia pun tidak tahu, katanya benda-benda ni memang tak logik, tak ada explanation....kihkihkih, somemore he was a free thinker before, not a buddhist...only MIL is a buddhist in the family. 

Tinggalkan kisah depa, jom tengok aktiviti 2 hero ni di kampung....


Abe Ajwad, tengok nenek menyapu sampah di halaman, dia pun sibuk mahu bekerja juga....puas mintak nak guna alat ni, mula-mula nenek tak bagi, meraung bukan main kuat....dah dapat, baru senyum....

Suka betul dapat mengorek pasir ....si Amzar sibuk ke hulu hilir macam supervisor....

Tengok gapo tu anok? Semut ko? 
posted from Bloggeroid