Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 8 March 2012

Puding Telur Anggur Beryogurt



Tiba-tiba kan, semangat untuk 'memuding' datang. Malam-malam pulak tu. Selalu tu pukul 9pm jer dah naik atas.

Menjelma la pulak idea nak bereksperimen. Akibat malas nak google resepi. Hentam sahaja.

Bahan-bahan: 2 sudu gula perang, 3 sudu natural yogurt, 1/2 cawan susu cair, sebiji telur, anggur.

Methodology: campurkn aje kesemua bahan. Steam 30 min.

Hasil: JADI !!!!

Lepas ni bolehlah buat puding ni utk Amzar (once he's ok with eggs la, so far belum bagi telur lg)......

Or ada sesiapa yg pernah buat eggless puding?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 7 March 2012

Sambung ? ke tak sambung .... ?

Dalam dilema.....

Further ke tak? 

Atau yg lebih tepat, bersedia kah aku untuk further? Bersediakah aku untuk kembali bergelar student dengan keadaan yg digelar isteri dan mummy?

Dulu .... masa single .... buat master pun tercungap-cungap.....aduhaiiiii.......adakah kini bersedia untuk bergelumang kembali dengan labwork?

Entah....... 

Tahun lepas, nama dah naik untuk biasiswa staf, tapi aku tak apply pun lar, sebab baru jer habis pantang masa tuh, preparation apa pun tak buat, a.k.a aku takder lagi proposal utk further ......ZERO !

Kalau orang lain, sure dah bertungkus-lumus untuk dapatkan scholarship tu. 

Aku ....? Hmmm....entahlah.....

Banyak yg aku fikir....nak sambung di mana, dalam ke luar.....perihal anak-anak yg sedang membesar lagi.....

Sambung di dalam = aku prefer, tapi ada pro dan cons juga

Sambung di luar = tetap ada pro and cons nyer.....

CONS further di dalam:

1. kalau ada apa2 function / hal yg melibatkan family / relatives = haruslah attend kan?  ===> MASA

2. pasangan 'bz'  ==== > SUPPORT SYSTEM

3. bos senang call =====> TAKKAN TAK ANGKAT PHONE KAN?


Aku cuma senaraikan cons kalau sambung di dalam jer lah, sebab ramai yg sangka kalau sambung dalam  negara, tak ada masalah.....actually NO ......(melalui observation & pengalaman sehari-hari)....

Yeah, cons ni hanya untuk sementara waktu, pro nya akan datang dan menguntungkan......tapi itulah, adakah aku sanggup nak menghadapi semua benda tu? 

Sebab tu, aku amat kagum pada ibu-ibu yg sedang sambung study, especially research-based. TAHNIAH !

Aku selalu bertanya pada diri sendiri, apa yg aku nak akhirnya? 

Mungkin akan ketemu jawapan nanti.....







Tuesday, 6 March 2012

He's Married ! Part 2

pic kredit to FB photographer...


Assalamualaikum....

Lamanya empunya blog bercuti tidak bersiaran.....ke manakah menghilang?

Tidak lah jauh sangat....ke ibukota sahaja....meraikan majlis perkahwinan adik lelaki......tu yg dalam gambar kt atas tu, dan juga yg dalam gambar kat entry di bawah......(abaikan sahaja gambar budak kecik yg suka enterframe itu ya.....)

Kepada adik Epi dan Anis, Selamat Pengantin Baru !


P/S:

JembalCastle ; Ummi_ziz ; umiyumi ; Badjie ; MaryaYusof = wah idea jadi menantu itu sangat menarik....kihkihkihkih....

Jiejah@Iza = harap2 tak mengalir ya time baca tu...

Kamalia = Kak, betul betul....masakan orang Arab sedap....mungkin kena dengan selera kita kan....sebab ada juga sesetengah orang yg tak minat kan....

Mama2Q = hehehhe, kami tak sambut hari guru di sini....

FrauAzmir = Terima kasih....

Anna da Lady = Terima kasih sudi singgah sini.....

He's married !

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 1 March 2012

"Jejak Kasih" Babysitter Ajwad

Assalamualaikum......

Semasa Ajwad berumur 7 bulan - 2 tahun, babysitter adalah pasangan daripada Palestin. Si suami, brother Abdallah sedang further Master di USM pada waktu tu. 

Macam mana depa boleh jadi babysitter Ajwad? Hmmm.....sebenarnya sebelum tu Ajwad dijaga oleh orang lain. Tapi disebabkan ada masalah tertentu, aku pun tidak sedap hati laaa nak hantar ke situ lagi....maka utk sementara aku hantar Ajwad ke nursery......

Dalam pada itu, aku giat mencari pengasuh.......

Masa itu aku tinggal di apartment dekat dengan USM. Di kejiranan ini ramai keluarga Arab, keluarga pelajar yg sedang further study. Kiranya golongan depa ni lah yg rajin 'memeriahkan' surau setiap kali waktu solat. 

Mr hubby berkesempatan berjemaah di surau waktu Subuh, Maghrib dan Isya'. Jadi dia ada lah berkawan dengan pelajar-pelajar Arab ni. 

Suatu hari, aku habaq pada hubby (entah tetiba jer muncul idea ni.....):

Me: Yang, time u sembang-sembang dengan orang Arab tuh, cubalah buat-buat tanya depa ....kot-kot wife diorg ni boleh jaga Ajwad.......boleh lah juga diorg dapat income lebih kan time-time study nih......

Hubby: Ye ke? Diorg ni bukan kisah kan duit sangat laaaa.....

Me: Yer laaa....tahu. Tanya jer laaa, kot-kot diorg nak jaga....senang.....

Hubby: Ok........

Dalam geng Arab tuh, Mr hubby rapat dengan seorang ni, brother Abdallah. Mr hubby belajar mengaji dengan dia (free....dia tak mahu bayaran......).....

Wife dia nama Ei-man. Cantik sangat. Tak semua orang Arab pakai niqab semasa keluar. Sister Ei-man is one of them, but still cover in black abaya. 

Pasangan ni dah berkahwin hampir 10 tahun, tapi masih belum dikurniakan anak. Sudah 2/3 kali mengalami keguguran.

Setelah usaha pujuk-memujuk (heheheheh), maka wife dia pun bersetuju. Sister Ei-man ni tidak tahu sangat berbahasa Inggeris. 

Maka setiap kali aku bersua dengan dia, jadi lah macam ayam dan itik berborak, but still we managed to talk and talk and talk ....(women......never ending story kan...hikhikhik).

Brother Abdallah dan Sister Ei-man ni sayang sangat pada Ajwad. Memang Ajwad masa tu faham lah Arabic ni......

Dan aku selalu dapat hidangan Timur Tengah masa tu .....sedap wehhh !

Pada masa yg sama, mereka terus berikhtiar utk dapatkan zuriat. Kalau tak silap, mereka siap buat IVF di sini. 

Alhamdulillah, setelah lama menanti, sister Ei-man pregnant pada 2010.....lebih kurang sama masa dengan aku pregnantkan Amzar. 

Brother Abdallah siap habaq pada kami, jika dapat anak lelaki, dia nak namakan "AJWAD' juga....huhuhuhuuh...terharu aku ! 

Bulan 1 2011 aku pindah ke tanah besar. Kiranya bulan 1 itu lah bulan terakhir depa jaga Ajwad. 

Masa itu aku pulak yg terlebih emotional. Aku menangis wehhh ! (nasib baik takder orang nampak....kihkihkih).

Sister Ei-man bersalin bulan April 2011 (Amzar lahir tgh May 2011). 

Baby girl. Insyirah nama diberi. 

Depa balik ke Palestin Julai 2011. Masa tu aku sedang berpantang di KL. Sedih tak dapat say "bye-bye" .......

Baru-baru ni mr hubby dapat emel address brother Abdallah. So aku pun menghantar gambar terbaru Ajwad dan cerita serba-sedikit tentang Ajwad. 


Alhamdulillah finally brother Khaw got your email.
 
How are you sister Eiman and little girl Insyirah?
 
We miss you, especially Ajwad.
 
He always wants to go to Ammu's house. Always asks us to send him to ammu's house, he said he wants to play computer at ammu's house.
 
One day, Ajwad cried when he realized that we won't send him to 'your' house.
 
He really miss u guys.......
 
When we told him that you guys already go back with aeroplane, Ajwad even said that you'll come back here. Now he's very talkative.
 
Here I attach some photos of Ajwad and his brother, Amzar.
 
Hopefully you can send some photos of your family, perhaps we can show to Ajwad.
 
Thank you and take care.
 
-Ummu Ajwad-



Balasan daripada brother Abdallah:

slam alaykom my sister"
how are you and how is "ajowad"??
we miss you very mutch  especially  my lovely  boy "ajowad"..
My daughter "inshrah"doing the sam thing that ajowad use to do
i still want  a  boy like  "ajowad" and i want to call  him "ajowad"
how is your  husband ?
i hope he is fine.

i want ask you a quastion which language "ajowad" talk first??

did he forget arabic ?

Really your email address

Was a good news to me and pictures of your son "ajwad"  made ​​me cry because I really miss him very mutch

Thank you for your writing..
I hope that we stay in touch..
I will send you later pictures of our "insherah" small daughter..




Nak tengok tak gambar anak depa? Ni dia.......sooooooo adorable .........







Till then, c ya......

Wednesday, 29 February 2012