Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 1 November 2011

Walimah Bro Firdaus Tan Teik Lai

Tarikh Kejadian: 23 Nov 2011
Lokasi Kejadian: Bertam Perdana 3


"Nah, ambil oven sebijik ....."


 
Awat ni sayang? Mulut cebik cam tu pasai apa?

Ini lah barisan kita...bersedia ambil makanan (sila baca dengan tune lagu ya..ahaks!)


Laaa, nak air rupanya....tadi mummy lambat ambil ek....sori sayang.....


Kak Noor, wife Bro Ashraf Tan...."Sejak bila berkecimpung dlm bidang modelling cawan ni kak noor?"


"Tepi, tepi, ni kerusi Ajwad lah!" Bersungguh Ajwad tolak Afiq Tan


Tadaaa...penampilan hero cilik...."Jangan jeles yer, I dikelilingi gadis-gadis ayu....". Mummy geleng kepala.


"Wow, rupanya ramai pilihan di luar sana...err aunty, let me go plzzzzz......"


Amzar with Wani (left) & Ayu (right)

Monday, 31 October 2011

Milk Booster Recipe

Spirulina Noodles with Chives


Bahan-bahan:

Organic Spirulina Noodles
Potato
Chives
Garlic / Onion
Puree tomato / Spagetti sos
Boiled eggs


Tatacara memasak:

1. Kentang direbus dahulu sehingga empuk. Setelah sejuk, potong kecil-kecil menjadi bentuk kiub.
2. Panaskan minyak (sedikit sahaja ya).
3. Masukkan bawang putih/bawang besar yg telah dipotong halus-halus.
4. Masukkan sos spageti atau puri tomato. Biarkan sehingga menggelegak/mendidih.
5. Masukkan kentang dan daun kucai. Kacau sebentar, dan telah sedia kuahnya.
6. Untuk mee nya pula, dicelur dalam air mendidih selama 3-5 minit.
7. Setelah itu, rendam beberapa saat mee tersebut dalam air sejuk dan toskan.



Antara bahan-bahan utama. Noodles tu boleh beli kat Jusco atau mana-mana kedai organik/kedai kesihatan.


Boleh laa menjamu selera dengan telur rebus ya......


Yummy

~ Selamat mencuba ~

Thursday, 27 October 2011

Towards Healthy Lifestyle.....lets start with......

Can we say NO to salt?

Susah kot ekkk....tapi apa kata mulai hari ini, saat ini, kita cuba kurangkan ia........

Dr. Oz’s No-Salt Spice Mix


Ingredients
1/3 cup garlic powder
1/3 cup onion powder
1/3 cup oregano
2 tbsp thyme
1 tbsp parsley flakes
1 tsp ground pepper

Directions
Combine all ingredients. Mix thoroughly and enjoy!

Public Holiday dan Cooking Time !

Semalam, cuti umum sempena Deepavali.

Takder ke mana pun kami, sebab yg cuti hanya aku dan Ajwad jerk.

Si hubby, kerja.

Maka, aktiviti kami bertiga, hanya terkurung dalam sekitar rumah sahaja...pasrah sahaja....kihkihkih.

Haritu, tiba-tiba teringin nak try buat cookies sendiri, konon nak test skill....kot ada bakat terpendam, berangan boleh bukak kedai kek......walhal guna jer tepung segera, hmm, tinggi sungguh angan mat jenin!

Ahad lepas, pergi Tesco, beli ler tepung segera cookies brand Nona, perisa corn flakes. Sebenarnya tak jumpa perisa coklat.....maka untuk 1st trial, boleh laaa perisa apa pun.

Kisahnya, bangun pagi-pagi, selepas bersarapan ala kadar, maka misi penting ni pun bermula......cuma perlu tambah mentega dan sebiji telur sahaja.....aku suka, benda senang-senang ni.......hasilnya, jeng jeng jeng.......

*
*
*
*
*

Sebelum masuk oven


Tadaaa....baru keluar pertapaan oven. Kat belakang tu kotak tepung NONA

Since hubby tak makan lunch di rumah, aku pun masak ler ala kadar sahaja, maklum makan sorang, apa sangat ler yang nak dibuat kan.....hasilnya kat bawah:

Nasi beras perang bersama grilled udang, steam carrot dan anggur....

 

Minum petang, sambil-sambil suap Ajwad:



Menikmati corn flakes cookies bersama MILO SEJUK......best!


Tetiba tak ada idea pulak nak masak apa untuk dinner ya? Ah ha....dalam fridge ada left over ayam panggang yg beli kt Tesco....so apa lagi, misi nasi goreng ayam ala kerabu !

Langkah pertama, carik isi ayam.

Langkah kedua, petik daun limau purut, daun bawang dan serai di kebun tepi rumah. Hiris nipis/kecil kesemuanya.

Seterusnya, goreng ! Hasil kat bawah:



Nasi goreng ayam ala kerabu

Jenguk-jenguk di ruang tamu, apa aktiviti teruna berdua itu?


Awal-awal tak mau tido si abang ni, dah petang baru laaa tersengguk-sengguk.....tertidur jua akhirnya.....


Wah...komplot 2 beradik....sama-sama tertidur depan TV

"Perhatikan bulu mata ku...panjang kan? Nasib baik aku lelaki, kalau pompuan tentu dikejar oleh Maybelline minta jadik model mascara.....hahahhahaha" (perasan punyer anak....)

Itu sahaja kisah hari cuti umum.....

Sekian, tamat siaran.....

Friday, 21 October 2011

Harapan dan doa seorang ibu....

DAPAT MENERUSI EMEL RASMI PAGI TADI...

"Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya
rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya."