Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday, 4 October 2013

Oh Ajwad !

nurbijen = hihihi, lamo tok dengar word "sekung"....
Ummu Madihah = mok aji mesti ado banyok petua lg kan?
JunAina = VCO banyak kegunaan sis, elok simpan di rumah. 
nadia rashid = hoo keno update stok madu cepat2 tu nadia, musim tengkujuh nok start doh ni.....


Petang semalam, masa ambil Ajwad di sekolah, teacher dia bagitahu, yang Ajwad ni mudah marah dengan kawan-kawan dia. Tengah-tengah syok bersembang, tiba-tiba boleh pulak pi marah kawan dia. Itu cikgu dia habaq la. 

Dalam kereta, aku tanya lah Ajwad. Pasai apa pi marah kat kawan. Muka dia monyok jer. Mula-mula tak mahu cerita. Aku tanya lagi. Baru nak bercerita.

Ajwad: "Kawan tak siap homework kan, pahtu dia main mainan."

Aku: "Oooo, kawan tak siapkan homework lagi, dia terus main mainan ke. Ajwad marah la kawan sebab tak siap homework?"

Ajwad: "Dia tak siap homework kan."

Hmmmm......on the positive side, Ajwad mengikut peraturan lah kot. Masa buat homework, kena buat. Tak boleh main (ikut perangai sapa lah tu......hehhehehe). 

Tapi ......... bab pukul kawan dan marah kawan tu, aiishhhh, jangan lah nak oiiiii........mummy yang tension!

Cabaran cabaran !





Thursday, 3 October 2013

Sore Throat....dan Home-Remedy

Kniedaz Nastyna nadia rashid Wani = kalau ikutkan memang tak larat nak bermarathon bagai ni, sebab dari zaman sekolah bab lari-lari ni fail...hehhehe...cuma join ni sebab nak cukupkan korum Mr Hubby....lagipun join ni bukan utk menang pun, memang tak lah kan, cuma sebab Mr Hubby dan team nya berdakwah dengan cara join marathon camni....kiranya semasa lari tu, kat belakang baju kami dilekatkan kain yang mengandungi kata-kata hikmat gitu....hehhehehe



2-3 hari ni tekak terasa perit. Mungkin bahana tak cukup tidur, tambah lagi cuaca di KL haritu panas. Balik ke Penang semula musim hujan melanda. Panas-hujan-tak cukup tidur, mula lah virus-virus or bacteria menyerang kan. Dah lah masa di KL tu diet ke laut sikit, asyik makan jer kerjanya, pastu minum pulak yang manis-manis, hah dalaman badan dah jadi acidic sedikit, sistem imun pun terbeban. Hmmm....tak boleh jadi, kena beristiqamah semula untuk raw juicing lepas ni. 

Semalam, balik kerja, singgah di Carrefour/Aeon Big. Beli lemon. Virgin Coconut Oil dan madu sudah ada di rumah. Mahu buat ubat sakit tekak.

Setakat ni, alhamdulillah ramuan ni serasi dengan keluarga aku. Kalau batuk-batuk pun, biasanya kami minum yang ni. Anak-anak pun suka sebab rasanya manis-manis masam gitu, tak lah mengerikan macam ubat batuk doktor tu. 

Hanya 3 bahan utama: VCO, Madu & Lemon juice / Lime juice.

Kalau tak ada lemon, boleh jer guna perahan limau kasturi.

Sukatan yang digunakan adalah 1 sudu VCO + 1 sudu madu + 1 sudu lemon juice.

Kacau sebati dan minum terus. Rasanya tak perlu minum air lah lepas tu, sebab kalau kita makan ubat batuk pun kita tak digalakkan minum air kan. Logiknya nak bagi ubat tu bertindak pada tekak yang sakit. 

So, mommies, selamat mencuba! Sebab kan di rumah kitalah 'doktor'.....hehehehe








Wednesday, 2 October 2013

Autopublished: Marathon KL

Weekend yang baru berlalu ni, kami sekeluarga pergi ke KL. Bertolak jam 9pm Jumaat, tiba di Shah Alam jam 1am. Tidur rumah makcik aku di situ. Sempat lagi menjamah macaroni sebelum sambung tidur...hehehhe....lapar pulak perut bila sampai tu....Kami ke KL sebab terlibat dengan acara di atas tu.....wahhh 1st time okeh masuk marathon. Tapi bukanlah full @ half marathon. Tapi acara ekiden, macam larian berganti-ganti gitu lah, sebab setiap kumpulan 5 orang, kena pass baton. Untuk perempuan larian sejauh 3km, kira okey lah kan, tak larat lari, kita jalan kaki !

Marathon ni bermula di Dataran Merdeka. Seawal 4.30am dah kena berada di sana. Maka, pukul berapa kami bangun? Oh ya, marathon ni Ahad, bukanlah Sabtu pagi hari yang kami baru sampai tu. Pagi tu, kami bangun kul 2.30am, bersiap, bertolak dari Putrajaya (tidur rumah adik malam tu) ke Bukit Jalil. Ambil LRT di situ, sebab banyak jalan tutup, so tak payah pening-pening drive ke sana. LRT berfungsi awal daripada biasa disebabkan event besar seperti ini. 


Penyertaan marathon ni kebanyakannya bukan Melayu. Ada juga peserta International. Kami tiba di Dataran dalam pukul 4am. Tak terasa mengantuk bila keadaan meriah macam ni. Acara full marathon dilepaskan pada jam 4.30am. Acara kami bermula pada jam 5.45am. Setiap orang yang terlibat dalam acara ekiden ni diangkut dulu oleh bas ke stesen-stesen tertentu. Maka, sementara tunggu turn baton sampai, bolehlah solat Subuh dahulu di tepi-tepi jalan. Bisa saja itu !

Dataran Merdeka ---- dinihari.....

Ajwad & Amzar aku tinggalkan bersama adik di Putrajaya tu. Alhamdulillah depa okay. Amzar pun bangun tak adalah nak merengek minta susu ke apa kan. Tepi rumah adik aku tu ada tasik. Boleh berkelah kot. Nyaman jer suasana. Nanti boleh pi lagi lah untuk photoshoot....ahaks!

Amzar dengan Moksu !

Tuesday, 1 October 2013

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum! Ada orang lagi ke sudi singgah sini? Heehehehe..aduhai, Oktober dah hari ini......semangat rajin untuk update blog sila lah datang........kekangan masa sungguh.....

By the way, apa khabar kawan-kawan blogger? Maaflah yer, kadang-kadang tu sempat blogwalking jer, baca cerita tapi tak sempat tinggalkan komen. 

Banyak kisah sebenarnya yang ingin dikongsi. 

Pada bulan Sept hari tu, ada 2 event yang agak besar fakulti aku anjurkan. Maka haruslah bergabung tenaga untuk menjayakannya kan. 

1st event, 19/9, kami anjurkan seminar mengenai Perubatan Alternatif di Kelab Golf. Kami jemput penceramah luar yang mewakili Ayurveda, Homeopati, Pusat Rawatan Tanpa Ubat, Chinese herbs dan Perubatan Islam. Overall, program ni berjalan lancar dan banyak sangat ilmu kami dapat. Alhamdulillah. 

Esoknya pula, 20/9, kami ada program bersama komuniti di sekolah menengah. Untuk program ni, memang aku kagum dengan idea kreatif students aku......depa memang best!

Dua hari berprogram ==== penat!











Wednesday, 18 September 2013

I.D.O.L.A

Assalamualaikum semua ...... Salam Hari Rabu....

Nampaknya dalam entry peraduan yang lepas, tiada yang berjaya.......sebenarnya 2 beradik tu suka kutip batu-batu kecil kat luar pagar tu....lepas kutip, depa akan lontar semula ke luar pagar melalui celah-celah pagar .... anyway, terima kasih aunty-aunty semua ya .......

Benarlah kata orang anak sulung tu menjadi idola si adik. Well, at least semasa kecil la kan. Sebabnya, memang terbukti sedang berlaku di hadapan mata aku kini. 

Amzar, apa yang abe Ajwad buat, dia pasti ikut sama. Cara abe duduk, cara abe tengok tv, cara abe baring, abe main apa, semuanya ikut okeyyyyy.......

Sampaikan abe Ajwad yang kadang-kadang naik rimas......hahahhahah

Sabar saja lah abe........







Friday, 13 September 2013

Jom join peraduan ini .....

Nastyna = anda terlalu memuji saya....awww..malu aiiii...heheheh.....yup, bagus kalau dapat perkenalkan raw juice pada cute JJ.....
Marya Yusof = owh ilmu baru, tak pernah tahu daun roselle boleh dimakan.....
Ibu Qistina = good morning, amacam rumah baru?
nadia rashid = ibu preggy terliur ko tgk pie hok tok seberapo tuh?
PUANSTOBERI = salad campur dlm juice takder rasa yang mengerikan ...neutral ja rasa dia.....


Assalamualaikum. Selamat Pagi. Good Morning. Chao An. Jumaat Mubarak.

Dua beradik ni, setiap kali bermain di halaman, sungguh gemar pada satu kawasan ni. Ralit sungguh di situ. Agak-agak teman-teman blogger lah kan, apa yang sedang mereka lakukan ni ek? Cubalah teka, insyaAllah pada jawapan yg tepat akan ada hadiah......hehehehhe.....tetapi kalau ramai menjawab dengan tepat, undian akan dilakukan........adil lah tu.....

So, what are you waiting for? 

Teka lah!


Tuesday, 10 September 2013

10 Sept 2013


Bermula jam 5.30am pagi tadi, bumi Pulau Mutiara dibasahi hujan. Lebat. Dan seharian hari ini bermendung cuacanya. Hujan turun sekejap-sekejap juga. Sejak minggu lepas lagi musim hujan sudah bermula. Sejuk aje tidur malam-malam, sampaikan ada tikanya perlu berselimut tebal. Sejuk mencengkam tulang. 

Musim hujan begini, jimat sikitlah bil air ya. 
Tidak perlu siram ahli-ahli kebun. Memang cukup bekalan. 

2 bulan lepas, ada percubaan menyemai sayuran daripada benih. Entah di mana silapnya, anak pokok tidak membesar. Sampai kini, masih belum rajin menyemai benih yang baru. Tersimpan kemas lah pelbagai benih sayur yang dibeli di CH dan blog tanamsendiri itu. Mungkin esok lusa harus memotivasikan diri sendiri untuk rajin, ya perlu rajin tanam sayur ---- demi ekonomi 20 sen! 

Alhamdulillah, roselle sudah pun menunjukkan potensinya untuk berkembang. Salah satu pokok sudah mula berbunga. Ini pokok yang dialih terus ke dalam tanah kebun. Gigih meninggi. Tidak seperti adik-beradiknya yang di dalam pasu. Segan membesar. 





Minggu lepas juga tetiba terasa mahu bereksperimen di dapur. Ideanya tergambar sahaja, tidak pasti jadi ke tidak. Namun, barang-barangnya perlu dibeli dahulu. 

Ubi keledek, capsicum, jagung, tuna dan cheese, daun sup/cilantro, limau nipis.

Ubi keledek dikukus sehingga empuk. Rebus pun boleh, tapi aku lebih gemar kukus. Sebab aku tiada periuk besar. Dan kebetulan steamer jenis boleh bertingkat-tingkat kan, maka jimat ruang di situ. 

Capsicum potong dadu, bawang besar hiris nipis, daun sup diracik-racik halus. 
Campur dengan tuna. Perah jus limau. Ala-ala macam nak buat inti sandwich. 

Ubi keledek dilenyek halus. Tapi lenguh kalau guna tangan, maka aku gunakan aje hand-blender. 

Masukkan dalam acuan. Ubi dulu, diikuti dengan tuna + mix vege, dan lapisan paling atas tabur cheese. Bakar dalam oven. 

Sweet Potato Tuna Pie




Sebiji mangga + pegaga + daun salad + bayam
Amzar sedang menikmati raw juice hasil campuran mangga dan sayuran di atas.