Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 2 October 2013

Autopublished: Marathon KL

Weekend yang baru berlalu ni, kami sekeluarga pergi ke KL. Bertolak jam 9pm Jumaat, tiba di Shah Alam jam 1am. Tidur rumah makcik aku di situ. Sempat lagi menjamah macaroni sebelum sambung tidur...hehehhe....lapar pulak perut bila sampai tu....Kami ke KL sebab terlibat dengan acara di atas tu.....wahhh 1st time okeh masuk marathon. Tapi bukanlah full @ half marathon. Tapi acara ekiden, macam larian berganti-ganti gitu lah, sebab setiap kumpulan 5 orang, kena pass baton. Untuk perempuan larian sejauh 3km, kira okey lah kan, tak larat lari, kita jalan kaki !

Marathon ni bermula di Dataran Merdeka. Seawal 4.30am dah kena berada di sana. Maka, pukul berapa kami bangun? Oh ya, marathon ni Ahad, bukanlah Sabtu pagi hari yang kami baru sampai tu. Pagi tu, kami bangun kul 2.30am, bersiap, bertolak dari Putrajaya (tidur rumah adik malam tu) ke Bukit Jalil. Ambil LRT di situ, sebab banyak jalan tutup, so tak payah pening-pening drive ke sana. LRT berfungsi awal daripada biasa disebabkan event besar seperti ini. 


Penyertaan marathon ni kebanyakannya bukan Melayu. Ada juga peserta International. Kami tiba di Dataran dalam pukul 4am. Tak terasa mengantuk bila keadaan meriah macam ni. Acara full marathon dilepaskan pada jam 4.30am. Acara kami bermula pada jam 5.45am. Setiap orang yang terlibat dalam acara ekiden ni diangkut dulu oleh bas ke stesen-stesen tertentu. Maka, sementara tunggu turn baton sampai, bolehlah solat Subuh dahulu di tepi-tepi jalan. Bisa saja itu !

Dataran Merdeka ---- dinihari.....

Ajwad & Amzar aku tinggalkan bersama adik di Putrajaya tu. Alhamdulillah depa okay. Amzar pun bangun tak adalah nak merengek minta susu ke apa kan. Tepi rumah adik aku tu ada tasik. Boleh berkelah kot. Nyaman jer suasana. Nanti boleh pi lagi lah untuk photoshoot....ahaks!

Amzar dengan Moksu !

Tuesday, 1 October 2013

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum! Ada orang lagi ke sudi singgah sini? Heehehehe..aduhai, Oktober dah hari ini......semangat rajin untuk update blog sila lah datang........kekangan masa sungguh.....

By the way, apa khabar kawan-kawan blogger? Maaflah yer, kadang-kadang tu sempat blogwalking jer, baca cerita tapi tak sempat tinggalkan komen. 

Banyak kisah sebenarnya yang ingin dikongsi. 

Pada bulan Sept hari tu, ada 2 event yang agak besar fakulti aku anjurkan. Maka haruslah bergabung tenaga untuk menjayakannya kan. 

1st event, 19/9, kami anjurkan seminar mengenai Perubatan Alternatif di Kelab Golf. Kami jemput penceramah luar yang mewakili Ayurveda, Homeopati, Pusat Rawatan Tanpa Ubat, Chinese herbs dan Perubatan Islam. Overall, program ni berjalan lancar dan banyak sangat ilmu kami dapat. Alhamdulillah. 

Esoknya pula, 20/9, kami ada program bersama komuniti di sekolah menengah. Untuk program ni, memang aku kagum dengan idea kreatif students aku......depa memang best!

Dua hari berprogram ==== penat!











Wednesday, 18 September 2013

I.D.O.L.A

Assalamualaikum semua ...... Salam Hari Rabu....

Nampaknya dalam entry peraduan yang lepas, tiada yang berjaya.......sebenarnya 2 beradik tu suka kutip batu-batu kecil kat luar pagar tu....lepas kutip, depa akan lontar semula ke luar pagar melalui celah-celah pagar .... anyway, terima kasih aunty-aunty semua ya .......

Benarlah kata orang anak sulung tu menjadi idola si adik. Well, at least semasa kecil la kan. Sebabnya, memang terbukti sedang berlaku di hadapan mata aku kini. 

Amzar, apa yang abe Ajwad buat, dia pasti ikut sama. Cara abe duduk, cara abe tengok tv, cara abe baring, abe main apa, semuanya ikut okeyyyyy.......

Sampaikan abe Ajwad yang kadang-kadang naik rimas......hahahhahah

Sabar saja lah abe........







Friday, 13 September 2013

Jom join peraduan ini .....

Nastyna = anda terlalu memuji saya....awww..malu aiiii...heheheh.....yup, bagus kalau dapat perkenalkan raw juice pada cute JJ.....
Marya Yusof = owh ilmu baru, tak pernah tahu daun roselle boleh dimakan.....
Ibu Qistina = good morning, amacam rumah baru?
nadia rashid = ibu preggy terliur ko tgk pie hok tok seberapo tuh?
PUANSTOBERI = salad campur dlm juice takder rasa yang mengerikan ...neutral ja rasa dia.....


Assalamualaikum. Selamat Pagi. Good Morning. Chao An. Jumaat Mubarak.

Dua beradik ni, setiap kali bermain di halaman, sungguh gemar pada satu kawasan ni. Ralit sungguh di situ. Agak-agak teman-teman blogger lah kan, apa yang sedang mereka lakukan ni ek? Cubalah teka, insyaAllah pada jawapan yg tepat akan ada hadiah......hehehehhe.....tetapi kalau ramai menjawab dengan tepat, undian akan dilakukan........adil lah tu.....

So, what are you waiting for? 

Teka lah!


Tuesday, 10 September 2013

10 Sept 2013


Bermula jam 5.30am pagi tadi, bumi Pulau Mutiara dibasahi hujan. Lebat. Dan seharian hari ini bermendung cuacanya. Hujan turun sekejap-sekejap juga. Sejak minggu lepas lagi musim hujan sudah bermula. Sejuk aje tidur malam-malam, sampaikan ada tikanya perlu berselimut tebal. Sejuk mencengkam tulang. 

Musim hujan begini, jimat sikitlah bil air ya. 
Tidak perlu siram ahli-ahli kebun. Memang cukup bekalan. 

2 bulan lepas, ada percubaan menyemai sayuran daripada benih. Entah di mana silapnya, anak pokok tidak membesar. Sampai kini, masih belum rajin menyemai benih yang baru. Tersimpan kemas lah pelbagai benih sayur yang dibeli di CH dan blog tanamsendiri itu. Mungkin esok lusa harus memotivasikan diri sendiri untuk rajin, ya perlu rajin tanam sayur ---- demi ekonomi 20 sen! 

Alhamdulillah, roselle sudah pun menunjukkan potensinya untuk berkembang. Salah satu pokok sudah mula berbunga. Ini pokok yang dialih terus ke dalam tanah kebun. Gigih meninggi. Tidak seperti adik-beradiknya yang di dalam pasu. Segan membesar. 





Minggu lepas juga tetiba terasa mahu bereksperimen di dapur. Ideanya tergambar sahaja, tidak pasti jadi ke tidak. Namun, barang-barangnya perlu dibeli dahulu. 

Ubi keledek, capsicum, jagung, tuna dan cheese, daun sup/cilantro, limau nipis.

Ubi keledek dikukus sehingga empuk. Rebus pun boleh, tapi aku lebih gemar kukus. Sebab aku tiada periuk besar. Dan kebetulan steamer jenis boleh bertingkat-tingkat kan, maka jimat ruang di situ. 

Capsicum potong dadu, bawang besar hiris nipis, daun sup diracik-racik halus. 
Campur dengan tuna. Perah jus limau. Ala-ala macam nak buat inti sandwich. 

Ubi keledek dilenyek halus. Tapi lenguh kalau guna tangan, maka aku gunakan aje hand-blender. 

Masukkan dalam acuan. Ubi dulu, diikuti dengan tuna + mix vege, dan lapisan paling atas tabur cheese. Bakar dalam oven. 

Sweet Potato Tuna Pie




Sebiji mangga + pegaga + daun salad + bayam
Amzar sedang menikmati raw juice hasil campuran mangga dan sayuran di atas.

Monday, 9 September 2013

Tuah ayam di kaki, bidalan kita .....

Good Morning to makcikkantin nadia rashid ishamizu Nastyna ummuaidan rostina76 Kniedaz Ummu Madihah & teman-teman blogger....


Berada di kampus, bidang akademik, tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mengulang. 

Dan biasanya apabila berhadapan dengan mereka, cara kita melayan mereka amat kritikal. 

Sebab apa? Daripada pemerhatian aku yang tidak saintifik ini, biasanya mereka ni agak sensitif. Rendah diri. Ya, mungkin sebab kawan-kawan dah lepas, tapi mereka masih belum lepas. Maka, sebagai pendidik @ yang sering berhadapan dengan mereka, setiap tutur kata kita harus dijaga. Bak kata orang, fikir dahulu sebelum bersuara. 

Bukannya mereka nak minta untuk jadi repeators, but sometimes it happens. 

Dan bila jadi repeators, bukanlah bermaksud masa depan terus kelam. Tidak. 
Itu yang harus ditekankan berkali-kali apabila berhadapan dengan mereka ini. 

Harus difahami bahawa, keupayaan setiap pelajar untuk terima subjek adalah berbeza. Setiap mereka adalah individu berbeza yang unik. Jadi, kadang-kadang tu, bila aku rasa macam nak bandingkan kenapa student Z boleh buat, kenapa student W tak boleh? Then, it strikes me back. Who are we to judge them? We are here to guide them as best as we can. To show them the easiest way to understand the topic. If they fail to understand it, perhaps we are the one who fail to teach them effectively? Always reflect ourselves. 

Aku teringat sewaktu aku bersekolah dahulu. Di sekolah, seperti biasalah kan, ada kumpulan pelajar cemerlang dan ada yang tidak. Dan pabila aku jejaki kisah hidup kawan-kawan yang tergolong dalam kumpulan kurang cemerlang itu kononnya, aku kagum. Mereka berjaya juga kini. Malah ada yang lebih hebat kini, sudah berjaya menunaikan haji di usia muda kerana berkesempatan bertugas di Arab Saudi. 

Siapakah kita untuk judge mereka?



Ajwad & Amzar, semoga kalian membesar penuh dengan empati.



Wednesday, 4 September 2013

Selera si abe ....


Okay sana-sini masih lagi ramai memperkatakan tentang kenaikan harga minyak petrol kan. 

Aku suka juga baca statement di FB, pelbagai analogi muncul. Maklumlah isu tengah hot kan. Tak ada lah aku mampu komen, sebab kalau komen pun tiada ke mana, kita juga yang bakal sengsara akibat kenaikan harga barang-barang selepas ini kan......

Dah tahu kan, kalau minyak naik, harga barang @ perkhidmatan pasti turut naik sedikit-sebanyak, tidak perlulah buat statement tidak bijak dengan menyatakan ada kawalan harga bla bla bla.......uuihhhh Malaysia boleh! 

Cuma kita mampu buat, berdoa dan terus berdoa. Sebab kalau rasa-rasa kita tergolong dalam golongan teraniaya, insyaAllah dimakbulkanNya.....sementara itu, marilah kita berjimat-cermat...walaupun dah pening nak jimat camno lagi kalau semua perkara pun perlu duit....huhuhuhuhu....

Ok sebenarnya nak berkisah tentang selera abe Ajwad. 

Dia, petang-petang balik sekolah, kalau tahu aku masak selain daripada nasi, uuiihhhh terbantut selera. 

Kenalah mummy memujuk untuk makan kan? 

Dah tu, mummy jenis selera macam-macam, ada hari boring jugak makan nasi kan.......nak lah jugak varieti...tapi daripada pemerhatian aku, memang si Ajwad ni suka nasi. 

Dan untuk lauk nasi tu, tak perlu yang hebat sangat pun......ikan goreng @ telur goreng + sikit sayur pun dah cukup memikat selera dia. Tambah-tambah bila hari cuti, dia ada di rumah ketika aku masak, bau yang wangi ketika goreng telur tu amat dia suka. 

Weh anok, macam ni terbantutlah hasrat mummy nak asah skill memasak....ahaks! 

Walaupun dia gemar nasi daripada benda-benda lain, aku tetap jugak masak selain nasi pada hari-hari tertentu.....kena latih juga tastebud dia untuk terima pelbagai menu, tak adalah terhad pada nasi jer kan. Supaya tidak susah bakal isterinya di depan hari....cewahhhhhh


Kerabu sotong macam ni cuma kegemaran mummy, daddy dan Amzar. 

Percubaan abe mendukung adik