Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 13 August 2013

Gambar Raya 2013

Perjalanan kami PEN-KB-PEN tiada kesesakan kali ini !!!! 

Best amat, lancar ajer, Alhamdulillah. 

Pelik juga, sebab lori-lori pun tak banyak di jalan. Adakah lori-lori sudah dilarang menggunakan laluan sempena musim perayaan? Bagus juga kalau begitu.....hikhikhik.....

PEN-KB, 7/8/2013: 12am-6am (berhenti sahur di Jeli).
KB-PEN, 11/8/2013: 3.50am-7.45am

Kesimpulannya, musim raya, bertolaklah awal dinihari atau tengah malam. 

Sebab adik aku, bertolak petang Sabtu, 4 jam untuk perjalanan KB-MACHANG sahaja. 

Semalam, aku dah start kerja. Tapi ramai lagi yang masih bercuti.

Yang paling sedih, bila aku keluar lunch hour untuk mencari sesuap nasi, wah wah wah, restoran di Bertam/Kepala Batas rata-ratanya tutup!

Beraya sakan noooo depa......







Monday, 5 August 2013

Masjid Cina di Ipoh

Petang semalam, tanpa dirancang pun, Mr Hubby ajak ke Ipoh. Ke masjid cina yang baru di sana. Masjid Muhammadiah.

Masjid ni belum siap sepenuhnya, tetapi ruang solat sudah sempurna.

Salam Aidilfitri buat kesemua teman blogger, tidak kira di mana jua anda berada. Ampun maaf dipinta andai sepanjang perkenalan maya ini, ada tersilap bahasa yang bisa melukakan perasaan.

***Tuan tanah akan pulang beraya di Kelantan pada hari Rabu.....












Friday, 26 July 2013

Picking time again!

Uh hoooo.....macam bunyi dah macam ada di oversea pulak.....picking time bagai......walhal tepi rumah ja pun.

Alhamdulillah, agak meriah mulberi berbuah kalini. Mungkin akibat dicantas secara agresif baru-baru ni kot.

So kalini, selepas petik pun, moh la kita cantas pokok lg yer.

Buah-buah yg dikutip, terus dimasukkan dalam fridge untuk disejukbekukan.









Wednesday, 24 July 2013

Short-Survey: Chemical & Preservative-free skin-care products


Assalamualaikum teman-teman blogger seangkatan di seantero dunia....



Tuan tanah dan sebilangan rakan di kampus sedang menjalankan kajian pembangunan 'skin-care products' yang mesra alam. Dengan itu, kami memerlukan bantuan rakan-rakan blogger  untuk menjawab beberapa soalan, yang mana hasil jawapan teman-teman dapat memantapkan lagi projek ini. 

Antara tujuan utama kami adalah untuk membangunkan 'skin-care products' yang tiada bahan kimia, pengawet dan bahan tambahan asing yang lain....insyaAllah. Yang mana kita ketahui bahawa bahan kimia dan pengawet itu boleh mendatangkan kemudaratan dalam jangka masa panjang. 

Jutaan terima kasih didahulukan atas kesudian kalian. 

Please spend some time to answer this short questionnaire. We would like to know your perception towards chemical & preservative-free skin-care products. Thank you! Have a great day.



Monday, 15 July 2013

Hutan Pokok Rhu

Lokasi: Kg Pantai Senok, Bachok.

Bersiaran dari kampung. Balik pun mengejut, tak dirancang. Ada hal sedikit. Berkampunglah di sini seminggu, maka update blog guna handphone ajo. Leceh sikit guna handphone. Tak boleh edit, siaran pun tak berapa comey.....Mr Hubby tadi dah bertolak ke Penang dulu, tinggallah kami 3 beranak sajo.

Petang yg kami sampai tu, sementara tunggu berbuka, sempatlah berkunjung ke Hutan Pokok Rhu. 10 min ja drive dari rumah. Kampung tu pun sebenarnya kampung belah ayah. Jom layan gambar.










Friday, 12 July 2013

Who loves chocolate?



Who doesn't love chocolate right? Some people love white chocolate, and there are people who love dark chocolate. Well, for me, personally I love dark ones. White ---- dislike

Anak-anak ? Lagilah suka coklat ni kan. Kalau ada magic power, nak aja hilangkan rak coklat daripada pasar raya tuuu......

Chocolate, in raw form, is good for health.

Kata kuncinya ----- bentuk asli ---- tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain yang susah nak sebut. Tapi coklat yang dijual sekarang, dah sah-sah lah dah dicampur...hmmm.....

Alhamdulillah there are alternatives for healthy chocolate.
Yeay !!!!

Marilah memaksimakan penggunaan dapur ya, jom buat coklat sendiri. 

Bahan yang diperlukan:

Serbuk koko / Raw @ organic cocoa powder
Virgin Coconut Oil
Molasses/Honey
Kekacang (optional)

Campurkan kesemuanya, panaskan dengan kaedah double-boil, sehingga kesemuanya sebati. Usah ditanya tentang sukatan, kerana tuan tanah sememangnya main campak-campak dan try & error sahaja. 

Tapi secara asasnya: 3 serbuk koko : 1 VCO (nisbah 3:1)

Yang molasses @ honey tu, ikut lah 'kemanisan' masing-masing ya. 

Sejukkan seketika, bolehlah masuk dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk.

Senangkan?

Dan yang paling penting, kesemua bahan dalam home-made choc ni berkhasiat...

Boleh juga menjadi satu alternatif untuk memberi anak-anak makan VCO.....


Our iftar appertizer yesterday: Avocado dipped in home-made chocolate.
Super-duper yummy !

Stok coklat anak-anak. Tuan tanah tak ada acuan.
Lapik ajer dengan baking paper.
Kalau tak lapik, nanti susah coklat nak keluar.

After being freeze for 30 mins
Sekarang, kalau hero cilik berdua tu nak beli coklat di kedai, tuan tanah bagitahu ja, coklat di rumah lagi sedap. Mummy buat banyak untuk Ajwad dan Amzar kan. 
Kita makan di rumah okay.
Dan setakat ni konsep ni berjaya. 

Selalu jugak tuan tanah bagitahu depa yang coklat kat kedai tak sedap, tak elok untuk gigi, nanti gigi sakit etc.....ini pendekatan tuan tanah la.......sebab tu tuan tanah kena cari alternatif buat coklat sendiri di rumah. 

Yup, memang tuan tanah dicop sebagai ibu yang cerewet...tak kisah lah tu kan.....haruslah cerewet sebab ini anak tuan tanah, bukan anak orang lain. 
Kalau depan mummy dia ni, junk food is a big no. 

Kalau belakang-belakang, itu lain cerita lah, tuan tanah tak mampu dah nak kawal kan. 
Cuma selagi boleh, sentiasa beritahu mereka tentang apa yang patut dimakan, apa yang tak....gitulah cara tuan tanah......
Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya, betul tak?
Yang penting teman-teman blogger tuan tanah adalah mommies yang hebat belako !!!!

Aduh panjang pulak membebel....

Cuma satu ja keburukan VCO: akan mencair perlahan-lahan apabila diletakkan pada suhu bilik. Begitu juga lah coklat ini.

Sebabnya: melting point VCO adalah rendah, iaitu antara 24-26 Celcius.

Maka, pada cuaca Malaysiaku tercinta ni, suhu bilik adalah tinggi.

Sebab tu coklat ini hanya sesuai dimakan di rumah. 

Melainkan nak bawak icebox semasa keluar berjalan-jalan, bolehlah bawa bekal coklat ini.

Till then, c ya..... Assalamualaikum.