ummuaidan (Fiji Island) Kniedaz (tanam kat tanah kak) JaSSNaNi (pokok apa kak?) Ibu Qistina (dah selalu cantas tapi tetap lah kurus jugak...huuhuh) Imaan09 nadia rashid Ummu Madihah sentebale-hk (chia seed berbeza daripada biji selasih sis, rupanya jer seakan-akan sama) ahkakbatik (USA)
lady lavender (Finland) Marya Yusof (Peru) nurbijen (UK) Nor Azlina Yusof SriKota Garden
Terima kasih buat saranan dan idea teman-teman blogger tentang ilmu serai....wah, baru lah kutahu, rupa-rupanya serai pun ada spesies gemuk dan kurus ya. Ingatkan selama ni serai masakan 1 jenis ja (lainlah serai wangi yg guna untuk halau nyamuk tu kan).
Kalau menurut teman-teman bahawa serai gemuk itu kurang bau 'lemon' nya, maka aku rasa sukalah dengan serai yang kurus ini. Sebab aroma tu penting dalam masakan....hehehhe (bagi aku lah, jenis yg suka masak simple ni, haruslah bergantung pada aroma).
Pertengahan tahun lepas, aku ada beli sekumpulan herba English kan. Tapi yang masih hidup sampai sekarang cuma Rosemary. Memang best lah rosemary ni, tak perlu siram sokmo, dan tahan panas cuaca Malaysia.
Yang lain-lain: oregano, dill, thyme, lemon balm ==== mati. Terlebih air aku rasa.
Alkisah lemon balm, dah mati, batang, ranting semua kehitaman dah, aku tetap tak buang. Biar ja dalam pasu tu, berbulan-bulan. Yang lain-lain aku buang. Tak tahu kenapa. Malas kot.
Tup-tup, dalam mana Penang menghadapi musim kemarau yang hebat ni, aku perasan ada pucuk-pucuk hijau yang muncul. Wahhhh, ini sudah bagus, tanpa disiram, cuaca panas 'ting-ting', lemon balm ku hidup kembali ! MasyaAllah!
Dan dari hari ke hari, kian lebat daunnya. I like.
Barulah rajin tuan tanah nak siram kan....hehehehehe....
Moga-moga lemon balm ku terus subur dan berbunga seperti mana lemon balm Ibu Qistina. InsyaAllah....
![]() |
| Lepas ni boleh guna dalam memasak...yeay.... harum semerbak! |
Semalam, experiment di dapur lagi. Buat froyo = frozen yogurt.
Since Abe Ajwad suka yogurt, tapi tak berapa suka buah, maka marilah kita gabungkan kedua-duanya ya.
Strawberry + Mempelam + Natural Yogurt = Kisar.
Sejukkan dalam fridge, bahagian freezer tu.
Nak makan, aku tambah la sikit choc rice dan blended nuts. Kebetulan di rumah ada kekacang gajus dan hazel (roasted; dah beli berzaman tapi tak habis-habis),
maka aku kisar kering juga kekacang ni.
Tabur atas froyo tu jugak lah.
![]() |
| Inilah rupa froyo yang baru setengah jam dalam fridge. Kena letak lebih sejam baru teksturnya ok. |
![]() |
| Froyo abe Ajwad. Tak aci, dia mahu letak banyak choc rice. |
![]() |
| Hero cilik yang tidak tolak makanan sedap. |
Till then, c ya.... Assalamualaikum
















