nadia rashid Ibu Qistina Sue-Rya Qistina JaSSNaNi ummuaidan makcikkantin (buah staq yg saya beli manis makcik....silalah beli) nurbijen Kniedaz PiNkYCaT ishamizu Xiet_Enigma umiyumi ~najwa~
Sabtu petang dan semalam, kami semua berada di Alor Setar. Kampung nenek Mr Hubby. Setiap kali di situ, Ajwad suka main guli. Selalu tu dia main dengan makcik dan pakcik sepupu yang umur lebih kurang sebaya dia ja.
Memang ada papan congkak sekali kat rumah tu. Tapi depa ni bukanlah tahu main pun, maksudnya main dengan etika yang betul lah. Kalau hentam keromo tu, memang pandai lah.
So semalam, kebetulan Amzar sedang tidur siang, aku pun ambil kesempatan untuk ajar Ajwad bermain congkak yang betul. Kalau Amzar ada, tak jadi. Yang jadi adalah sesi perebutan guli di antara 2 beradik.
1st round, mahulah juga dia ikut.
2nd round, terus buat peraturan sendiri.
Apa cara Ajwad?
Selepas isi semua guli dalam lubang, berlumba kutip balik untuk masukkan dalam 'rumah' masing-masing.....lepas tu bersorak riang bila dia berjaya kumpul guli yang banyak.....
p/s: Pagi semalam, menerima khabar bahawa kenalan semasa berada di Fakulti Pergigian UM, meninggal dunia jam 2am, setelah koma hampir seminggu di Hospital Klang. Arwah dikhabarkan jatuh pengsan secara tiba-tiba semasa bekerja dan dikejarkan ke ICU. Menurut teman yg berada di sana, doktor suspek akibat SLE. Al-Fatihah untuk arwah Nurul Huda Arifin......(sayu hati mengenangkan anak-anak arwah yg masih kecil.......)




























