Kniedaz === sorry terpanggil untuk menulis surat sebegini setelah menjenguk blog akak semalam, izinkan ya.
Encik Suami a.k.a Mr Hubby KLM,
Pulau Pinang
Malaysia.
13 Mac 2013
Ayangku,
Permohonan Cuti Khas Menjaga Anak
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya, W** N**dini H*****, a.k.a ayangmu ingin memohon cuti menjaga anak selama 6-8 jam pada tarikh yang belum ditentukan lagi.
3. Permohonan cuti ini dibuat kerana ayangmu ingin menemui pujaan hati yang ditunggu-tunggu selama ini. Kebetulan, pujaan hati sudi berkunjung ke Pulau Pinang dalam jangka masa terdekat, setelah terlepas peluang berjumpa di Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas.
4. Diharapkan pihak ayangku sudi meluluskan permohonan cuti khas ini. Ini kerana ayangmu bukan seorang yang gilakan aksesori seperti beg tangan atau kasut atau kosmetik atau pakaian berjenama, tetapi ayangmu ini sangat obses dengan pujaan hati yang satu ini. Dikhuatiri sekiranya permohonan ini tidak diluluskan, ayangmu akan 'meroyan' tidak berkesudahan.
5. Walaupun bertemu pujaan hati nanti, kasih sayang ayangmu terhadap ayangku tetap utuh, tiadalah berubah sedikit pun. Dari itu, usahlah ayangku ragu-ragu untuk meluluskan permohonan cuti khas ini.
Kerjasama daripada pihak ayangku amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
WNH
(Ayangmu sokmo).
| Wolf, I'm coming !!!!! |













