Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 7 November 2012

Good Nite from Ajwad




posted from Bloggeroid

PESAT di kampus

Teman-teman blogger seantero dunia: ummuaidan, MaryaYusof, Ibu Qistina (tak tahu pula mee sua buleh increase milk production, lepas ni boleh makan sokmo ...hehehe), Nadiah Sidek, Nadia Rashid (aa'aah mee sua tu macam mee lidi, halus-halus ja, biasa orang cina suka makan eps waktu sakit/demam), JassNani (mak buyung tak sesuai makan megi tau ...hehehe), hitomi lavender (jemputlah mai rumah, nanti saya masak kan nak? ehehehe, by the way, pokok mulberi saya beli di nursery dekat dengan rumah....tapi puas juga mencari, kadang ada kadang takder....kalau nak beli online try serisubuh.com. Saya pernah beli keratan batang mulberi kt serisubuh tu, elok jer tumbuh walaupun mula-mula sampai macam mati, kena rajin siram....)

Kena update cepat-cepat, banyak benda nak setel sebelum cuti panjang next week. Tak perlu tertanya-tanya ke mana aku akan bawa diri ------ tiada ke mana. 

Rumah sahaja. Ambil cuti sebab baki cuti banyak lagi....ehhehehe. So layan gambar laa kay.


Karnival S&T telah berlangsung pada 30 Okt 2012 di Dewan Besar, Kampus Permatang Pauh.  Sebanyak 22 buah sekolah menengah telah hadir...ramai wooooo .....yang ni sewaktu majlis perasmian oleh Tuan Rektor.

Fakulti aku join sama. Kami terbahagi dua: Team Life Science (Bio) dan Team Pharmaceutics. Yang gambar ni adalah di bahagian Bio, kami buat ujian darah pada student yang nak tahu jenis darah depa......boleh dikatakan booth kami ni 'hotspot', pasai depa semua teruja nak buat blood test....heheheheh

Tuan blog sedang buat finger prick pada student.....sepatutnya kena pakai gloves, tapi aku tak pakai sebab gloves yg dibawa semua saiz M, L. Aku tak muat, sebab tangan aku saiz S......


Booth Fakulti Farmasi

Section team pharmaceutics .....penuh dengan ubat ......yg belakang tu nampak macam patung kan (yg ada tangan tu)...itu adalah model ubat yg dicipta oleh student kami.....kreatif betul depa ni....I like ....heheheh

Aku minta student tu sendiri yang buat blood test ni, yg mana selepas darah diletakkan pada glass slide, depa kena kacau/stir dengan tooth picks, supaya darah bercampur sekata dengan reagent. Sekurang-kurang satu pengalaman buat mereka kan!

Diserbu lagi !!!!

Till then, c ya .....Assalamualaikum.....

***semua gambar ihsan Ahmad Fauzi Dali, colleague aku....TQ ya.

Tuesday, 6 November 2012

Mee Sua for breakfast


Cantik juga 'kuali' comel ini guna sebagai ganti pinggan/mangkuk kan?


Portion Mr Hubby

Murah ...aku jumpa di Tesco....RM8.90 sebiji.....

Selamat bersarapan kawan-kawan!
posted from Bloggeroid

Monday, 5 November 2012

Musim bah di Penang


Assalamualaikum teman-teman blogger: UmmuAidan, Hitomi LAvender, Nadia Rashid, MamaCT, Jassnani, Ummu Madihah, MariamBebakar, MaryaYusof, Nadiah Sidek, Sue-Rya Qistina, dan salam perkenalan buat kak KasihRedha (selalu dok napok kak kasihredha kat blog mamatiamia dan blog LG...hehehhe).

Weekend yg baru berlalu melakarkan seribu satu warna lagi dalam kehidupan aku sekeluarga. Alhamdulillah.

Penang, Sabtu lepas, petang dalam pukul 5pm macam tu, hujan lebat. Aku baru ja sampai rumah daripada pulau bersama anak-anak. Hubby macam biasa bekerja, pulang lewat. 

Sedang aku mengemas barang-barang dapur, tiba-tiba bunyi angin kuat. Sungguh kuat, sebab ada bunyi yang seram tu. So aku pun ajak Ajwad tengok keadaan di luar di sebalik sliding door. 

Ribut !!!! 

Aku dan Ajwad sama-sama bertakbir. Aku ajar Ajwad, minta dia cakap, "Allahu Akbar!". 

Alarm rumah-rumah jiran yang tiada penghuni berbunyi. 

Takut wehh masa tu, dengan anak-anak jer kan. Amzar macam biasa, bergembira dengan mainan dia..heheheh...

Tak lama lepas ribut berlalu (ribut sekejap sahaja dalam 1 minit macam tu). 

Jengah ke laman depan, wah tu dia.....akibat hujan terlalu lebat, air naik.....lagilah aku kecut perut.....

Bukanlah kawasan ni kawasan banjir, cuma sebab laman aku ni yg asal, tidak di'renovate', so kedudukannya agak rendah berbanding rumah jiran yang dah diubahsuai.......

Aku called Mr Hubby, panik la kan!!! Dia cakap air takkan naik sampai masuk rumah, bertakung sebab laman kita rendah. Ok fine!!!

Aku ambil payung, buka pagar, pergi jenguk keadaan longkang di luar. Air melimpah.

Aku naik pula ke atas. Wah lagi satu kejutan.....di master bedroom, kebocoran berlaku....air menitik-nitik seumpama hujan di dalam rumah.....habis katil basah....ok jom jadi supermum dengan mengalihkan katil yg besar itu.....

Pukul 6.30pm camtu, hujan reda. Semua jiran keluar rumah, bising-bising sesama depa. Aku tak faham lah pulak apa yg depa bisingkan (most of them are Chinese), tapi aku boleh agak rumah masing-masing pon ada kerosakan akibat ribut. 

Pagi Ahad, aktiviti di kejiranan ini bermula awal. Masing-masing sibuk menguruskan untuk membaiki atap dan siling.

Rupa-rupanya satu taman mengalami kerosakan atap akibat ribut. Ada yang atap tercabut terus dan menyebabkan siling runtuh. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Dan alhamdulillah rumah aku cuma atapnya teralih daripada kedudukan asal, sebab itu kebocoran berlaku di bilik (air terlalu banyak hinggakan saluran paip tidak sempat mengalirkan air ke tempat sepatutnya).....

Dan semalam, atap tu pon dah diganti .... alhamdulillah .....


Paras lebih sikit daripada buku lali ....
posted from Bloggeroid

Friday, 2 November 2012

Cuti Bersihkan Kebun ?


mama ct = wah tok seko demo oghe klate jugok asa-uso nyoh...bachok alik mano? dini pantai irama tu sokmo dok gi kalu kelik kampung gak.....
Izza - Jiejah = hhehehhe...tak perasan....nasib baik sempat edit...TQ...
JaSSNaNi = kampung kat mana? dah sarat memang tak larat jln jauh kan, esp bab nak duduk dalam kereta berjam-jam....
nadia rashidummuaidanUmmu Madihah = aduh tahu ek jembal tu? tok seko glamer kampung kito...hikhikhik....buleh maghi jah nanti deh .....
ishamizu = Izu, jangan tak tahu abe Ajwad tu pakai baju yg dibeli sewaktu umur dia 2 tahun...hehehhehe...muat lagi sampai skrg....
rostina76 = tu lah kak, special treatment dia dapat....
hitomi lavender = hehehehhe, kelakar baca pengalaman hitomi...betul, kt kelantan plastik disebut "supit"
Marya Yusof = hola Marya...mummy Ajwad + Amzar pemalu nak enterframe...kihkihkih
Sue-Rya Qistina = mesti si bambam tertarik ngn kasut kakak dia yg lagi glamer tuuu....


Salam Hari Jumaat.

Hari ini aku cuti. Saja, tetiba petang semalam di opis rasa macam mahu bercuti. Maka pohonlah cuti online. 

Tapi tidaklah ke mana pun. Sebab aku seorang ja yang cuti. 

Tapi ada beberapa sebab kenapa aku perlu bercuti. Antaranya:

1) Tension kerja = tension dgn kerja, dengan bebanan kerja, dengan pekeliling baru yg ntah apa-apa, apa-apa pun harus bersyukur ada pekerjaan. Tapi perlu juga cuti untuk merehatkan otak seketika. Sebab kali ni cuti sem (student cuti) amat singkat, sebulan aja, so kena siapkan semua perkara sebelum December. 

2) Tension dengan kebun = hahahhaha, kebun pon mau tension kaaa? Yer lah, sejak musim hujan melanda Penang, aku takder lah jenguk/siram kan. Akibatnya, dah jadi lalang dah kebun tu. Huwaa!!! Sakit mata tau. Weekend susah sikit nak beroperasi, sebab nanti hero-hero cilik memanggil, especially si Amzar....

Dengan itu, misi aku hari ini = BERSIHKAN kebun !!



Kali terakhir kebun dibersihkan pada September lepas. Masa ni Mr Hubby yg tolong bersihkan, maka nampaklah sangat suci gituuu....

Ok ini gambar pagi tadi, sebelum operasi bermula jam 8.30am. Penuh dengan lalang dan rumpur dan pokok-pokok yang tidak dikehendaki.....

Sungguh menyakitkan padangan mata ku ini.....aduhai tuan kebun, sila rajinkan diri anda ya!!!

Subur amat kan pandan aku nih ....yang ni aku tanam sejak mula-mula pindah rumah  ni awal tahun lepas....tapi dah banyak kali lah kena trim, kalau tak , mahu nyer rimbun lagi hebat. Tak boleh jadi ni, kena lakukan sesuatu pada pandan ini .....tunggguuuuuuuu

Alhamdulillah ....operasi tamat pada jam 10am. Kesian Crocs aku. Teruja nak bersihkan kebun punyer pasal, tak perasan si Crocs aku sarung. Dah kena berus dia pulak......serai tu aku harvest sebab nak masak ikan katok serai untuk dinner nanti....
(katok = ketuk = dialek klate)

Dapat 3 beg pastik hasil yang perlu dibuang ....

 
Beginilah nasib si pandan....aku potong semua daunnya, asingkan si anak daripada induk. Kesemua daun yang dipotong aku sedekah kat aunty sebelah rumah, banyak, dia mintak.....rezeki dia....induk ni kena buang lah kejap lagi....

Taraaaaa ....wah sudah tidak sakit mata lagi .....
Walaupun hasil operasi ini tidak sesuci yg Mr Hubby buat, tapi kira oklah kan. Biasanya akan bertahan untuk 2-3 minggu sebelum rumput-rampai bermaharajalela kembali.
   
Daun samok sudah kembali meriah dengan daun/pucuk baru setelah aku pangkas baru-baru ini. Tak sia-sia nenek aku cari anak pokok ni dulu....

Penghuni tetap kebun berkeliaran tidak tentu arah pabila tuan kebun 'mengganas' ......

Yang ini aku tak tahu nama biasa apa....orang Kelantan panggil daun jenerih...sedap buat ulam...ingat lagi masa 1st time nenek perkenalkan kt aku dan sepupu, kami semua terus tak pandang sayur lain dah...hehehhe....setiap kali balik kampung, sepupu aku mesti nak cari ulam ni....so masa balik raya AidilFitri lepas, pakcik aku Pak Uda belikan anak pokok Jenerih ni untuk aku .....

Si Mulberi semakin meninggi...berfikir-fikir patutkah pangkas ya? Pucuk mulberi pon orang Penang makan sebagai ulam. Tapi aku tak pernah try lagi .....kawan aku cakap sedap.....

Till then, c ya ..... Assalamualaikum ......

"Gardening activities can be transform as an exercise which makes us healthier by burning our calories as well as produce real food towards the objective of green living -- WNH, 2012."

Cuba pakai sendiri


Pagi tadi, aku keluarkan sandal abe Ajwad (the 1st sandal) untuk dipakaikan pada Amzar. Sekejap jer bertahan, dia pandai buka balik. Lepas tu mula lah cuba nak sarungkan sendiri.

Memang sifat budak adalah ingin tahu. Amzar ---- tak bagi aku bantu dia pakaikan sandal tu. Menjerit-jerit tak bagi...hehehheh....

So aku pon biarkan lah. Ada satu part tu, dia ambil kasut belah kiri dan nak masukkan kaki kanan. 

Apa aku buat?

Aku cakap pada Amzar, itu salah. Itu untuk kaki kiri. Dia pandang jer aku.

Lepas tu aku terfikir.

Does it matter to him which one is right, which one is left? I mean at this age?

Why am I, his mother, so concern about the right shoes at the right places?

Did my concern was the best thing for him at the moment?

Noooo, it's not. 

Tak penting bagi budak setahun yang sedang cuba pakai kasut sendiri untuk tahu mana kiri mana kanan. Yang penting adalah USAHA nya dan KEJAYAAN nya menyarungkan kasut itu. Even kalau tidak berjaya pon tidak mengapa sebenarnya.

Dan saat-saat itu, sokongan kita adalah yg utama.

Jangan kita aplikasikan 'teknik dewasa' yg inginkan perfection pada anak-anak......

Let them learn and experience the experiment !!!!




posted from Bloggeroid

Thursday, 1 November 2012

Wajah Kesayangan Ambo .... AidilAdha 2012




Ajwad Amzar + Moksu Yuni

Jom pi beraya ....
Amzar get his ever spa massage from atuk !!! (lawan tokei nih, mummy pong tak pernah gi spa)


Abe Ajwad macam biasalah, pantang jumpa pasir ...

Hahahahah....istana runtuh.....tak cukup bahan tu Ajwad !

Raya kedua --- on the way to Selising

Apo moksu buat ni ekkk? Baik aku tenung dia jugok.....

"Cak!!!"

Cepatlah atuk, suap ko sayo pengat pise tuh...lapar nih.....

Akhirnya, saya berjaya merampas harta abe Ajwad !!!! Shhhhh, diam-diam okeh....



TQ pada yg bagi nama bunga ungu tuh, tak tahu pula boleh makan......huhuhu.....ummuaidan, nadia, kampung kawe di Kg Jembal (Kota Jembal), dekat-dekat nga Kedai Lalat...tahu ko? hmm....lebih kure dale 6km dari Pulau Melaka. Kawe sukolah kalu demo-demo nok maghi gak, tapi keno time kawe ado dumoh la, baru sedak....heheheheh.....