Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Saturday, 6 October 2012

Setelah hujan lebat di malam hari


2 hari berturur-turut hujan di tengah-tengah malam sehingga membawa ke Subuh.....alhamdulillah.....


Hujan lebat + angin kuat = Ulam raja rebah menyembah rumput dan lantai simen

Benih ulam raja dah muncul ! Terhasil setelah bunga layu dan kering

Ada lagi bunga ulam raja yg belum mekar.....kuat juga berbunga pokok ni ya....


Bunga ulam raja


Perhatikan dua gambar ini: Kelihatan anak pokok ulam raja yang tumbuh sendiri, terlindung di sebalik rumput......



Mulberi ku berbuah lagi ! yeay......semakin rimbun pokok ni......alhamdulillah...

Lada bergantungan menunggu masa untuk 'merah'

Pokok lada

Setakat ni, aku baru petik satu jer.....

Menu baru dan menu recyle


Musim exam untuk pelajar diploma telah tiba......musim exam ni bukan sahaja membuat student rasa tak keruan, tetapi turut membuatkan lecturer tension ------ kejar dateline untuk marking....hehehhe

Semalam, pagi aku bertugas jaga peperiksaan budak-budak Civil. 

Sempat lah aku tegur seorang ni, sebab ? Dah masuk dewan, elok-elok dah duduk, sempat lagi nak update status kat Twitter, sedangkan aku berdiri betul-betul belakang dia.....aduhai......

Tanpa buang masa, aku tegur dia lah. Aku cakap, tak payah lah nak update Twitter tu, off handphone sekarang juga!

Zaman-zaman aku nak ambil exam dulu, memanglah Twitter, FB, Foursquare semua ni tak ada kan, so kiranya tak adalah nak tergedik-gedik nak update status kan. 

Tapi by logic, bila kita dah masuk dewan exam, nak ambil FINAL EXAM, sepatutnya tak terfikir dah pasal benda-benda ni semua. Hmmm....entahlah.....

Sampai satu tahap aku dah terfikir kemajuan telekomunikasi ni dah makin membawa banyak keburukan pula.....

Ok tinggalkan kisah itu. Untuk dinner semalam, aku buat spageti. Teringin pula nak makan. 



Si miau pun senyum setuju dengan hidangan ini !



Untuk sarapan pagi ini, disebabkan masih ada lebihan kuah spageti, maka haruslah recycle dengan seberapa segera. 

Ambil 4 keping roti, berkeping-keping Bega cheese, kuah spageti = Bread Lasagna......

Yummy !!!!


Bread Lasagna


Budak ini kalau lambat suap, dia akan cakap, " nak...nak...nak..." hehhehehe...so sweet


Till then, c ya...Assalamualaikum.... 


***cikAwin = ladies pool takdak lah situ, semua campur....disebabkan itu, I cuma teman Amzar kat pool baby....kekekekke (alasan takmo swimming)....

Siapa suka ladybird masa kecil?

Zaman kekanak ribena --- kalau ternampak ladybird kat pokok, hati cukup suka. Tak tahu kenapa.

Mungkinkah sebab warnanya yang cantik?

Baru-baru ini, si ladybird muncul pada dedaun pokok lada. Sekali lagi hati rasa girang semacam.

Pelik !





posted from Bloggeroid

Wednesday, 3 October 2012

Our activities on last Sunday

Ahad lepas, kami start aktiviti swimming untuk hero berdua ni....pagi-pagi dah kena paksa bangun....kihkihkih...ni  posing sebelum bertolak...walaupun tak mandi pagi, tetap ensem anok ku!

Amzar: kena isi perut dulu ni sebelum main air.....nanti jap lagi nak guna tenaga banyak, nak tunjuk skill ....
Ajwad: ish...apa la Amzar ni, kedekut....bukan nak bagi satu....hmmmmm....

Sebenarnya pelampung kereta tu untuk Amzar. Masa ni abe Ajwad sudah penat 'training' swimming dengan daddy.....


Tiba masa untuk si Amzar pulak...budak ni suka sangat air.....tu mulut dia sedang nganga pasal nak minum air kolam lah tu.....kena pastikan kepala dia angkat tinggi time ni....macam mana nak ajar menyelam ni? Nampak gaya budak ni kalau ajar selam kepala, memang akan menjadi 'sambil menyelam minum air' lah!


Bola strawberry pemberian TOKSU .....ingat lagi ke toksu? Mu buwi ko Ajwad dulu.....

Amzar: aarrghhh...daddy...daddy.....nak mummy nak mummy !!!!

Lokasi kolam renang: Bersebelahan Masjid Seberang Jaya
Kuantiti kolam: 1 dewasa/expert, 1 toddler (paras pinggang aku), 1 babies/toddler (paras paha aku)
Bayaran: RM4/5 bagi umur 12 tahun ke atas
Kemudahan: Tandas, tempat mandi, (surau tak sempat cek daaa)
Kebersihan persekitaran dan kolam: Sangat puas hati


Tengah harinya pula, selepas tidurkan Amzar, aku bergegas ke kampus.....ada makan-makan dengan Exco SOPHYS......ada pizza, KFC, dan kek.

Ajwad malu-malu diusik 'kakak' Nusaibah dan Munirah

Bersedia untuk makan !

Barisan Exco: Berposing santai untuk kenangan....I love this moment....

Percubaan membuat kejutan kepada photographer......

Exco + Penasihat......


Sebelah malamnya pula, ada sambutan secara besar-besaran Pesta Tanglung di kawasan kediaman in-laws. Kami pergi pon dah lewat, dinner dulu and solat. 

Sambutan dibuat di padang permainan. Siap ada acara tarian singa. Kami cuma duduk di tepi padang ajer, sebab bising lah pergi dekat-dekat. 

Selepas habis persembahan tarian singa, ada acara pemberian tanglung mini kepada budak-budak. Mr Hubby bawa lah hero berdua tu untuk ambil tanglung. Yang dapat cuma Ajwad jer....huhuhu....kehabisan tanglung!


Itulah tanglungnya.....kami di tepi padang...main tanglung memang kena dalam gelap kan....

guna flash!...baru nampak muka

Oklah itu lah cerita kami di hari Ahad lepas......till then, c ya...Assalamualaikum...

Monday, 1 October 2012

Amzar --- his Bento for today


Assalamualaikum teman-teman blogger ......

Bagaimana hujung minggu kalian? Harap-harap semuanya penuh manfaat ya....

Bagi aku, Sabtu --- seharian di rumah. Mengemas apa yang patut tapi masih jer nampak macam tak berapa kemas....aisshhh..time constraint sungguh la kan....

Since Mr Hubby kerja hari Sabtu dan tidak pulang untuk lunch and dinner (coz straight away attended the Quran and Fardhu Ain/Kifayah Class in Mandarin after Maghrib), so aku masak yg paling simple ajer la untuk selera tekak ini dan anak-anak. 

Lunch --- reheat jer lauk lebih dinner Jumaat tu, steam ketam. Jumpa ketam sepit biru di Pasar Tani Lahar Yooi, sangatlah fresh sebab baru tangkap. Pasar Tani situ memang version night market. Kira ketam yg aku beli tu yg naik darat pada tengah hari nya.....beli juga udang sikit, cukup untuk 4 mulut. Walaupun Pasar tani, harga tak lah murah mana, lagi murah aku kira di Tesco. Tapi takper, 6 bulan sekali jer aku beli ketam ni....hehehehhe.

Stim ketam ---- cuma letak halia, bawang putih dan light soy sauce. 20 min steam. Siap. Sedap. Amzar dan Ajwad bertambah-tambah nasi (adakah ini bermaksud mummy perlu selalu beli ketam....errkkk, pengsan!).

Dinner pulak ---- aku masak jer nasi goreng dengan daun kucai petik kat kebun + telur 2 biji ---- makan ler 3 beranak......kenyang Alhamdulillah.

Semalam, Ahad. Adalah outdoor activities sikit + aktiviti kerja + night shopping sikit. 

Pagi --- bawa anak-anak swimming di Seberang Jaya.

Tengahari ---- Tidurkan Amzar, aku bergegas bawa Ajwad ke kampus. Student buat makan-makan sikit. Aktiviti mengejut ni, mastermind nya Ketua SOPHYS. Bukanlah semua student terlibat, cuma light lunch with EXCO SOPHYS. 

Malam --- bawa anak-anak main tanglung di rumah IL. Ada sambutan secara besar-besaran di kawasan perumahan situ. Sekejap jer kami di situ, lepas tu bergegas pula ke Queensbay, sebab aku nak beli Crocs. 

Sebab? --- sandal yg sedang pakai sekarang, tapaknya sudah hampir berlubang......dah nak buat camne, aku ni jenis yg ada cuma satu sandal jer untuk satu-satu masa...makanya, memang guna semaksima mungkin lah kan......

Kenapa Crocs? --- ikut pengalaman, sandal Crocs aku dapat bertahan lebih kurang 2 tahun -----okeh jimat duit beli sandal untuk tempoh itu.....hehehheheh. Lagipun, aku minat yg design lama punyer, maka sekarang harganya dah jadi murah sikit (siiikiiiiitttt jer la.....): RM129..........

Ok panjang dah melalut ni. 

Sebenarnya nak kongsi dengan ibu-ibu di luar sana....kalau tetiba takder idea nak buat Bento untuk anak kan.....

Aku suka guna kaedah yg paling senang --- steam ajer semua sekali. Kalau nak perisakan nasi tu, masukkan juga butter.....hmmm yummy!

Shrimp Rice with Seaweed



Aku guna Calrose rice, sebab tu sticky ---beras sushi.
posted from Bloggeroid