Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Day: Thank you


Disclaimer: Untuk kenangan diri sendiri di masa hadapan, mana lah tahu tiba-tiba kad ni boleh hilang....apa-apa pun, aku sayang semua pelajar aku, walaupun adakalanya kebijaksanaan dan keremajaan mereka 'memaksa' aku terus berkreatif dalam pengajaran.......


Dear all my PH110 students, current and ex-, I love all of you and wish you success in whatever you do (of coz the halal one only ya!). One day, if you walk around and you see me, please do say 'Hi' to me. Who knows, at that time, I might not be able to recall your name or perhaps I could not recognize you at all. Why? Just because all of you become ladies and gentleman already, no more 'ribena kids' ...hhehehehhe.....



posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 September 2012

Where to find indoor herbs (English herbs) in Malaysia? & The Reasons I Love Gardening


Haa.....panjang tak tajuk entry kali ni? 

Mula-mula, nak jawab pertanyaan Mummy Mariam Bebakar, tentang mana aku beli anak-anak pokok indoor herbs.

Jawapannya ----- JUSCO. 

Bahagian mana? ---- kalau di Jusco Penang (Queensbay & Perda), ada satu sudut kelolaan Babas, dekat-dekat dengan bahagian sports/outdoor. Babas yg pakar pasu bunga tu tau, bukan yang serbuk kari tuuu....

Biasanya pokok-pokok English herbs ni sentiasa bertukar, maknanya kalau nak lengkapkan koleksi tu kenalah rajin menjenguk Jusco .......ikut pengalaman aku camtu lah kan....

So mummy MariamBebakar, apa lagi, moh ler ke Jusco!

Dan juga setakat ni ikut pengalaman, di nursery, memang tak jual pokok-pokok camni....huhuhu.....

Second part of the entry tonight:

Why I Love Gardening? or Why I Have To Do Gardening?


1. Sebab aku suka makan ulam. So rasa lagi best kalau tetiba nak makan, boleh petik ajer kat luar rumah. 

2. Senang nak dapatkan bahan asas untuk masak --- lengkuas, halia, kunyit, daun kari, cili, serai. Walaupun aku agak tidak rajin juga untuk masak esp weekdays, tapi aku rasa best kalau benda-benda basic ni ada....heheheh. 

3. Penuhi masa hujung minggu --- weekend aku cuti 2 hari. Mr Hubby cuma Ahad sahaja, itupun aku harus 'berkongsi' masa dia dengan aktiviti NGO. Weekend aku dan anak-anak 80% di rumah, tiadalah berjalan ke mana-mana.  

4. Alternative method to 'kill' people ----- kadang-kadang bila rasa nak marah dengan seseorang @ sakit hati @ dia ada menyakiti kita, bayangkan saja mukanya pada tanah. Cucuk-cucuk lah tanah itu dengan cangkul atau apa saja. Anggaplah kita lepas geram. Tanpa sedar, gembur dah tanah tu kan, bolehlah semai benih....hikhkkhikhikhik.


In general, I have to admit that gardening has become one of the therapy for me, especially nowadays. 

I do not know about other people, but for me, sometimes I do talk to these little creatures (pokok-pokok). Satu kepuasan bila dapat luahkan tanpa ada persoalan-persoalan (memang ciri-ciri Venus kan?!...hhehehhe...emotional lebih sudahh.....).

Jadi , aku amat galakkan lah pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak tanam pokok ni....release tension beb!!!!

Di samping badan kita jadi lebih sihat !!!!

(Tapi nanti kalau pokok tak tumbuh / lambat tumbuh / cepat mati, jangan cari aku tau.....dan jangan tension, senyum jerk.....kuikuikuikui).


Amacam, ada berani buat edible garden macam ni? ....eheeeee

Vertical Wall Garden by Tournesol Siteworks


Makes me smile ...how about you?


Semalam dapat quotes ni dalam emel rasmi: berjaya buatku tersenyum......heheheh






Monday, 24 September 2012

Our lunch conversation



Biasanya Mr Hubby akan call 'bor' kesayangannya ini di antara jam 2-3pm. Sebab waktu itulah dia dalam perjalanan menghantar barang ke kedai. Jadi biasanya tengah drive tu lah dia call aku (bor - Hokkien word for wife). 

Hari ini dia call awal. Sebelum jam 2pm. 

Hubby: (setelah bagi salam) kat mana? 
Me: Kat opis lor. Tak keluar lunch....huhuhu....
Hubby: Aiyooo kenapa tak keluar?
Me: Tak keluarlah, tak lalu nak makan. 
Hubby: Yer lah tu, tak lalu konon. Petang ni pi aerobik ? 
Me: Aiseh, lupa la. Tak bawak baju. Lagipun u boleh balik awal ker ambik anoks? 
Hubby: Pukul 6 lebih la i sampai ambik Amzar. 
Me: Hmmm...hmmm...tapi susu Amzar tak bagi extra kat maktok. 
Hubby: U balik dulu, pi rumah maktok bagi susu extra. 
Me: Hmmm....tapi nanti kalau i pi aerobik, habis pukul 7pm, mana sempat nak masak untuk u bukak puasa. Maghrib awal sekarang.
Hubby: Takper, i tapau lar nanti sebelum fetch Amzar. 
Me: Hmmm....tak syok arrr....nanti u berbuka sorang-sorang, mesti u tak lalu kan kan kan? 
Hubby: Hahaha.....I takdak lah tak lalu. Tak macam u....
Me: Takpo lah yang. Rabu I pi. Harini tak mau lah. Eheeee
Hubby: Oklah ikut u lah.....

***tak lalu --- takde selera (kelantan dialect)..

Ada hikmahnya aku malas pi aerobik harini. Sebab kalau aku pi, macamana hubby nak fetch Amzar? Hujan seharian. Nanti kebasahan Amzar atas motor.....

Harini sang mentari malu-malu untuk memunculkan diri. Musim tengkujuh sudah tibakah di Penang?

Hujan petang-- hero berdua tu tak dapatlah pi playground.




posted from Bloggeroid

Sunday, 23 September 2012

Oh My English .....Herbs! & Mini Cactus Project


Ahad datang lagi ! Walaupun saat ini, saat yang aku sedang mengarang entry ini, cuaca di luar sudah pun mendung kerana sudah pukul 1720 petang......

Siang tadi, lebih kurang jam 1100, sewaktu Amzar tidur siang sesi pagi, aku bergegas buat renovation sikit  pada mini garden kat depan rumah. Garden lah sangat kan, walhal guna pasu !! Kihkihkih....

Untuk yang kat depan rumah ni, atau lebih tepat lagi depan pintu, aku letakkan pokok-pokok yang agak 'manja' gitu kan......

Kenapa 'manja'?

1 --- English herbs = ada yang tak suka hujan & ada yang tak suka matahari sangat. 
2 --- Cactus = sah-sah kena elakkan daripada kena hujan selalu.

Jom !!!

Sebelum renovation

Kumpulan English herbs

Thyme ---- sedap ni kalau masak spagethi atau ikan panggang. Daun thyme ni  jenis tak gemar air sangat....

Dill --- sesuai dengan masakan daging atau ikan sebab baunya yg agak kuat, boleh hilangkan hanyir.

Lemon Balm ---- wangi !

Lavender ---- tak sabar aku tunggu ia berbunga....moga-moga tidak cepat mati ....

Rosemary -- lagi satu english herb yg popular

Bokeh front effect --- Rosemary

Oregano

Thai Basil 

Bunga Thai Basil baru berputik .... (sila abaikan bayangan kaki tuan kebun itu ya)....


Aku tidak berapa gemar tanam bunga ---- sebab? Bunga biasanya tak tahan lama......heheeh...

Tapi disebabkan mahu menaikkan seri rumah ni, kenalah ada bunga-bunga sikit kan.....maka aku pilih kaktus berbunga! Lagipun memang aku suka kaktus pong. 


Sebenarnya aku nak wujudkan gurun mini dalam pasu leper tu, tapi silap beli saiz pulak ---- tak muat untuk letak semua kaktus yg ada....maka pengubahsuaian harus difikirkan segera. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang keemasan untuk renovate taman ni. Mujurlah ada pasu Babas yg kosong......

Soft Flower mode daripada Lumix GF5

Soft Flower mode juga....

Kalau perhatikan betul-betul, kaktus tu macam gelagat manusia sedang "Hooray!" atau "Yeay" kan?  Nothing impossible , its Allah's creation ....

Batu-batu ni aku beli di nursery ----RM4.50/sepeket....cantiklah pulak bila letak kan...sesuai lah sebab kaktus dalam pasu ni semuanya tema hijau......

Ada bunga tuuuu....

Untuk pasu ini, aku letakkan batu single-color......wah tak sangka berseni juga aku nih (wokeh sila jangan muntah, tuan tanah perasan kejap)....



Ada bunga !


Keadaan selepas........


Okeh dah pukul 1751, kena chow dulu nih....nak prepare dinner.....

Till then, c ya ....Assalamualaikum.....