Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 20 September 2012

Self Reflection on Thursday


Sedikit renungan buat diri sendiri dan moga bermanfaat buat teman-teman blogger:


*** Kadang-kadang, kita rasa berat hati untuk mengeluarkan derma:

         ------ Derma wang ringgit = kita takut duit kita susut @ kita rasa duit tak cukup nanti @ ada benda  lain yang kita nak beli dengan duit tu, nanti kalau dah derma tak dapat beli pulak @ orang lain dah derma, kira oklah tu .......

     ------ Derma barang/pakaian/physical things = kita punyai baju/kasut/seluar/tudung/etc yg banyak hinggakan kadang-kadang tidak terpakai pun, tapi apabila orang minta derma, tetiba kita rasa eh kita nak pakai baju tu ...hmmm....


*** Kadang-kadang, kita rasa suka menurut nafsu:

       ------ Gila shopping = biasanya ini dikaitkan dengan wanita. Aku tidak terkecuali --- gila beli buku & novel (astagfirullah.....). Kadang-kadang apabila nampak beg/kasut/baju/seluar yg berkenan, kita terus beli walaupun harganya mahal, walaupun almari kasut/baju/beg/seluar/tudung kita dah penuh bersusun, walaupun ada di antara barang-barang yg telah bersusun di rumah tu masih belum sempat kita pakai lagi .....apa frasa yg biasa kita guna? yeaaa...tambah koleksi.....


*** Kadang-kadang, kita mudah berasa diri sendiri betul:

    ------ Sukar terima teguran/pandangan orang lain = ini agak bahaya. Aku pernah terbaca satu frasa, "Bersyukurlah tatkala pandangan/cadangan anda ditolak. Berwaspadalah ketika cadangan anda diterima."

Kerana ketika cadangan kita diterima, ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar untuk melaksanakannya --- tapi yg banyak terjadi sekarang, tidak sedikit antara kita  yang BERBANGGA GILERK apabila cadangan/idea kita diterima, sedangkan kerja perlaksanaannya tinggal suam-suam kuku sahaja. 

Dan sepatutnya kita tidak bersedih apabila mereka menolak idea kita, boleh jadi itu satu rahmat. Mana tahu jika idea kita diterima bakal membawa musibah (minta dijauhkan....).


*** Kadang-kadang, kita mudah berasa selamat:

    ----- Kiasu ? = dulu aku tidak tahu apa itu kiasu. Oh rupanya lebih kurang 'selfish' maksudnya ya. Dunia moden hari ini begitu mencabar. Dan sering kita rasakan, asalkan kita dan famili dapat 'survive' (jasmani dan rohani), kita sudah selamat. Tidak perlu kisah dengan 'orang lain' yg masih terkapai-kapai.........kan ke ada badan yg bertanggungjawab untuk itu? Jadi kita rasa kita tak perlu lah susah-payah kan diri......


*** Kadang-kadang, kita rasa tertipu untuk matlamat menghalalkan cara:

    ----- Sikap asal tutup aurat sudah = saban hari usia muda semakin meninggalkan kita. Sama-samalah kita check balik etika pakaian kita selama ini. Kalau sebelum ni kita gemar bertudung dengan baju lengan pendek, mungkin sudah sampai masanya kita pakai baju lengan panjang. Kalau sebelum ni tudung kita tidak menutupi dada, mungkin sudah sampai waktunya untuk kita berhijrah. Kalau sebelum ni kita pakai yg agak-agak sempit, mungkin sudah tiba ketikanya kita shopping baju yg sesuai. 

    ----- 'Islamic communication' = asal tidak bertemu secara fizikal, ramai antara kita yg tertipu dengan bisikan syaitan. Berhubung secara virtual, lelaki dan wanita yg tidak halal. Berhubung dengan tujuan yang tidak perlu, tetapi seringkali menggunakan alasan 'demi Islam'. Huh maaf, aku amat benci dengan golongan ini. Tidak sedar diri mereka itu hipokrit! 




Tuesday, 18 September 2012

Tangy Noodles

Mrs spicy: timo kasih deh umi maryam sudi tingga jejok ko belog ambo nih.......(suko tengok gelagat Maryam)....

Kamalia: Haritu terjumpa anak Lavender di Jusco, apa lagi terus lah sambar....tapi tak tahulah akan berbunga ke tidak....setakat ni subur lagi....hehhehe

Rostina76: itulah kak, saya ni suka jer berangan kononnya time nak masak tu, senang jer main petik-petik.....tapi bab nak tanam dari benih saya liat sikit (kecuali yg dah terbukti senang tumbuh macam kangkung @ ulam raja), saya lebih suka beli anak pokok...kikhkihkihkih....


Sarapan Ahad lepas ---- Fried Tangy Noodles.

Tangy Noodles ni rupanya macam kuetiaw. 
Produk keluaran Country Farm Organics.
Boleh beli di Jusco --- bahagian organik @ kedai/farmasi yg ada jual bahan-bahan organik. 

Dalam sepeket mee --- 4 bahagian mee dibuat kepingan.
Satu kepingan satu warna = 4 warna mee/sepeket.
Warna mee berdasarkan asal-usul mee itu.

Peach orange = daripada carrot.
Red = daripada beetroot/tomato.
Green = daripada seaweed.
Cream = daripada potato.

Tapi bila dah masak, warna-warna tu dah tak jelas sangat.....tapi sedaaaapppp !!!!!!






Disclaimer: aku, hubby, ajwad mahupun amzar TIADA share dengan CountryFarm ni ya......(sebelum ada orang cakap aku macam promo company ni pulak...hehehhehe)

Indoor Herbs



Mission completed: Thai Basil, Rosemary, Oregano, Thyme, Dill, Lemon Balm, Chives,  Lavender (nanti aku post satu entry tentang mini english herbs kat rumah tu ek...)

Next Mission: Bay Leaves !!!!
Mana nak cari anak pokok bay nih? Dalam BM panggil apa ya?

Monday, 17 September 2012

SOPHYS Explorace

SOPHYS Explorace
15 Sept 2012
Botanical Garden, Penang



Yeah posing dulu sebelum start ya.....

Ahmad Muzakkir: Ketua SOPHYS merangkap Pengarah Program secara tak rasmi, sedang mengira kumpulan....11 kumpulan semuanya.....
Kira jangan tak kira......

"Belum start dah garu kepala ya Abu Musa?"

Suka lah budak-budak ni dapat posing....ni pon sedang tunggu nak start la ni....

Sedang meneliti klu yang pertama....ok fikir-fikir mana perlu pergi ya.....aku memang plan game ni dibuat ala-ala The Amazing Race gituuu......

"Bergerak!!  Laju woiiii lariiiiii......"

Munirah Amat sedang memasukkan hadiah dalam beg....ini adalah final checkpoint.....

"Errrr, takder beza kan student ke lecturer?....hikhikhik"...(mode perasan jap)

Kumpulan ini kerjanya asyik berlari 3-4 kali di tempat yg sama: SESAT punyer pasal ! Tak jumpa checkpoint 'Pokok Arang' ....hikhikhik...

Anak sungai.....clear water....

Penat lah tu nak lari....berlenggang-kangkong jadi nya.......

Inilah checkpoint pokok arang tu.....disebabkan pokoknya besar dan rimbun, maka macam tersembunyi sikit.....my boss with Shahira...

Ahmad Muner + Hafiz Sulaiman.....sengaja depa ni pilih checkpoint dekat air......

Jernih kan?

Baca klu dan pahamkan ya.....

Sedang membuat 'tali' terpanjang daripada barang-barang kepunyaan sendiri....


Fatin Fadtanah.......hunggaaaaaa.....yihaaaaa.....

Checkpoint ke5

Wah 1st group yg sampai ke final checkpoint....but finally managed to get 2nd place (pasai yg soalan kuiz depa salah...huhuhuhu)

Kepenatan tak terhingga ya......itu baru 5 checkpoint ja, kalau 10 camne agaknya ya? Team Khairul Anuar Mahusin (baju biru) 

Serahkan semua sampul jawapan........

Posing lagi .....

Walau pun program ini dilaksanakan pada saat-saat akhir (2 hari sebelum), tapi aku puas hati sebab berjaya. Students pun nampak happy dan dapat lah beriadah sepenuh jiwa raga sebelum final exam menjelang ni kan...

Bilangan students yang join pun ok ---- 65 orang, tak ramai tak sikit,,,,sedang-sedang ajer......junior cuma 14 orang dan selebihnya senior.....

Lecturer yg join pon 3 orang jer --- aku, boss, dan Kak Noriah.....alangkah bestnyer kalau aktiviti SOPHYS ni semua lecturer dapat join. Students pon lebih bersemangat sebenarnya kalau lecturer join aktiviti depa ni......tapi nak buat camne kan.....masing-masing pon ada plan tersendiri......setakat ni tak ada lagi aktiviti luar SOPHYS yg betul-betul disertai oleh semua lecturer ......

Apa-apa pun, Explorace ni tetap meriah....It was really fun.....Thanks my beloved students!

Dan yg paling aku bangga: depa asingkan kumpulan lelaki dan perempuan, not 2 in 1 ......Alhamdulillah.....syabassss beta ! (tetiba)......