Hai hai hai .....
~najwa~ ; Mama2Q; Sue-Rya Qistina; MaryaYusof; Hanis MY; Kamalia (Kak Lia); Asmara (Kak As); Lynn; JembalCastle; ummi_ziz (izu) & semua rakan bloggers.. ----- semoga senantiasa ceria !
Semalam, 2 May, aku cuti...sajer la ambil cuti extra, cuti rehat di rumah sempena baru pulang dari kampung.....tapi nama jer la bercuti kan, rupa-rupanya lagi penat berbanding hari kerja.....hmmm, dah namanya kerja rumah, ada jer lah perlu dibuat kan....hikhikhik.....
Semalam juga barulah berkesempatan mencuba skill menyediakan sendiri kiub stok ayam (macam perlu skill tinggi jer kan, walhal macam kacang putih jer bagi kawan-kawan sekalian kan....hehehhe).
Resepi asal ada di Blog Saya Hot. Terima kasih umi Maryam. Seperti biasa, aku olah sikit resepi tu berdasarkan bahan-bahan yg ditemui di pasar pagi......jom layan.......
 |
| Para pelakon utama chicken stock: Ayam dan tulang ayam, celery, carrot, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih. Kuantiti bagi setiap bahan tu pandai-pandailah agak ya.....rebus kesemua sekali utk jangka masa 3 jam...... |
 |
| Setelah stock sejuk, bolehlah masukkan dalam bekas agar-agar macam ni @ ice-tray, kemudian cover dengan cling wrap (bagi bekas yg tiada penutup). Bekukan dalam fridge...... |
 |
| Dah beku, bolehlah keluarkan daripada bekas acuan tadi dan letak dalam plastik (utk memudahkan proses memasak kemudian hari). Masukkan semula dalam fridge/freezer. |
 |
| Nampak macam agar-agar laaa pulak chicken stock ni......tapi janganlah expect home-made ni akan jadi keras 'kejung' macam yg kedai punyer yer......aku punyer version ni agak lembut laaa sifat fizikalnya...huhuhuuuu.... |
Selesai bertungkus-lumus buat chicken stock kan, terasa lah kemalasan melanda apabila tibanya masa untuk menyediakan juadah dinner......
Maka, buat jer lah hidangan yg sewaktu dengan chicken stock tu.....SINGGANG DAGING !
Method: Campakkan ajer hirisan halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, 2 keping asam gelugor, biji ketumbar yg ditumbuk, cili merah (optional), 2 titik budu (optional) .......hasilnya :
 |
| Singgang Daging for dinner |
Till then, c ya.... Assalamualaikum.....