Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday, 8 December 2011

Saiz Perut Bayi

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 - 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu...

Extended BF

WHO menyatakan dalam polisi penyusuannya bahawa penyusuan susu ibu dijalankan sehingga anak itu berusia tiga tahun.

Malah, dalam Akademi Pengamal Perubatan Kanak-kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu diberikan kepada anak sekurang-kurangnya sehingga anak berusia setahun dan diteruskan selama mana ibu dan si anak mahu (ini bagi yang rasa orang Barat dan Amerika tidak mengamalkan penyusuan susu ibu).

Tidak salah bagi si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun si anak sudah mencecah umur melebihi dua tahun.

Sebenarnya, ada tiga peringkat penyusuan susu ibu.

Yang pertama dikenali sebagai penyusuan susu ibu secara eksklusif. Penyusuan jenis ini memastikan bayi tidak menerima selain dari susu ibu untuk enam bulan pertama. Ini bermaksud, bayi itu tidak akan menerima apa sahaja makanan termasuk air kosong, atau makanan tambahan atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai bukan susu ibu.

Peringkat kedua penyusuan susu ibu dipanggil penyusuan susu ibu sepenuhnya. Untuk peringkat ini, bayi yang sudah berusia enam bulan ke atas akan meneruskan penyusuan susu ibu (tanpa mencampurkan dengan susu formula). Dalam masa yang sama, bayi tersebut mula diperkenalkan dengan makanan pejal dan juga minuman-minuman lain secara berperingkat mengikut kesesuaian.

Peringkat terakhir adalah meneruskan penyusuan bagi kanak-kanak berusia dua tahun dan ke atas. Pada peringkat ini, penyusuan susu ibu diteruskan bersama-sama dengan makanan pelengkap yang lain (masih tidak mencampurkan dengan susu formula).

Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengari tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.

Tidak tahu dari mana asas cerita-cerita dan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi, hakikatnya, tidak ada buruknya menyusukan anak dengan susu ibu walaupun dia sudah jadi 'big baby'.

Memang jenuh dan menyakitkan hati bila ada orang yang seolah-olah sinis bertanya,"Dah besar-besar macam ni pun masih menyusu?".

Terasa macam ringan mulut nak menjawab dan berdebat mengenai perihal kehebatan menyusukan anak tak kira umur. Tetapi, bila memikirkan usaha itu sia-sia, biar aje la.

Bak kata Dr. Sears,
Menyusukan anak dengan susu ibu adalah keputusan yang AMAT BIJAK kerana banyak perkara yang menyebelahi si ibu.
Dari alasan yang diberikan oleh sains, banyak yang menyokong penerusan susu ibu.

Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.

Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu daripada si ibu walaupun Al-Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam Al-Quran yang menghalang ibu daripada meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun.

Islam agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak sahaja yang terseksa. Ibu juga begitu).

Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda!

*WHO = World Health Organization

Wordless Day....

Wednesday, 7 December 2011

Semalam yang Berlalu.....

Title ala-ala jiwang......

Semalam, aku cuti. Sebab nya Maktok dari last week apply cuti, dia nak pi jemput orang balik Haji......

Maka, bercuti lar mummy bersama Ajwad + Amzar. 

Pagi-pagi, ala-ala desperate housewife yg mithali, aku pun pi ke pasar pagi. Dah akan duduk kt rumah seharian kan, kalau tak pi pasar, alamatnyer kebulur nanti ahli-ahli rumahku syurgaku. 

Tak terfikir nak masak apa, tapi ronda-ronda pasar, nampak sotong. Agak-agak fresh. Aku pun ambil ler 10 ekor. 

Selesai jer timbang, pakcik tu habaq "RM7"...

Mak aiiii...dashyat harga sekarang......tapi tak apa lar, dh lama x makan sotong.....laagipun, skrg kan musim tengkujuh.....

Kat rumah, muncul ilham utk buat kerabu sotong.....hehehehehe...



Sedap......a bit pedas + masam-masam manis....

Kerabu sotong versi orang diet: Mix with couscous...marvellous yummy!



Apa aktiviti si Little Amzar?







Aku ada try puri nasi + steam cauliflower + kurma utk Amzar....suka sangat dia.....


So pagini, aku sediakan lagi puri itu utk bekalan di rumah Maktok.....tambah steam carrot juga.....

Puri nasi + steam cauliflower + steam carrot + kurma

Monday, 5 December 2011

Mari Kenali Warna bersama Ajwad

Sesi brainstorming di rumah (konon ler......).


Mummy : Ini warna orange.

Ajwad: Orange

Mummy: Ini warna apa? 

Ajwad: Meghah (Merah).

Mummy: Ini?

Ajwad: Yellow

Mummy: Good boy lar Ajwad ni, pandai la Ajwad.


Tersengih Ajwad. Suka sangat orang puji. Sambung lagi,


Mummy: Yang ni, warna apa?

Ajwad: Hmm....hmmm...tak tau lar. Ajwad tak tau....

Mummy: Yg ni blue.

Ajwad: BULU !

Mummy: Blue...BLUE

Ajwad: BULU !


Anda nak ketawa? Silakan.....sebab sebaik sahaja Ajwad selesai sebut, mummy gelak guling-guling.....kihkihkihkih.....

Thursday, 1 December 2011

Byk orang byk ragamnya, yg penting cari ilmu.....

Mak aiiii....title entry....dashyatttttt.....ikhikhikhik

Bukan apa nak merefleksikan kisah hari ini dalam sejarah.

Last Sunday, aku join group usrah baru di area SPU, sebelum ni join yg dekat pulau. Tapi sejak berpindah ke sini, asyik bertangguh jer, so Ahad lepas baru ada kelapangan join. 

Nama naqibah Kak Eton, kerja di Matrix PP. Usrah buat di rumahnya, di Kg Tersusun. 

Aku 1st time lar pergi area situ, nasib tak sesat. Kat minda, suasana kampung la kan.

Tapi, sebaik sahaja aku belok ke kiri masuk kampung tu, tu diaaaa.......kiri kanan cantik tersusun rumah-rumah BUNGALOW......

Subhanallah...Subhanallah....Maha Suci Allah Maha Pemberi Rezeki pada setiap makhluk.....

Well, bukan lah aku nak cerita pasal rumah banglo mahupun tentang kampung tu harini. Itu mukadimah ajer....eheeeeee

Dlm usrah tu, ada lar seorang sister ni, Kak Min. Seorang revert juga, dah lama dulu......Kak Min ada melontarkan pertanyaan pada ahli usrah.

Kisahnya begini:

Hari sabtu kakmin pi lar masjid utk bacaan yassin dan doa sempena tahun baru hijrah. Kakmin bawa cucu umur 2 tahun. Cucu itu pakai pampers, biasa laa tu kan budak kecik. 

Sedang jemaah baca yassin, cucu kakmin tadi bergolek-golek lar di atas sejadah. Tiba-tiba datang seorang jemaah wanita (mungkin ajk masjid itu), menegur kakmin. Katanya lain kali jgn bawa budak ke masjid. Budak itu pakai pampers, bawa najis. Nanti tempat itu dah tak suci, tak boleh solat.

Kakmin terpinga-pinga, 1st time dengar perkara sebegini. Kakmin diam sahaja, maklumlah kakmin fikir mungkin dia yg tidak tahu tentang adanya 'hukum' begitu.

Bukan setakat tegur, wanita tadi terus sahaja mengarahkan rakannya utk mengambil beberapa helai sejadah yg lain dan menggantikan sejadah yg dah didiami oleh cucu kakmin tadi......

Jadi Kakmin tanya laaa naqibah/ahli usrah, ada ke perkara sebegitu?

Aduhai.....kesian kakmin....

Mengapa begitu cetek pemikiran manusia, yg kononnya sangat menjaga kesucian tempat beribadat, tetapi mengamalkannya secara salah?

Aku tersenyum.....manusia manusia....aisshhhhh...

Apa salah budak kecik itu? Dia pakai pampers yg masih baru...bukannya pampers itu bocor. 

Hanya dengan alasan budak kecik itu membawa najis, maka sejadah itu dikira tercemar? Nonsense!

Islam itu mudah, cuma kadangkala kita sendiri yg buat seolah-olah ia susah dan menyusahkan. 

Carilah ilmu, kadang-kadang kita yg born-muslim ini, ilmu agama kita lah yg dangkal. Tetapi tetap juga mendabik dada seolah-olah kita lah hebat. Tetap juga mahu menunjukkan kita tahu serba-serbi perihal agama, lebih-lebih lagi di depan mereka yg revert/convert.

Kita sering fikir ilmu agama yg kita belajar di sekolah/IPT dah cukup.....aduhai..ini semua pesanan utk diri sendiri juga...kalau korang rasa apa yg aku cakap ni tak betul, tak apa.....itu pendapat masing-masing. 

Cuma, jgn berhenti mencari ilmu, di saluran yg betul, i.e berpandukan Quran dan Sunnah. 

Till then, see ya.....


Something to share

Copy from FB's friend......