Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 25 March 2015

Blog Baru --- Transformasi Kesihatan

Tuan tanah telah berpindah ke blog baru di sini:

Journey to Health ......... from the Kitchen

Jemputlah bertandang pada yang sudi.

Tuan tanah berkongsi pengalaman perihal kesihatan.

Cara untuk sihat dengan menggunakan bahan dari dapur sahaja atau pun cara alami yang pernah digunakan oleh generasi dahulu.

C ya !

Thursday, 8 May 2014

Vegan Chocolate Cupcake (Non-dairy & Eggless)



Kita semua suka dessert kan, name it ice cream ka, kek ka, cupcake ka, muffin ka.

Benda sedap....manis....uishhhh......

Dan harini aku nak share satu resepi marvellous untuk sesiapa yang tengah diet kan, atau yang ada alergi telur atau susu.

Pasai resepi ni tak guna susu mahupun telur ----- namun tetap menghasilkan cupcake yang gebu, lembut dan sedap dimakan. 

Resepi (sukatan ini menghasilkan 5 biji cupcake ikut size cawan dalam gambar ye):

* 4 sudu besar unbleached flour
* 2 sudu besar organic raw cocoa powder
* 3 sudu besar brown sugar / molasses
* 2 sudu besar minyak kelapa dara / VCO @ olive oil
* air (> 3 sudu besar, agak-agak sendiri ikut kepekatan)
* chocolate chips / habbatussauda / chia seeds etc (optional)
* 2 teaspoon cinnamon powder (optional)

Kacau sebati ----- > bakar dalam oven. 

Boleh juga kalau nak jadikan Mug Cake. 
Resepi di atas sebenarnya ikut sukatan untuk mugcake. 

Maaf lah gambar tak berapa menyelerakan, sebab pagi tadi sebelum Subuh aura cupcake datang kan, maka bersilatah di dapur tu......elok lepas Solat Subuh, cupcake pun dah masak, terus ambil gambar di bawah cahaya lampu kalimantang yang tidak berapa okay itu.....huhuhuhu


Monday, 5 May 2014

Menu Ahad


Macam biasa, hari Ahad, hari bersenang-lenang di rumah sahaja. Bangun pagi-pagi pergi pasar sementara anak-anak masih tidur dengan daddy mereka........

Bila dah pergi pasar, maka juadah harini ada special sikit lah. Jumpa pula si sepit biru di pasar. Ok terus terfikir nak buat gulai Kelantan. 


Beli juga 2 biji labu bersaiz comel lote.
Lama dah tak buat sira labu ni.
Puas makan semalam.


Goreng juga tempe. Rajinkan diri buat sambal cili kicap,
letak bawang putih banyak-banyak.
Perghhh cicah macam tu je makan, sedappppp......
hidangan asal masyarakat Jawa kan.

Taraaa ---- si sepit biru.
Gulai Kelantan bersama tempe. 

Pada yang merindu 2 hero cilik ni ---- nilah wajah terbaru.....hikhikhikhk

Friday, 2 May 2014

Terung --- A Fighter





Pokok terung hijau di dalam pasu. 

Pasu recycle, tengoklah, dah pecah-pecah. Tak boleh dah nak alih sesuka hati, sebab pasu ni kira dah rapuh ni...huhuhuhuhu

Aku ada 4 pokok terung dalam pasu ---- pelbagai varieti.

Yang dah berbuah cuma yang bulat dan yang hijau ni. 

Kisahnya unik. 

Masa musim kemarau yang panjang lebih 2 bulan tu, semua pokok terung aku 'mati'.

Gugur habis daun-daun.

Yang tinggal cumalah batang utama yang warnanya pun kekuningan dah. 

Aku memang jenis yang biar je dulu, tak adalah terus buang kan. 

Kemudian, musim hujan pun kembali. 

Hari demi hari, aku perhatikan mula muncul tunas-tunas baru.

Yang lama-kelamaan subur kembali pokok-pokok terung aku ni. 

Alhamdulillah.

Akarmu kuat dan berjiwa 'survival'. 

Begitulah juga kita. 

Walau dugaan senantiasa menyapa, yang adakalanya bisa membuatkan kita rebah, yang adakalanya kita seolah merasakan tiada punya harapan, namun yakinlah hati bahawa Allah senantiasa ada di kala manusia lain lari.....................................sabar dan tabah kerna kemanisan pasti tiba jua........


Salam Jumaat buat semua. 


Tuesday, 29 April 2014

Aromatherapy Spray --- Alternatif Penghalau Lipas!






Alhamdulillah.

Dah jumpa produk yang selamat dan efektif.

Health-friendly & Environmental-friendly.

Keluaran orang Islam.
(itu lagi penting berbanding status B*mi*utra)

Multipurpose Aromatherapy Spray.

Kegunaan:

1) Air Freshener
2) Table Cleaner
3) Glass Cleaner
4) Ironing Aid

Ada 4 jenis aromatherapy: Pandan, Lavender, Rose Sensation dan Citrus Berries.

Di office, aku guna Citrus Berries.

Wangi ! Sembur pagi, sampai ke petang tahan.

Sebab utama aku sembur di office ----> untuk membuat cicak-cicak lari.
(Jenuh wei asyik nak cuci hasil penyahtinjaan cicak-cicak ni)

Di rumah ---- aku guna Rose Sensation untuk bahagian dapur dan toilet bawah ----> untuk menghalau lipas.

Di bahagian atas, aku gunakan Pandan --- juga untuk menghalau lipas.

Lavender aku belum guna lagi.

Maka, marilah kita bertukar ye kepada produk keluaran Muslim yang selamat dan sangat bermanfaat ini. 

Harga?

Sangat berpatutan.

RM20/per bottle/200ml

Boleh hubungi Dr Zulkifli Sharif di FB beliau atau no telefon 010-2420332.

(Aku dah siap mintak izin daripada beliau dah nak letak no phone dia kat blog).


Disclaimer: Aku tak pernah jumpa Dr Zulkifli Sharif personally. Hanya kenal melalui FB, yang mana beliau adalah pengamal perubatan yang mementingkan basic food management dan sering menasihati pesakitnya supaya tidak bergantung pada ubat-ubatan moden. Aku bukanlah duta produk ni, cuma ingin berkongsi kebaikan sesuatu produk yang terjamin dan tidak membahayakan kesihatan. 

Monday, 28 April 2014

Vegetarian Noodle with Shiitake






*Spinach Organic Noodles from Country Farm Organics --- 10 mins boiled.

*Capsicum + Eggplant + Olive oil --- oven-grilled

*Braised garlic + shiitake mushroom in olive oil

* + a few spoons of chicken broth enriched with habbatussauda

* + 2 spoons of Apple Cider Vinegar

* + boiled noodles

* + oven-grilled veges

*Turn off heat

*Garnished with chillie flakes



Wednesday, 23 April 2014

MSG & Ajinomoto



Semalam, kenalan FB share status seorang doktor di wall nya.

Ingin jua aku berkongsi di sini.

Untuk kita prihatin akan pengambilan MSG / Ajinomoto dalam pemakanan seharian. 





Hari ini dapat satu ilmu baru, belajar dari pesakit saya.

“Doktor! Saya tak pernah pun cabut gigi.”

“Tapi gigi Kak sebelah bawah banyok doh tak dok, gi mano kalu dok cabut?”

“Setiap kali sakit gigi, saya bubuh ajinomoto dalam lubang gigi, hilang sakit. Lama-lama gigi tu reput dengan sendiri.”

“Haaaa… ni baru kali pertama ambo dengar, ajinomoto boleh jadi ubat sakit gigi.”

“Memang doktor! mujarab sengoti. Lepas bubuh, semetar jah hilang terus sakit. Tapi gigi jadi reput.”

Apa yang kita boleh belajar dari sini? Gigi dengan tulang kita, mana yang lebih kuat? 

Semua orang akan jawab, gigi lebih kuat dari tulang sebab gigi boleh gigit tulang tapi tulang tak boleh gigit gigi!

Kalau gigi yang kuat pun boleh reput dengan ajinomoto, bayangkan bagaimana tulang kita, rambut kita dan anggota-anggota lain.

Heheee… siapa yang berminat nak mereputkan tulang, masukkan ajinomoto banyak-banyak dalam masakan anda. Selamat mencuba!


Do we realize that MSG/Ajinomoto has a lot of different names (terms) in food industries?

Mungkin, kita kalau terpandang makanan yang berlabel MSG Free, baru kita berani ambil. Tetapi tanpa kita sedar itu semua adalah marketing strategy semata-mata. 

Ingin tahu nama lain bagi MSG/Ajinomoto? Klik link ini.....


http://www.truthinlabeling.org/hiddensources.html



http://www.glasbergen.com/?count=3&s=aging