Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 23 October 2013

Typo .....

rostina76 umiyumi εïзmummyHazaεïз nurbijenNastyna  PUANSTOBERI Ummu Madihah Salma Tayo nadia rashid ummuaidan = Good Morning Malaysians, whereever you are.......


Pagi-pagi ni, terkekek-kekek aku gelak dalam kereta. Nasib baik cermin agak malap gitu, kalau tak, mesti orang ingat tak betul ke apa gelak seorang-seorang kan....hehehhehe.

Ni sebab topik pagi HotFM lah ni. Depa cakap pasai type error atau orang sekarang panggil typo. Biasalah zaman smartphone, tab, laptop ni kan, typo tu rasanya menjadi fenomena biasa kot. Ramailah pendengar yang memberi contoh typo ni.

Maka, antara yang masih tersimpan dalam memori aku adalah:

1) Iklan di sebuah hotel. RM150++ per night. Free WIVE

Hhahahhahahahhaa...memang sakan aku gelak ni. Sebetulnya depa nak habaq Free WIFI. 

2) Bangla untuk dijual.

Kihkihkihkihkih....apalah salah bangla ya? Sebetulnya nak tulis Bangle untuk dijual. 

3) Emel kepada officemate. Instead of Hi guys, dia tertaip Hi gays........

4) SMS kepada bos -----> Sy MC harini, ditaipnya SYG MC harini......hehehehhe

Banyak sebenarnya kesilapan taip, tulis ni kan....yang baru-baru ni popular mengenai perisa pandan kan. Instead of Pandan flavour, ditulisnya PONDAN Flavour.....owh sungguh mengerikan. 

Aku pun banyak kali juga lah tersilap menaip ni, terutamanya kalau chating, sebab lepas taip jer terus tekan enter kan. Kalau dalam emel tu, ada lah jugak cek dulu sebelum tekan SEND

Semalam, chating dengan seorang student aku tentang trip ke Pangkor. 

Bla...bla....bla.....ayat aku .......dan diakhiri dengan perkataan 'STUDENG'.

Sebenarnya nak taip 'STUDENT'. 

Dah lah student yang tengah sembang dengan aku tu orang Terengganu!

Owh sungguh tiada niat ya......hehhehehe....yer lah, T & G berjiran atas bawah jer.......


Spageti olio hidangan dinner Ahad lepas. 
posted from Bloggeroid

Friday 18 October 2013

Detox Drinks

Nastyna = mesti lucu dok time depa ni confuse bahasa.....heheheh......tapi nanti bila depa dah expert (cth macam si Ajwad), saya pulak lah yang terlopong nya...pasai tak paham......
Ummu Madihah = Hai mok aji.....lamo nyoh kelik kelate......sangkut jam jugok tuh......oghe kelate meme suko kelik kampung kan.....hheheheh
Kniedaz = hi kak, good morning. 


Masa balik kampung haritu, makan memang pulun lah kan, balas dendam makan ketupat palas. Daging korban lagi. Juicing jangan harap nak buat. Zumba pun entah ke mana. Disiplin ke laut gitu. 

Pabila dah kembali ke alam realiti ni (cewahhhhh), haruslah fokus semula. Juicing weh juicing. Jangan liat. Walaupun ada skip jugak 2 hari selepas pulang dari kampung. Aiiii, momentum senang betul hilang. 

Kebetulan petang semalam ada pasar malam. Sebelum jemput Amzar, singgah dulu situ beli sayur dan buah. Yang utama cari cilantro ni, atau daun ketumbar. Sebab daun ketumbar ni bagus untuk detox. Kiranya bolehlah nak singkirkan benda-benda asing dalam badan tu kan. Meh kita tengok apa kelebihan-kelebihan lain cilantro ni:



Kan, banyak sungguh kelebihannya....maka dengan itu marilah kita minum daun ketumbar. Tapi nak buat ulam pon boleh. Selalu tu aku makan gitu jer sebagai ulam. Cuma bila makan ni, kuantitinya tak sebanyak mana lah kan, berbanding kalau juicing, boleh letak banyak-banyak gitu.

Untuk juicing cilantro ni, sebaiknya pilih buah yang manis. Sebab cilantro ni rasa pahitnya agak kuat. Kalini aku pilih mangga yang betul-betul masak. Tapi aku guna sebelah je. Sebelah lagi campur dalam sarapan oat Mr Hubby. 


Mangga + Cilantro + Sawi

The taste : bitter sweet. 

Boleh aje kalau nak gunakan sebiji manga untuk extra manis. 

Thursday 17 October 2013

Tertukar sudah....

Nastyna = terer la sis boleh tolong mak buat ketupat palas, saya setakat 'kacau' nenek jer lah....
suka suka = betul kak, kat Pantai timur meriah raya korban ni, kenyang perut dengan nasi...ehhehe
BUNDA a.k.a KN = salam ukhuwah bunda....


Adik perempuan bongsu aku, dipanggil maksu oleh Ajwad Amzar. Tapi Amzar tu lain sikit lah sebutannya, dia sebut MokChu........sebelum-sebelum ni memang pass dah sebutannya....

Tetapi balik kampung raya haji baru-baru ni, panggilannya tertukar sudah. Pelik betul bunyinya. 

Dia sebut XioShu.

Pelik si maksu dengar.......kami dengar pun pelik jugak. Berkali-kali betulkan sebutannya.
 Disebut jugak XioShu. 

Eh? Apsal tetiba bunyi macam Mandarin pulak ni kan?

Then, aku baru teringat......mungkinkah dia sedang dalam fasa 'confuse' antara panggilan Xiao Shu (paksu dalam Mandarin) dan MakSu?

Sebab di Penang ni, adik bongsu Mr Hubby depa panggil Xiao Shu lah. Tapi nak kata selalu jumpa Xiao Shu tu pun, tak ada lah sangat. 

Macam-macam lah anok.



Amzar with cousin.
Sebaya. 


Tuan kebun junior bersama pokok roselle yang lebih tinggi dari dirinya.
Teruja tengok kudup bunga roselle lah tu.
Nanti mummy buat jus roselle okey darling.



Aktiviti hujung minggu sekiranya tidak keluar.
Mari mengejar abang.
posted from Bloggeroid

Wednesday 16 October 2013

Eid Adha 2013

MariamBebakar = teringin lah nak gi kampung mummy suatu hari nanti....
cikA & Nastyna = Pangkor tu program bersama students, alang-alang kena jugaklah angkut depa ni....
Jassnani = kak, takpa, nanti Fiya jalan boleh bawak dia main pasir pantai......




Kami tiada plan untuk pulang ke kampung raya haji ni, cuti pun aku tak apply, pagi Ahad macam biasa pergi ke pasar bersama 2 hero, balik siang ikan dan masak seperti selalu. Tengah hari Mr Hubby pulang daripada marathon, sambil menjamu selera, tiba-tiba dia mengajak pulang. Katanya seperti tiada makna raya di Penang.....hikhikhik....dusshhhh, sepantas kilat, aku mengemas dapur dan packing baju. Tepat jam 3pm, kami bertolak. Singgah di Puncak Titiwangsa menjadi acara wajib. Saja nak rasa angin sejuk. 

Ketupat palas = ketupat pulut.

Di Kelantan, ketupat ni manis. Maka tak perlu makan dengan rendang dah. Boleh dimakan begitu sahaja (eh tetiba terasa macam iklan kan?! Dush......). Kadang-kadang, digunakan beras pulut hitam. Adakalanya dimasukkan juga kekacang dan serunding. Yummmmm, sedap! Kata Amzar.

Dulu-dulu, nenek aku yang buat sendiri. Ingat lagi masa aku muda remaja, bila balik kampung menjelang raya, penuhlah dapur dengan periuk-periuk besar. Untuk mengukus ketupat palas ni, cara tradisional, menggunakan dapur kayu. Aaaghhh rindu woooo zaman itu. Sebab aku dan makcik-makcik yang hampir sebaya, begitu ringan tulanglah kononnya ingin membantu menganyam ketupat ni. Buat kelongsong kata orang. Tapi tak pernah jadi....hehheheheh.

Pemandangan di belakang rumah.

Walaupun aku dibesarkan di KL, tapi suasana sebegini juga yang dirindui. Suasana yang penuh kehijauan sekeliling. Sekeliling rumah penuh dengan tanaman ulam dan pucuk kayu, hendak makan main petik ajer. Bila anak-anak mengamuk, dukung sahaja dan tunjukkan kerbau, lembu, kambing, terus teruja mereka. Apakah suasana ini akan kekal dan dapat dirasai oleh mereka pada masa hadapan?

Amzar hungga di Hutan Pokok Rhu, Pantai Senok.

Tidak perlu ke tempat percutian yang mahal-mahal. Di kampung belah ayah, ada suasana sebegini. Pepohon rhu sudah dewasa, lalu membentuk landskap yang indah. Di hujung sana adanya Laut China Selatan, deruan ombak sudah mulai kuat menghempas pantai, tanda bakal bermulanya musim tengkujuh tidak lama lagi. 

Apabila budak 'bandar' jatuh di pasir.......

Benteng pemecah ombak. Turut kelihatan rumah api.
Landskap yang molek sekali untuk photoshoot.
 

Sesi dating ayah dan anak?
posted from Bloggeroid

Sunday 13 October 2013

Santai Petang Sabtu

Semalam seharian di rumah PIL. Setelah 2 minggu tidak berkunjung. Aktiviti biasa-biasa aje, cucu-cucu (Ajwad & Amzar) bermain dengan ah kong & amma. Sambil-sambil menemani daddy bekerja.

Pulang dari sana, singgahlah ke Queensbay sekejap. Lama sungguh tak makan Tako Tao. Maka Mr Hubby cuma berhenti kereta di tepi jalan, dengan pantasnya aku pergi membeli Tako Tao dalam QB.

Dah alang-alang di area situ, bawalah 2 hero tu bermain pasir pantai sekejap. Suka depa! Okey nanti kita main pasir puas-puas kat Pangkor ya anoks.










Thursday 10 October 2013

I am learning.....


Bergaul dengan pelajar-pelajar yang remaja, banyak juga mengajar aku ilmu baru. Ilmu yang kadang-kadang tak pernah terfikir dek akal, ilmu yang tak bisa diperoleh dalam kelas. 

Betapa kadang-kadang, usia mereka yang masih mentah, tetapi kaya dengan pengalaman hidup. Yang mana, kadang-kadang, aku sendiri tidak sangka bahawa ada di kalangan pelajar aku yang perjalanan hidupnya diduga sedari kecil ..... yang bila mana aku sendiri terpandang Ajwad dan Amzar, hatiku merintih pilu. Tak dapat dibayangkan jika 2 heroku itu diduga sebegitu.......

Sesungguhnya, Allah Pengatur Maha Hebat. Sebaik mana perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Dia yang terpilih untuk menjalani ujian itu, Allah sudah menjanjikan sesuatu yang manis baginya di kemudian hari, insyaAllah. 

Benarlah kata orang, pengalaman itu guru terbaik. Dan tidak semestinya kita harus berpandukan pengalaman sendiri sahaja. Adakalanya pengalaman orang lain, juga boleh menjadi panduan berharga bagi kita. Tidak kiralah lebih muda atau lebih tua daripada kita, kerana pengalaman setiap insan itu pastinya unik. 

Semalam, salah seorang pelajar aku bagitahu:

" Madam, saya rasa bersyukur sangat saya jadi repeator, saya baru sedar Madam, ada hikmahnya Allah bagi saya jadi repeator kalini. Sebabnya sem ni saya buat research, fokus betul-betul pada research. Banyak benda saya belajar. Saya boleh rasa otak saya dah terbuka sikit madam. Tak macam dulu. Saya rasa Allah prepare saya untuk hadapi research final year waktu Degree nanti madam."

Allahu Akbar. Pelajar aku, yang gila-gila perangainya, muda remaja, boleh berkata sebegitu petang semalam di hadapan aku. Dia, yang di awal-awal semester tempoh hari, hampir-hampir mengalami depression kerana terpaksa repeat. 

Allahu Akbar!

Aku hampir-hampir menitiskan air mata selesai dia berkata begitu, namun haruslah ditahan kan. Nanti jadi drama pula di situ....hehehhehe....



Friday 4 October 2013

Oh Ajwad !

nurbijen = hihihi, lamo tok dengar word "sekung"....
Ummu Madihah = mok aji mesti ado banyok petua lg kan?
JunAina = VCO banyak kegunaan sis, elok simpan di rumah. 
nadia rashid = hoo keno update stok madu cepat2 tu nadia, musim tengkujuh nok start doh ni.....


Petang semalam, masa ambil Ajwad di sekolah, teacher dia bagitahu, yang Ajwad ni mudah marah dengan kawan-kawan dia. Tengah-tengah syok bersembang, tiba-tiba boleh pulak pi marah kawan dia. Itu cikgu dia habaq la. 

Dalam kereta, aku tanya lah Ajwad. Pasai apa pi marah kat kawan. Muka dia monyok jer. Mula-mula tak mahu cerita. Aku tanya lagi. Baru nak bercerita.

Ajwad: "Kawan tak siap homework kan, pahtu dia main mainan."

Aku: "Oooo, kawan tak siapkan homework lagi, dia terus main mainan ke. Ajwad marah la kawan sebab tak siap homework?"

Ajwad: "Dia tak siap homework kan."

Hmmmm......on the positive side, Ajwad mengikut peraturan lah kot. Masa buat homework, kena buat. Tak boleh main (ikut perangai sapa lah tu......hehhehehe). 

Tapi ......... bab pukul kawan dan marah kawan tu, aiishhhh, jangan lah nak oiiiii........mummy yang tension!

Cabaran cabaran !





Thursday 3 October 2013

Sore Throat....dan Home-Remedy

Kniedaz Nastyna nadia rashid Wani = kalau ikutkan memang tak larat nak bermarathon bagai ni, sebab dari zaman sekolah bab lari-lari ni fail...hehhehe...cuma join ni sebab nak cukupkan korum Mr Hubby....lagipun join ni bukan utk menang pun, memang tak lah kan, cuma sebab Mr Hubby dan team nya berdakwah dengan cara join marathon camni....kiranya semasa lari tu, kat belakang baju kami dilekatkan kain yang mengandungi kata-kata hikmat gitu....hehhehehe



2-3 hari ni tekak terasa perit. Mungkin bahana tak cukup tidur, tambah lagi cuaca di KL haritu panas. Balik ke Penang semula musim hujan melanda. Panas-hujan-tak cukup tidur, mula lah virus-virus or bacteria menyerang kan. Dah lah masa di KL tu diet ke laut sikit, asyik makan jer kerjanya, pastu minum pulak yang manis-manis, hah dalaman badan dah jadi acidic sedikit, sistem imun pun terbeban. Hmmm....tak boleh jadi, kena beristiqamah semula untuk raw juicing lepas ni. 

Semalam, balik kerja, singgah di Carrefour/Aeon Big. Beli lemon. Virgin Coconut Oil dan madu sudah ada di rumah. Mahu buat ubat sakit tekak.

Setakat ni, alhamdulillah ramuan ni serasi dengan keluarga aku. Kalau batuk-batuk pun, biasanya kami minum yang ni. Anak-anak pun suka sebab rasanya manis-manis masam gitu, tak lah mengerikan macam ubat batuk doktor tu. 

Hanya 3 bahan utama: VCO, Madu & Lemon juice / Lime juice.

Kalau tak ada lemon, boleh jer guna perahan limau kasturi.

Sukatan yang digunakan adalah 1 sudu VCO + 1 sudu madu + 1 sudu lemon juice.

Kacau sebati dan minum terus. Rasanya tak perlu minum air lah lepas tu, sebab kalau kita makan ubat batuk pun kita tak digalakkan minum air kan. Logiknya nak bagi ubat tu bertindak pada tekak yang sakit. 

So, mommies, selamat mencuba! Sebab kan di rumah kitalah 'doktor'.....hehehehe








Wednesday 2 October 2013

Autopublished: Marathon KL

Weekend yang baru berlalu ni, kami sekeluarga pergi ke KL. Bertolak jam 9pm Jumaat, tiba di Shah Alam jam 1am. Tidur rumah makcik aku di situ. Sempat lagi menjamah macaroni sebelum sambung tidur...hehehhe....lapar pulak perut bila sampai tu....Kami ke KL sebab terlibat dengan acara di atas tu.....wahhh 1st time okeh masuk marathon. Tapi bukanlah full @ half marathon. Tapi acara ekiden, macam larian berganti-ganti gitu lah, sebab setiap kumpulan 5 orang, kena pass baton. Untuk perempuan larian sejauh 3km, kira okey lah kan, tak larat lari, kita jalan kaki !

Marathon ni bermula di Dataran Merdeka. Seawal 4.30am dah kena berada di sana. Maka, pukul berapa kami bangun? Oh ya, marathon ni Ahad, bukanlah Sabtu pagi hari yang kami baru sampai tu. Pagi tu, kami bangun kul 2.30am, bersiap, bertolak dari Putrajaya (tidur rumah adik malam tu) ke Bukit Jalil. Ambil LRT di situ, sebab banyak jalan tutup, so tak payah pening-pening drive ke sana. LRT berfungsi awal daripada biasa disebabkan event besar seperti ini. 


Penyertaan marathon ni kebanyakannya bukan Melayu. Ada juga peserta International. Kami tiba di Dataran dalam pukul 4am. Tak terasa mengantuk bila keadaan meriah macam ni. Acara full marathon dilepaskan pada jam 4.30am. Acara kami bermula pada jam 5.45am. Setiap orang yang terlibat dalam acara ekiden ni diangkut dulu oleh bas ke stesen-stesen tertentu. Maka, sementara tunggu turn baton sampai, bolehlah solat Subuh dahulu di tepi-tepi jalan. Bisa saja itu !

Dataran Merdeka ---- dinihari.....

Ajwad & Amzar aku tinggalkan bersama adik di Putrajaya tu. Alhamdulillah depa okay. Amzar pun bangun tak adalah nak merengek minta susu ke apa kan. Tepi rumah adik aku tu ada tasik. Boleh berkelah kot. Nyaman jer suasana. Nanti boleh pi lagi lah untuk photoshoot....ahaks!

Amzar dengan Moksu !

Tuesday 1 October 2013

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum! Ada orang lagi ke sudi singgah sini? Heehehehe..aduhai, Oktober dah hari ini......semangat rajin untuk update blog sila lah datang........kekangan masa sungguh.....

By the way, apa khabar kawan-kawan blogger? Maaflah yer, kadang-kadang tu sempat blogwalking jer, baca cerita tapi tak sempat tinggalkan komen. 

Banyak kisah sebenarnya yang ingin dikongsi. 

Pada bulan Sept hari tu, ada 2 event yang agak besar fakulti aku anjurkan. Maka haruslah bergabung tenaga untuk menjayakannya kan. 

1st event, 19/9, kami anjurkan seminar mengenai Perubatan Alternatif di Kelab Golf. Kami jemput penceramah luar yang mewakili Ayurveda, Homeopati, Pusat Rawatan Tanpa Ubat, Chinese herbs dan Perubatan Islam. Overall, program ni berjalan lancar dan banyak sangat ilmu kami dapat. Alhamdulillah. 

Esoknya pula, 20/9, kami ada program bersama komuniti di sekolah menengah. Untuk program ni, memang aku kagum dengan idea kreatif students aku......depa memang best!

Dua hari berprogram ==== penat!