Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 28 August 2013

Berenang-berenang ke hulu....

Ummuaidan (Fiji), Marya Yusof (Peru), Nurbijen (UK), Salma Tayo, Suka-suka = Good morning !


Minggu ni kan, dah masuk hari ketiga ni, aku perasan, area Seberang ni macam dilanda jerebu. Putih semacam jer persekitaran, nak kata akan hujan, hujan tak turun......pagi-pagi pun sudah memutih jer penglihatan ...... hari ini, sang mentari berwarna oren tidak seperti biasa......

Jerebu sudah kembali kah?

Sama-samalah kita menjaga kesihatan ya dalam cuaca tidak menentu ni. 

Ini aktiviti 2 minggu lepas. Kolam renang awam di Bukit Mertajam. Di area Seberang ni, ada 2 kolam renang awam. Satu di Seberang Jaya, satu lagi di Bukit Mertajam. Yang di BM ni, siap ada bahagian taman tema air khas untuk anak-anak. Aku, teruja lah nak bawa anak ke bahagian taman tema tu, tapi Mr Hubby kata it wasn't a good idea, sebab datang sini untuk ajar anak berenang.......so moh ler kita ke kolam sebenar.

Di BM, tiada kolam khas untuk kanak-kanak. Kalau di Seberang Jaya, itu ada. 
Paras lutut aku jer. 

Untuk sesi mengajar berenang, dah tentu-tentu lah Mr Hubby coach nya. 

Aku? ----- terapung pun fail ! Water phobia .....huhuhuhu

Ok sesi keselamatan diutamakan......mummy yg lebih-lebih minta anak-anak pakai ni.....
kalau ikutkan, nak bagi anak confident in the water, tak perlu dipakaikan 'pelampung'......

Kaki Ajwad memang tak cecah lantai pool....tapi dia berani jugak turun.
Syabas beta!
Jangan ikut perangai mummy ek, kalau kaki tak jejak lantai kolam @ dasar laut tu,
dah mula cemas semacam.....

"Straight kaki !!!"

Sabar menunggu giliran ......

2 hero ni memang hantu air. Tak nak balik okay.
Meraung-raung si Amzar & Ajwad bila kena angkut bawa balik.
Apa kes buat show di situ wahai anoks?

Monday 26 August 2013

" Ku seru semangat yang hilang ......"

Assalamualaikum teman-teman blogger yang masih lagi rajin menziarahi.

Apakan daya, tuan blog sudah kehilangan semangat untuk update blog.....aiishhhh......

"Come back please....come back....."

Banyak yang hendak diceritakan, namun kekangan kerja juga kian bertambah....mungkinkah itu satu faktor penyumbang semangat berblog kian suram? Tapi blogwalking rajin pulak......

Semalam, tuan blog sekeluarga ada program di pulau. 

Program hari raya lah, macam biasa. Kalini dianjurkan oleh Hidayah Centre, suppose untuk meraikan / merapatkan ukhuwah keluarga reverts, but somehow tak ramai pun keluarga revert yang join. Jom tengok gambar ---- semua gambar credit to FB Hidayah Centre. 

7.45am kami dah tiba. Sebab Mr Hubby harus angkut speaker daripada ofis HC ke sini.
Tetapi sampai sahaja di sini, tempat belum sedia lagi.
***ke mana menghilangnya golongan belia remaja?

Di kampus, kalau student buat program, memang aku senantiasa berpesan pada mereka, persediaan harus awal. Sehari sebelum. Jangan tetamu tiba tapi kita baru nak get prepared. Mungkin dengan students lebih senang untuk mendengar/patuh pada schedule.........


Semasa depa ni dok sibuk set-up, tuan blog harus temankan hero berdua tu main playground. Sebab playground tu agak ke hadapan daripada padang ini. 
Sesi breakfast di atas tikar.



Dan gambar yang paling mahal di abad ini....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Walaupun semalam program ini agak caca-marba, sebab tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, tetapi program ini disudahi dengan kembalinya seorang lagi hamba Allah ke agama Islam.....alhamdulillah....

Wednesday 14 August 2013

'Kegilaan' terbaru ...


Pernah dengar "ZUMBA" tak?

Macam biasalah, aku ni sokmo jer ketinggalan keretapi. Satu dunia dah tahu dah apa itu zumba kan, agaknya lah. Aku ----- barulah nak intai-intai apa benda zumba ni. 

So di kala keboringan, buka lah YouTube, taip ajer Zumba @ Zumba dance @ Zumba aerobics. 

Wah, terus cerah mata ini....hehehehhe, sebab Zumba is one of the aerobic style! Yang mana memang aku minat la kan, minat sebagai satu cara untuk exercise, sebab ada muzik/lagu yang rancak gituuuu....

Apa yang aku buat? 

Download Zumba di YouTube. Di rumah, balik kerja, masak laju-laju, ayuh berzumbaaa dengan Amzar.....hahahhahah...jangan tak tahu, Amzar sekarang bila mummy tanya macam mana exercise, wah serta-merta goyangkan badan dia....comel! 

Dulu-dulu masa study, sempat jugak ikuti kelas aerobik. Free jer masa tu, UM buat untuk staf wanita, masanya hari Jumaat tengah hari (time solat Jumaat la kan, so no men!). Syok betul time tu, satu lab join. 

Di Penang pula, tahun lepas sempat juga join kelas aerobik di Pusat Budi Penyayang Kepala Batas ni, RM4 per entry. Tapi entah macam mana, tiba-tiba kelas tu dah tak ada, tak tahu lah kot buat tempat lain. Tapi susah jugak bagi aku join kelas aerobik di luar macam tu. Sebab hero cilik berdua tu tak sabar tunggu lama-lama. Kejap-kejap ajak balik, kejap-kejap ajak balik. 

Exercise ni penting bukanlah untuk kurus, tapi untuk keep fit. So tak adalah naik tangga sikit termengah-mengah kan. Tapi aku tak suka joging/lari. 

So to all mommies, lets zumba in our home sweet home! 

Just download 15-20 mins zumba video, its enough.
(sebab ada juga video yg sampai 1 jam).

Till then, c ya .... Assalamualaikum.




Tuesday 13 August 2013

Gambar Raya 2013

Perjalanan kami PEN-KB-PEN tiada kesesakan kali ini !!!! 

Best amat, lancar ajer, Alhamdulillah. 

Pelik juga, sebab lori-lori pun tak banyak di jalan. Adakah lori-lori sudah dilarang menggunakan laluan sempena musim perayaan? Bagus juga kalau begitu.....hikhikhik.....

PEN-KB, 7/8/2013: 12am-6am (berhenti sahur di Jeli).
KB-PEN, 11/8/2013: 3.50am-7.45am

Kesimpulannya, musim raya, bertolaklah awal dinihari atau tengah malam. 

Sebab adik aku, bertolak petang Sabtu, 4 jam untuk perjalanan KB-MACHANG sahaja. 

Semalam, aku dah start kerja. Tapi ramai lagi yang masih bercuti.

Yang paling sedih, bila aku keluar lunch hour untuk mencari sesuap nasi, wah wah wah, restoran di Bertam/Kepala Batas rata-ratanya tutup!

Beraya sakan noooo depa......







Monday 5 August 2013

Masjid Cina di Ipoh

Petang semalam, tanpa dirancang pun, Mr Hubby ajak ke Ipoh. Ke masjid cina yang baru di sana. Masjid Muhammadiah.

Masjid ni belum siap sepenuhnya, tetapi ruang solat sudah sempurna.

Salam Aidilfitri buat kesemua teman blogger, tidak kira di mana jua anda berada. Ampun maaf dipinta andai sepanjang perkenalan maya ini, ada tersilap bahasa yang bisa melukakan perasaan.

***Tuan tanah akan pulang beraya di Kelantan pada hari Rabu.....