Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 28 March 2013

The way he replied ....




Mummy: Ajwad, I love you .....

Ajwad: I love you , I love me!

Generasi-Z katakan, extra-creative!







Wednesday 27 March 2013

Owh Ajwad ....& 'Mmi'or

Chibi Maruko = dia tak tahu sampai ke sudah....hahahahha
ishamizu = ooww murah gilerk argh carboot sales sana kan, kalau dini mesti nak selalu pi
nurbijen = best kan dummies series....mudah nak paham...
Kniedaz = buku memasak sgtlah banyak di sana kak.....esp Jamie Oliver dan Nigella
nadia rashid = ulat buku takpo nadia, tok naik daun....hahahhaha




Ahad, 24 Mac 2013, jam 9.45pm = seperti biasa Ajwad masuk dalam bilik, dah sampai masa tidur. 

Ajwad: Mummy, boleh tak Ajwad tidur bilik sana?
Mummy: Eh, Ajwad nak tidur sorang-sorang ke? 

Dia mengangguk.

Mummy: Ajwad tak takut?
Ajwad: Tak, Ajwad tak takut punnnn......

Mummy: Hmmm....nanti kalau Ajwad nangis malam-malam, macam mana? (sebab kadang-kadang dia mengigau)
Ajwad: Taklah, Ajwad tak nangis......bolehlah mummy, please please please........
Mummy: okey......tapi kalau Ajwad takut, Ajwad datang bilik mummy ya......
Ajwad: okey......

Aku macam speechless selepas itu, melayan emosi seketika .....owh anok sudah besar! (eheeeehehe)

Selepas 4 tahun tidur sebilik dengan mummy, daddy dan adik, akhirnya dia tidur sendiri......tanpa perlu mummy dan daddy bersusah-payah train atau memujuk atau temankan tidur.....

Dan Alhamdulillah, selama beberapa malam tidur sendiri di bilik sendiri, Ajwad tidak mengigau atau bangun di tengah malam mencari kami.......
(macam bahagia jer dia dapat tidur sendiri.....kuikuikui)

By the way, tengah hari semalam, aku dan kawan mencari stok  buah selepas makan.

Dan kami jumpa ini .....




Kami macam teruja .... susah tu nak jumpa buah ni, kecualilah di kampung kan. Ingat lagi zaman kecil-kecil di kampung (Jembal, Klate), suka betul makan buah ni. Rasanya sejak aku duduk di Penang 2007, inilah kali pertama jumpa buah ni kat sini. 

Tapi aku rasa agak mahal la buah ni. Tak sampai setengah kilo pun dah RM15. Walhal kat kampung kategori buah hutan jer kot. Tapi yer lah, Penang kan tak ada hutan, mungkinlah buah ni diimport gitu kan...hehehehhe.....takperlah, sesekali, buah eksotik dah ni.....



Orang kampung aku panggil buah 'mmi'or. Orang utara, kawan aku, panggil buah setaq. Orang KL panggil buah kundang........rasanya manis amat......sungguhlah mengimbas memori zaman kanak-kanak bila makan......kihkihkih. Dulu-dulu, aku dan moksu aku suka makan 'mmi'or ni sampai biji pun kami gigit, pasai kami suka tengok bijinya warna ungu gelap di bahagian dalam. 

Kat tempat lain apa pula gelaran buah ni ek?

Monday 25 March 2013

Not Monday Blues

 aTieYusof Family = salam kenal atie, terima kasih....selalu nampak atie di blog ummuaidan...
nadia rashid =  tu lah nadia, test gigi kuat ko dok lah tu....hok jadi mangso abe sokmo....
nurbijen = Ajwad pun sam, setengah jam sebiji cawan, pastu setengah botol sabun hilang....hehhehe


Seperti yang diwar-warkan oleh anakanda berdua semalam, harini aku cuti. Sebab utama, maktok (pengasuh Amzar) cuti. So haruslah aku pun cuti sama. Tapi Ajwad tetap perlu pergi sekolah walaupun sekarang cuti sekolah, maklumlah mummynya ada agenda besar hari ini. Bukan tidak mahu bawa, tapi nanti dia lekas kebosanan. 

Sebelum meneruskan agenda besar itu, aku hantar Amzar kepada daddynya. Bolehlah ya, bekerja sambil menjaga anak sekejap...heeeee.......

Apa itu agenda besar?

Yeay ..... Big Bad Wolf !




 Aku pergi bersama colleague aku. Dia pun ambil cuti sempena nak pergi Wolf ini. Sebab kami jenis yang tidak suka bersesak dengan orang ramai pabila hujung minggu. Maka alternatifnya pergi hari biasa. 

Kami sampai di Penang Times Square tepat jam 10am. A very good timing. Orang belum ramai. Bagi ulat buku bukan beluncas ya macam kami, berada di timbunan buku-buku ini amatlah ..... amatlah ..... amatlah ....huh, sukar diungkapkan dengan perkataan perasaan itu....hehehheheh....apatah lagi dapat memilih dalam keadaan 'aman-damai'. 

Kami berdua bawa sebiji luggage masing-masing. Senang dan praktikal sekali !

Harga buku rata-ratanya di antara RM3-RM25 sebuah. 
International books.....wahhhhh.......




Hasil 'tuaian' di BBW. 
Kiri: bahan bacaan aku , total RM214. Buku paling mahal cuma RM25. 
Kanan atas: buku Ajwad dan Amzar. 
Kanan bawah: Ajwad's fav: Pop-up book.



Untuk dinner, tergerak hati nak bereksperimen. Maaflah yer, penulis blog ni memang suka sangat bereksperimen syok sendiri di dapur, kalau ada yang kebosanan tu, harap maaf. 

Dalam usaha nak memberi Ajwad makan sayur, aku terfikir nak menyediakan sendiri from scratch kuah spageti. Yer lah, sebelum ni asyik guna yang semi-prepared tu kan (which contains preservatives).
 Kalini, cuba buat sendiri dengan cara tersendiri. 

Plan nya nak buat vegetarian spagethi sauce. 




Atas: Beberapa biji tomato digrill dahulu seketika + cinnamon powder + cayenne pepper + olive oil.

Bawah: Tomato diblend bersama-sama bawang besar (yang telah ditumis dengan butter) + carrot + beetroot

Dengan penambahan carrot dan beetroot, memberi tekstur kepada kuah, kiranya macam pengganti daging cincang. Tidaklah kuah cair semacam. Boleh juga tambahkan sayur-sayur lain lagi, aku cuma add-on celery dan capsicum. 

Untuk memberi lebih perisa, tambahkan mixed-english dried herbs dan sedikit garam. Biarkan mendidih. 

Hasilnya ..... Ajwad makan sayur .....hehheehhe....kalau tak, setiap kali, ada jer dia cakap,
"Mummy, Ajwad tak nak chai..."

(chai = sayur, in mandarin)

Till then, c ya .... Assalamualaikum...


Tea-break drinks: Green apple + celery + orange + capsicum




Sunday 24 March 2013

Ajwad Amzar bercerita ....



Biasalah, menjelang musim final exam ni, mummy kami super-duper busy kononnya. Sampaikan tak sempat update blog kan, maka dengan itu kami berdua berasa 'bertanggungjawab' untuk meng-'update' blog ini. 

Tapi kami tak tahu mahu cerita apa, aunty semua layan ajer lah gambar kami yang tidak seberapa ni ek. 


Amzar: Saya suka peluk-peluk abe saya. Apabila mummy cakap jer peluk abe, lekas-lekas saya peluk abe, tapi kadang-kadang abe tak mahu dipeluk. Kalau abe tak mahu, saya gunakan taktik meraung.....heheheheh
Ajwad: Adik saya suka peluk saya lama-lama. Kadang-kadang dia geram dan gigit saya! Owwchh, sakit tau! Sebab itu saya fobia kalau dia datang dekat.......kesian saya!

Amzar: Masa ni saya baru ajer sudah dinner. Mummy suap nasi. Tapi masa mummy makan fettucine ni, saya  dapat rasakan benda ni sedap. Lalu saya pun terhegeh-hegeh manja dekat mummy. Bila mummy mahu suap, saya tolak. Saya tunjuk isyarat tangan mahu makan sendiri. Owh mummy, please give me a chance to develop my meal-eating skill.....

Amzar: Petang tadi, saya jumpa songkok daddy. Lalu saya pun try letakkan di kepala.
Macam hensem jer kan saya dengan songkok ni? 

Amzar: Semasa mummy sidai kain, saya main-main dengan helmet abe Ajwad. Dah lama saya teringin nak pakai. Saya selalu tengok abe Ajwad pakai, nampak cool eh. Saya try pakai sendiri. Mummy cakap saya pandai. Bangga saya....hehhehhee

Ajwad: Kadang-kadang, apabila datang mood rajin, saya suka membasuh pinggan/cawan di sinki. Selalu tu saya tanya mummy dulu boleh ke tidak. Pabila mummy bagi green light, saya gembira. Mummy bagitahu daddy yang aktiviti ni boleh buat saya expert nanti. Expert tentang apa tak pasti pula saya. Sebab saya suka main air tuuuu....kihkihkih.....

Amzar: Semalam mummy kenalkan saya dengan benda baru......saya terpegun!
Aunty boleh lawat starfall.com.
Saya rasa benda ni bagus untuk persediaan saya membaca nanti.
Tengoklah tu, saya dapat fokus.
Tapi saya lebih suka tengok benda ni sambil menyusu di riba mummy....hehhehehe

Oklah aunty, dah panjang kami bercerita ni. Nanti mummy marah pulak. 

Jumpa lagi ya. 

Pssst, sebelum tu nak habaq, esok mummy cakap nak pergi jumpa Wolf......kebetulan esok mummy cuti sebab pengasuh Amzar bercuti. 

Tapi Wolf tu apa ek? 



Tuesday 19 March 2013

Another Chinese dish for dinner last night

lady lavender = puas saya adjust gambar kak, tapi nak senget jugak...huhuhu
ishamizu = betul tu izu ....
umiyumi = hi umi, baju depa berdua tu beli seminggu sebelum event ja, last minute pi cari kat Carre4 Seberang Jaya....
syuhadah = of coz lagi meriah.....
nadia rashid = pasa lamo tok pege cokk hok sebenar lah nadia, habih sakit bade urat semuo...hahhahah


Tengah hari semalam, beli sebiji betik yang agak muda menurut firasat aku, sebab kulit di luarnya masih kehijauan. Plan nya nak rebus betik tu dan cicah budu ajer nanti. 

Balik-balik rumah, kupas kulit, tengok-tengok isinya sudah kemerahan/oren tetapi masih keras. Boleh ajer kalau nak rebus pun. Tapi biasalah aku ni, fikiran suka sangat kalau dapat bereksperimen benda baru. 

So terfikirlah nak buat sup bening betik aje. Lagipun ada satu buku resepi Healthy Chinese Dish tu, resepinya Sup Ikan campur Betik. Tapi tak adalah aku nak buat sup ikan tu, sebab ikannya tak defrost lagi. 


Papaya Soup with Black Sesame

Disebabkan campur black sesame seed, maka kuahnya pun bertukar warna menjadi ala-ala kehitaman gitu. Resepi asal tak letak pun bijan ni, kira optional la. 

Bagi tekak aku dan Mr Hubby dan little heroes, kami boleh terima.
Rasanya manis-manis gitu. Sedap!
Sesekali ubah selera ....
(
errrr sesekali ke? hahhahhaahh)

Bagi ibu-ibu menyusu, makan betik muda sebegini pun bagus kan, boleh meningkatkan susu ibu, petua orang tua-tua kan.......
posted from Bloggeroid

Sunday 17 March 2013

Gotong-royong, Dinner & Minestrone Soup!

Chibi Maruko ahkakbatik ishamizu ❤Kamsiah❤ (salam kenal kak, terima kasih) Kniedaz (betul kak, serius tak sabar, menghitung hari...hahahhaha) Xiet_Enigma (takdernyer dia balas Jie....) 
Mama2Q (Penang pun 1st time ni mama) Ummu Madihah


Hujung-hujung semester ini, banyak pula aktiviti yang berturutan. Sudah terabai sedikit blog ini...huhuhu....bermula dengan Bengkel Penyediaan Penyelidikan untuk Pelajar Diploma semester akhir di kampus, diikuti pula dengan Seminar Pembentangan Projek Penyelidikan daripada pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan praktikal, ada juga aktiviti gotong-royong bercucuk-tanam di kampus dan malam tadi, annual dinner anjuran pelajar semester akhir. Wah macam busy bee jer kan, walaupun bukan jadi orang kuat program, tapi tetaplah kena menyumbangkan apa yang boleh sebab fakulti ni sikit ajer ahlinya....



15/3/2013 = program gotong-royong tanam pokok cabai kurap di halaman kampus. Dah  kelihatan macam petani berjaya dah students ni. Walaupun kawasan yang terlibat kecil sahaja, tetapi disebabkan tanah asal adalah campuran batu, maka kerja-kerja menggali tanah amat mencabar. Sehingga hari ini, badan aku sakit-sakit...hihihihi......tapi bestlah dapat bersama-sama students mengerah tenaga kan, dah namanya gotong-royong.....

16/3/2013 = Malam Pra-Graduan di Hotel Sunway, Seberang Jaya.
Sementara menunggu perarakan masuk ke dewan, Ajwad sempat lagi bermain belon.

Amzar suka sungguh main dengan bebola hiasan meja ni ....fokus betul ....

Yang ni pula bergambar sebelum di'halau' keluar oleh pihak hotel......end of the event ....

Orang lain sibuk bergambar di stage, dia sibuk mengejar belon ....

2 beradik yang obses dengan belon !

From Pakistan, si isteri adalah colleague aku. Dah dapat PR pun mereka ni.
Anak-anak lahir di sini, fasih sangat cakap BM. 


My PA Group Photo

Dan hari ini, setelah sekian lama, aku memberanikan diri membuat minestrone soup. Dulu-dulu pernah buat sekali, tapi tak jadi....kalini, alhamdulillah it turns out superb....hahhahah...puji sendiri, harap maaf ya.

Asas kuah: blend 6 biji tomato yang betul-betul masak.
Bahan-bahan wajib: dried english herbs, garlic, bawang besar, tomato dihiris halus, daun bay
Bahan-bahan yang aku tambah ikut stok dalam dapur: ubi keledek, carrot, cendawan, broad beans, cayenne pepper

Untuk dinner, cuma tinggal rebus pasta spiral tu, dan makan bersama minestrone ni....
Yummmmy .......


Till then, c ya .....Assalamualaikum....

Wednesday 13 March 2013

Permohonan Cuti Khas

Kniedaz === sorry terpanggil untuk menulis surat sebegini setelah menjenguk blog akak semalam, izinkan ya.


Encik Suami a.k.a Mr Hubby KLM,
Pulau Pinang
Malaysia.

13 Mac 2013

Ayangku,

Permohonan Cuti Khas Menjaga Anak 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Saya, W** N**dini H*****, a.k.a ayangmu ingin memohon cuti menjaga anak selama 6-8 jam pada tarikh yang belum ditentukan lagi. 

3.       Permohonan cuti ini dibuat kerana ayangmu ingin menemui pujaan hati yang ditunggu-tunggu selama ini. Kebetulan, pujaan hati sudi berkunjung ke Pulau Pinang dalam jangka masa terdekat, setelah terlepas peluang berjumpa di Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas. 

4.      Diharapkan pihak ayangku sudi meluluskan permohonan cuti khas ini. Ini kerana ayangmu bukan seorang yang gilakan aksesori seperti beg tangan atau kasut atau kosmetik atau pakaian berjenama, tetapi ayangmu ini sangat obses dengan pujaan hati yang satu ini. Dikhuatiri sekiranya permohonan ini tidak diluluskan, ayangmu akan 'meroyan' tidak berkesudahan. 

5.        Walaupun bertemu pujaan hati nanti, kasih sayang ayangmu terhadap ayangku tetap utuh, tiadalah berubah sedikit pun. Dari itu, usahlah ayangku ragu-ragu untuk meluluskan permohonan cuti khas ini. 

Kerjasama daripada pihak ayangku amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
WNH
(Ayangmu sokmo). 


Wolf, I'm coming !!!!!

Tuesday 12 March 2013

Dizzy Head ?

Kadangkala, usah terlalu pening akan perkara yang simple, boleh jadi perkara itu tidaklah begitu complicated, yang mana seringkali minda kita menganggap sesuatu perkara yang simple itu agak kompleks tanpa cuba mendalaminya terlebih dahulu ......
(errrr harap-harap ada yang faham ya....)

Untuk bersarapan misalnya, kadangkala back to basic is better....tidak perlu terlalu kompleks seperti roti canai atau nasi lemak atau nasi lemuni atau nasi daging atau nasi dagang atau nasi berlauk ....

Hidangan yang simple ini senang sahaja disediakan di rumah, lebih-lebih lagi dalam kekalutan pagi hendak pergi bekerja, namun jangan jadikan alasan untuk tidak bersarapan di rumah, kerana gaya hidup anak-anak di masa hadapan adalah berdasarkan gaya hidup kita di masa kini.....

Menu sarapan di atas: Grilled banana with honey
(okeh nama resepi memang aku syok sendiri letak, biar nampak glamer...hahahahah)

posted from Bloggeroid

Monday 11 March 2013

Art Painting @Home Sweet Home

Hujung minggu ---- tidaklah boleh nak bangun lewat ya, sebabnya perut dah biasa sarapan awal pagi sebelum jam 6am Isnin-Jumaat, makanya kalau jam 7am itu perut sudah berdondang-sayang. Selepas minum segelas smoothie buah naga, dan perut pun dah berisi sedikit, maka bolehlah menyediakan sarapan dalam keadaan tidak tergesa-gesa....

Apa juadah breakfast kali ni?
It's Tuna Wrap....

Beli wrap di Carrefour, yang ini perisa onion & chives....letak sedikit isi tuna, letak timun dan tomato, pastu lipat lah wrap itu.....

Susun dalam happy pan, tabur sedikit cheese, bakar sekejap...walla!
Sedap tau.....

Anak-anak, sebelum mandi pagi, mari kita berjemur untuk dapatkan Vitamin D dulu ya....
Jom painting!
Bersila lah di laman ya....

Untuk hari ini, kita guna dahulu warna oren, pink dan kuning ---- pilihan abe Ajwad...
Mummy sediakan potongan ibu keledek.

Artist sedang beraksi ...sungguh abstrak hasil lukisan mu itu nak.....

Bukan main-main ya, sehingga baju, seluar , hidung, pipi pun diwarnakan.....

Hasil 'chop' abe Ajwad dengan potongan ubi keledek (mummy yang tidak berseni langsung!)

Untuk lunch, masak simple-simple ajo....

Vegetarian Olio Spinach Fettucine

Errkkk..alhamdulillah.....

Friday 8 March 2013

Journey to Work ...

Ummu Madihah = hihihiohi, tok seko experience kito seghupo deh mok aji....hehehhehe
Sue-Rya Qistina = kalau ada suami tentu tak panik dah kan sue...hehehhe
ummuaidan = aduh malu tu nor, keto bereti kat trafik lite...heheheh....pengalaman mahal tuh....


Perjalanan pergi kerja atau pulang ke rumah, aku lebih gemar gunakan jalan kampung. 
Boleh menikmati pemandangan sawah padi di kiri dan kanan jalan. 

Seronok tengok lebih-lebih lagi kalau selepas musim menuai , pabila sawah nak dekat-dekat kering tu, banyaklah kelompok burung-burung putih (bangau kot) yang mencari rezeki ...... 

Drive di jalan kampung sebegini, tak boleh lah nak memecut kan. Paling laju aku drive jika tiada kereta pun cuma 70km/j sahaja. Sebabnya di kawasan kampung ni, kita tak boleh nak jangka. Takut nanti tetiba ada jer motorsikal atau basikal yang keluar. So beringat lebih baik. 

Tadi, ada sebuah Persona yang ikut dekat belakang kereta aku. Pabila ada peluang, dia potong dan berdesuuupppppppp lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ke hadapan.........

Wohaaaa!!!

Jika hendak memandu sebegitu, gunalah highway. 

Mode: Quick update before meeting ...hehehhe...(pagi petang meeting hari ni.....)

Jumaat Mubarak everyone!



Kredit: www.cartoonstock.com 

Wednesday 6 March 2013

Secebis memori: Minyak kereta

cikA, nurbijen, Marya Yusof, nadia rashid, Izza-Jiejah, makcikkantin, Ibu Ann, lade lavender, umiyumi, Kniedaz, Ayumieka, Ibu Qis, ummuaidan, Ummu Madihah, Fadilah Aziz, Lynn 


Saja ja nak tulis memori lucu + panik aku ni, kebetulan pagi tadi isi minyak masa datang kerja. Dah satu hal pulak petugas di stesen minyak boleh tersalah bagi kad mesra aku pada orang lain....huhuhuhu.....

Ini kisah yang berlaku tahun 2010, kenangan aku bersama Si Kelisa Biru. Masa tu aku masih tinggal di pulau, berulang-alik ke tempat kerja di Permatang Pauh ni. 

Suatu petang, nak balik kerja, terdetik di hati, 'eh macam dah lama tak isi minyak...'.

Aku tengok meter minyak, jarum pada kedudukan half tank 
(logiknya masih banyak minyak la kan...).

Tengok pada kilometer, sudah 600 ++ km. 

Terdetik rasa pelik di hati. Sebab selalu tu bila full tank, dalam julat 500++ km dah kena isi semula. 

Tapi aku sedapkan hati sendiri. Mungkin aku lupa nak zero kan kilometer tu semasa isi minyak sebelum ni.
Dengan yakinnya rasa, minyak memang banyak lagi. 

Sedang drive, tetiba kereta macam bergegar sedikit....eh eh dah cuak lah aku....awat ni kan? Terus ke tepi jalan, masih lagi drive slowly sehingga satu tahap tu, enjin terus mati ......

Uh uh sudah......confirmed minyak habis !

Lokasi aku berhenti tika itu? Betul-betul tepi highway, di tengah-tengah cuaca panas petang ! 

Alhamdulillah belum masuk jambatan !

Kelam-kabut called Mr Hubby (dia di pulau), panik tak usah cakap la kan.....(tipikal perempuan apabila berhadapan hal-hal kereta...hihihihi).

Dengan tenangnya Mr Hubby mencadangkan aku untuk call student, minta depa tolong...sebab kalau nak tunggu Mr Hubby datang daripada pulau, mahunya aku 'rentung' di situ kan....hehehhe

Aku pun called lah 2-3 orang students, tanya siapa yang ada motor/kereta. Alhamdulillah ada seorang ni yang ada motor. Minta tolong dia belikan 2 botol air mineral besar, kosongkan air botol dan isi dengan minyak....

Bila dia muncul, aku pun isilah minyak yang sedikit itu. Kemudian, student aku tu tunjukkan jalan untuk ke stesen minyak di kawasan perindustrian Perai. Legaaaa.....

Sejak insiden itu, memang setiap kali kilometer mencecah 400++ km jer, aku terus isi minyak full tank. 

Apa pula pengalaman panik kalian dengan kereta/motor?

Till then, c ya ... Assalamualaikum

hahahahahah...so cute!

Monday 4 March 2013

Domestic Sunday


Pagi Ahad, disebabkan tidur balik selepas Subuh, maka bangun agak lewat lah sikit, padahal sudah set di minda mahu ke pasar (sebab Sabtu tak pergi). 

Sampai di pasar sudah hampir jam 9am. Ramainya manusia, sesak sedikit. Selalu tu aku pergi sebelum jam 8am, tenang jer suasana. 

Mr Hubby membawa little heroes membeli sarapan, aku bersegera ke bahagian barang basah. Tak jadi beli ikan, sebab ramai sangat yang sedang menunggu. Beli ayam seekor. 

Balik rumah, usai bersarapan, tugas pun bermula. Basuh ayam, pilih-pilih yang bahagian tulang untuk membuat home-made chicken broth atau nama glamournya chicken stock. 

Apa ada dalam home-made chicken broth ni? 

Rempah sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang, halia, bawang putih, daun bay, celery, carrot, cardamon, definitely ayam!

Halia dan bawang putih tu aku guna banyakkkkkkkkkkkk.........

Owwwh tidak lupa sedikit cuka/apple cider vinegar @ apa-apa cuka yang disukai.....

Cuka tu melarutkan calcium/mineral daripada tulang ayam, supaya chicken broth tu penuh dengan segala khasiat.....

Garam? ---- terpulang. Tapi aku tak masukkan garam lah. 

Masaklah di atas dapur, api kecil, lebih-kurang 2 jam, sampai tulang-temulang ayam hancur berkecai.....kalau sesiapa ada slow cooker, lagi afdhal gitu. 

Selesai, sejukkan seketika sebelum masukkan dalam bekas penyimpan. Aku guna mould agar-agar, maka bermacam bentuklah chicken broth aku yang kini berada di dalam fridge......

So nanti nak masak apa-apa yang perlu gunakan chicken broth/stock, keluarkan ajer daripada fridge, tak perlu dah gunakan yang beli di kedai tu kan....


Chicken broth in the making....


Sementara tunggu stok ayam tu, aku perap ayam siap-siap untuk yang nak masak hari Isnin (malam ni ler). Nanti balik kerja kejap lagi tinggal masukkan ajer dalam happy pan.....
(dasar suka kerja senang...kuikuikui)


Bahan perap: Garlic parsley, serai, cayenne pepper, cinnamon powder, garam masala, black pepper, olive oil, perahan limau. No salt required, cukup sedap dah. 

Selesai tugas di dapur, bawa Amzar petik ulam di luar .... pucuk tere (gajus), daun samok (serai kayu) dan ulam raja....cicoh budu lunch semalam....
posted from Bloggeroid