Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 31 January 2013

Fearless in d kitchen

ishamizu CikA Kakzakie Marya Yusof nadia rashid Kniedaz ummuaidan Nadiah Sidek Ummu Madihah umiyumi3 & teman-teman blogger = Happy All Day ya ...


Aku suka --- bereksperimen di dapur.

Lepas tu Mr Hubby yang diberi penghormatan untuk merasa ...ahaks! Jadi atau tidak, tidak mengapa.

Aku selalu gelarkan dia sebagai 'Mr Tasteless', sebab semuanya ok bagi dia, selagi benda itu edible .... 

Bila aku tanya sedap tak, susah mahu jawab,

Jawabnya, "sedaplah kot, sebab boleh makan!"

Boleh gitu?



posted from Bloggeroid

Wednesday 30 January 2013

The Stories in Bukit Merah


25-27 Jan yang baru berlalu, aku mengiringi 38 orang pelajar ke Bukit Merah, untuk aktiviti Team Building. Depa ni tinggal di Tropicana Homestay, memandangkan aku bawa keluarga sekali, tidaklah aku duduk di homestay bersama depa
 (sebab bajet yang mereka dapat untuk aktiviti pun tidak berapa mencukupi kan....)

Di manakah aku dan keluarga bermalam?

Kami tinggal di rumah semi-D di kawasan Waterfront Villa .....terima kasih pada CikAwin !

So di situlah kami bermalam ---- selesa sangat untuk keluarga kecil kami ni. 

Kalau ada sesiapa yang hendak bermalam di situ, jangan segan contact CikAwin di blognya ya....


Ada dapur yang lengkap yo! Ada fridge, dapur gas, pinggan-mangkuk, rice cooker, kettle dan bahan-bahan asas utk memasak: minyak, garam, gula .... I like !!!

Tidak sia-sia aku bawa beras, telur, baked-beans, sardin, noodles, ubi keledek dan sayur ..... jimat duit !!!
Heheheheh....well, bila ada anak kecil, memang bab makanan tu perlu diutamakan kan?

Barisan rumah semi-d yang dijadikan homestay ......

Pemandangan pagi di luar rumah....suasana sangat tenang dan sunyi .

Pagi Sabtu ---- bersedia untuk berlepas !!!


Tiba di kawasan Bukit Merah Laketown Resort ....

Aiseh selipar tercabut daaa.....Amzar pakai selipar  pertama abe Ajwad...warisan!

Masa untuk team-building....tapi sebelum tu, haruslah warm-up dulu ya...
Semasa aktiviti ni dijalankan, aku tak join. Mr Hubby yang join (ganti aku).
So tak adalah gambar pelajar ni membuat aktiviti.
Tapi Mr Hubby cakap, aktiviti semasa Team Building tu menyerupai latihan PLKN ...
Ada obstacles problem, berakit, kayak, merangkak dalam lumpur....

Di sebelah malamnya, ada dinner bersama pelajar.....di Clubhouse Homestay tu.....tepi pool, tapi sebab dah malam, pool pun tutup .....
Inilah gelagat Ajwad Amzar bersama Hannah Solehah .....


Ahad --- aktiviti  bebas ... ..
Kami cuma sempat pergi ke Pulau Orang Utan, nak bagi hero berdua tu merasa naik bot dan tengok Orang Utan ...
Sangatlah kecoh Ajwad bercerita, kalah PRO yang sedang bagi penerangan pada visitor....


Itulah serba-sedikit kisah 'aku yang bekerja' di hujung minggu...oklah tu, kalau kena bekerja yang boleh angkut satu keluarga, aku suka ja....tapi tulah, kena tengok juga pada jadual Mr Hubby kan....kalau clash, huhuhuhu....tak dapat ler.....

Till then, c ya
Assalamualaikum

Monday 28 January 2013

Bukit Merah: Herbs in Orang Utan's Island



2013: Kali kedua aku jejakkan kaki ke sini, Pulau Orang Utan. Pertama kali semasa 4 tahun lepas, 1st trimester sewaktu mengandungkan Ajwad, datang pun dengan kawan sekerja semasa itu. Dulu, kawasan herba ni tiada lagi.....
Good Job OUI !!

Aduh tak ingat pula nama yang ini, tapi kalau tak silap, daripada kaum-kerabat halia juga 

Si Tenggek Burung, digunakan secara tradisional untuk merawat darah tinggi......best sebagai ulam...

Unik kan !

Bunga telang pun banyak ditanam 

Dedaunan kesum yang begitu subur, geram jer rasa macam nak angkut bawak balik...kuikuikui

Roselle turut ditanam......semasa ini kesemua pokok roselle sedang mengeluarkan kudup dan ada juga yang berbunga...

Lidah Buaya yang juga subur-subur belaka ....isshhh sungguh geram!

Belalai Gajah, dikatakan bagus untuk penyakit kulit ....

Si Misai Kucing .....meow !

Si Bunga Roselle .....

Sunday 27 January 2013

Salam Takziah

Assalamualaikum...

3 hari di Bukit Merah, mengiringi program Team Building pelajar.

3 hari juga 'terputus' dgn dunia online (sebab tiada wifi).


Pulang tengah hari tadi, terkejut melihat status seorang teman blogger -- suaminya selamat dikebumikan Jumaat lepas. 

Innalillah wa inna illahi rojiuun...

Mesra dengan panggilan mommy MariamBebakar, terasa perkenalan aku dan dia di alam blog memesrakan kami. 

Mungkin, kebetulannya, suaminya juga seperti suami aku - seorang yg pernah bergelar 'mualaf'.


Mungkin, kebetulannya, anak-anak sulung kami hampir sebaya. Bezanya mommy mempunyai 2 puteri yg comel dan seorang putera yg handsome.

Mommy, tabahkan hati.... Dini tahu mommy kuat.....Salam Takziah Mommy.....
posted from Bloggeroid

Tuesday 22 January 2013

New Discovery of Ulam ... ?


~Emaa Hasnah = salam kenal, terima kasih sudi singgah sini ....
umiyumi = masterchef syok sendiri bolehlah umi ....hehehhe
nurbijenummuaidan =  walaupun udang galah ni senang diperolehi di Malaysia, tetapi memang sukar ditemui jugak!
mama ct = aa'ah ct, bean paste tu lah miso...dini tak pernah makan kat teppanyaki atau mana-mana restoran Jepun, so tak tahulah rasa miso soup yg asli macam mana, tapi selalu tengok dalam tv/mag macam sedap ajer kan...hehhee....si Amzar tu telan apa sahaja ct....oowh Faris muka macam anak cina tetapi selera India yer, satu Malaysia lah Faris ni.....
Kniedaz = huhuhu, selera hubby tidak boleh pedas kak, haruslah mengubahsuai mana yg boleh...
Ayumieka = hi ayumieka, nanti dah cuba resepi habaq noooo....
Ibu Qistina = aa'ah Ibu Qis, dalam sup tu kalau ada seaweed lagi lengkap kan....tak adalah ilmu banyak mana pun ibu Qis, saya selak resepi jugak sebelum cuba sesuatu tu....hehehhe, yang penting senang....
lady lavender = masakan simple jer ni kak ......


Weekend yang lepas, parents dan nenek aku datang dari kampung.....ini pertama kali nenek aku jejak kaki ke rumah cucu di Penang ni.....

Pagi Sabtu, selepas bersarapan, kami semua turun ke kebun (aduh bunyi macam besar ja kebun tu.....)...

Aku macam biasa lah, rutin di kebun ---- mencabut rerumput liar ....

Nenek aku pulak kagum dengan pokok gajus yang aku tanam, katanya daun gajus Penang sangat besar .....

Tiba-tiba, nenek dan mak aku kecoh ---- depa jumpa ulam di celah-celah rumput karpet halaman rumah aku tu.....ulam yang menyerupai tanaman tutup bumi.....

Aku pun jakun lah seketika .....wah ada ulam selama ini yang tidak aku ketahui ....

Well, kewujudannya memang aku sedar, aku ingatkan biasalah tumbuhan liar tutup bumi.....

Rupa-rupanya nenek aku cakap, di Kelantan, sangat laku ulam ini.....

So, mereka berdua (mak aku + nenek) mengalihkan ulam-ulam itu daripada rumput dan dipindahkan ke dalam pasu panjang.....dapatlah 2 pasu .... 

Banyak lagi aku rasa kat rumput tu......petang tadi kelihatan anak-anak ulam yang baru tumbuh di celah-celah rumput ....

Aku tak tahu nama ulam ni, nenek aku mentioned dalam bahasa Klate, yang mana masa tu aku tak fokus sangat, maka tak dapatlah nak eja di sini .....eheeee

Disebabkan tak pernah makan ulam ni, aku tidaklah berani makan lagi...nak tanya kawan-kawan yang lagi expert bab berkebun ni, kalian pernah tahu ke kewujudan ulam ini? 

Sila lah beritahu aku apa nama nya ya.....


A new discovery ulam ......
 sungguh misteri pada aku ......kalau kalian cakap sedap, nanti aku makan...


Selain mencabut rumput liar, aku membuat kerja-kerja mengalihkan si ulam raja ke tempat yang lebih afdhal.....tak adalah berselerakan satu halaman kan...

Ingat lagi dia ni yang tumbuh sesuka hati di dalam longkang?
Dah pun selamat dialihkan juga ....semoga hidup subur dan tinggi dan berbunga lebat ...nanti boleh aku kumpul benih lagi.....best wooo....rasa macam dah jadi petani berjaya jer kalau dapat kumpul benih hasil tanaman sendiri ....kuikuikui

My cute rosemary ---- semakin meninggi ....

Amzar dan nenek (mak aku ler) .....at seagate Penang ....

Amzar + atuk (abah aku ler) ....Amzar sedang menjeling si meow di bawah meja....


Mengambil angin di petang Sabtu sambil meninjau projek pembinaan Jambatan Kedua


Till then, c ya .... Assalamualaikum


Monday 21 January 2013

Our kind of Chinese Food


mama ct nadia rashid ~najwa~ CikA(now I knew the secret of 'chubby' Hannah!) nurbijen Ummu Madihah hitomi lavender(aa'ah masak telur, tapi guna air panas jer), Fadilah Aziz ummuaidan LiYa HaNiF(cari di kedai-kedai yg jual barang plastik, tanya pada orang kedai tu bekas utk buat telur separuh masak), Kniedaz 


Di suatu hari pada minggu lepas, tetiba terasa nak makan mee sup, tapi tidak mahu mee sup yang biasa tuh ....(yer penulis agak cerewet ya pada hari tersebut....hehehhee)...nak makan mee sup yang supnya ada miso paste ....ooowh tidak, jangan buat spekulasi ya, belum ada 'isi' pon si penulis ....hahhahah....

Berkunjunglah si penulis dan teman sekerja ke Hans Pharmacy di Kepala Batas ini dalam misi mencari miso paste ----- yezzzz, alhamdulillah....ada.....

Miso paste ni adalah pes kacang soya yang telah menjalani proses fermentasi (penapaian) ---- kaya dengan khasiat ni ......yang penting ada probiotik! (sebab tu gigih aku dan colleague memburu benda ini....).

Balik kerja, aku singgahlah di pasar tani, beli sayur-sayur dan tauhu ---- mee dah ada di rumah.

Sebenarnya 1st time nak guna miso paste ni, tak pernah tahu pun macam mana rasanya, but everything has its 1st trial kan, maka dengan semangat itu, marilah bereksperimen di dapur ....


 Spinach Noodles with Miso Soup


Spinach noodles beli di kedai organik, biasanya dalam keadaan kering. 
Untuk supnya, aku hiris bawang putih 3/4 ulas dan didihkan bersama air/stok ayam. Kemudian masukkan carrot dan asparagus dan cendawan. Setelah menggelegak, masukkan 3 camca miso paste, sesuaikan dengan rasa. Akhir sekali, masukkan kepingan tauhu.....siap!
Amaran: tak perlu guna garam sebab miso paste dah ada perisa masin......
Ini hidangan aku ---- sebab tu ada cili kicap, baru ummph kan!




Soft Tofu with Black Fungus


Hidangan ni aku pernah makan dalam 2 tahun lepas ---- sedap, maklumlah masa tu yang memasaknya memang orang Cina, so keasliannya terserlah gitu.....tapi takper, jom kita try eh...

Dried black fungus ni kena rendam dulu sebelum dimasak --- 30 min.
Cincang halus bawang putih dalam 5 ulas ke atas --- goreng sehingga wangi dalam minyak.
Kemudian, masukkan black fungus tadi, sesame seed dan sayuran lain (aku guna asparagus, nak habiskan stok!).
Setelah menggelegak, barulah masukkan soft tofu dan sedikit sesame oil + light soy sauce.




Plain Nasi Goreng with Steam Veges + Udang Galah
Dinner kami sekeluarga hari ini ....

Udang galah ni dijumpai secara tidak terancang pun di Jusco minggu lepas.....maka tidaklah dilepaskan peluang ya....
Pagi tadi memang masak nasi banyak, sekali dengan nasi untuk bento Amzar, dah plan dalam hati balik nanti nak masak nasi goreng .....

So mula-mula, udang tu dah diperap semalaman dengan cayenne pepper, garam masala dan cinnamon powder. 
Goreng dalam minyak yang sedikit bersama bawang besar dan preserved lemon (dihiris nipis kulitnya).

Udang selesai, dalam kuali yang sama, goreng pula nasi...plain! Cuma letak sedikit Braggs Liquid Aminos (boleh ganti dengan kicap soya cair).....

Sayur ---- steam 5 min ....siap !


Ok, good nite everyone....

Assalamualaikum ....

Check the honey


posted from Bloggeroid

Friday 18 January 2013

Terdampar di situ .....


Ummu Madihah = mok aji, sayo buke pro pong chinese food ni, nok buat tu keno tgk resepi jugok...huhuhu, tapi takpo, insyaAllah nanti bilo2 saya share sini deh....
Fadilah Aziz  = kat Amazon, kalau USD tak convert ke RM, memang teruja sebab macam murah gilerk kan....tapi saya rasa berbaloi lah, berpatutan, saya beli 6 buku + postal = RM300 ...


Halaman rumah kini meriah dengan anak-anak ulam raja ....

Yang tumbuh sendiri dan survive sendiri , pasai tuan kebun tidak sempat hendak membelai mesra pokok-pokok semenjak-2-menjak ni .... aiisshh...

Mujurlah ulam raja ni spesies yang tough kan ....

Dalam banyak-banyak benih yang berterbangan, ada satu benih ni tersesat di satu lokasi yang sangatlah strategiknya.....

Betul-betul di tepi tempat letak kereta....

Mula-mula perasan dulu, ingatkan nak cabut, tapi akibat 'kemalasan' yang melanda, dibiarkan sahaja si ulam raja di situ .....

Nak tahu di mana? 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Di dalam parit kecil  !!! 

Tapi rasanya tak boleh biar sampai besar sangat ni, sebab batang ulam raja kan jenis berkayu jugak......

Lunch hour semalam, gigih pergi cari si kuning ini....heheheh...terima kasih pada cadangan  suri solehah Ummu Madihah .....seriously, I never see this gadget, never knew about this...sungguhlah ketinggalan zaman kan....mujurlah colleague aku tahu kewujudan si kuning ini...so ajak dialah semalam pergi cari.....RM9.90 .....pagi ni apa lagi bersarapan roti sekeping cicah telur separuh masak ...nikmat !
posted from Bloggeroid

Wednesday 16 January 2013

No specific!


hitomi lavender umiyumi ummuaidan nadia rashid Fadilah Aziz ishamizu = arca ayam unik tu dini jumpa masa di RTC Gopeng bulan lepas...tak diketahui pula siapa yang buatnya, tapi memang dipamerkan di situ.....unik sangat, sebab binaannya memang daripada sudu dan garpu.....



Assalamualaikum teman-teman .....

Wah lamanya tidak berkunjung ke sini, walaupun baru 3 hari kan....

Alhamdulillah, perkara yang hendak dikejar itu telah mencapai misinya, cuma apabila melibatkan pihak lain, haruslah bertolak-ansur gitu kan.....kalau ada rezeki, adalah tu.....begitulah dunia akademik....

By the way, nothing much to tell here .... bila sibuk menyiapkan sesuatu, makanya hal-hal lain diketepikan dulu....cumanya, if you think you can't do it, actually you can do it !! ....

Pagi ni bangun gigih menyiapkan adunan untuk buat kek pisang almond. Mini version, 3 bekas. Sarapan Mr Hubby & Ajwad,  bekal untuk tea-break di office dan juga sebagai bento sarapan Amzar. 

Sementara tunggu 'kejadian' kek dalam oven, aku rebuslah telur sebiji, teringin nak makan telur separuh masak.....

5 minit rebus atas api 1000W (dapur halogen). Tapi tak jadi lah pulak.....huhuhu....mungkin kena kurangkan kuasa api tu kot.....

Aisshhh buat telur separuh masak pon failed ! (Okey sila tutup muka ---- maluuuu).


Telur separuh masak yang tidak jadi .....

Cheesy toast --- last Saturday's breakfast .....
masa ni dok pulun siapkan proposal, so sarapan ringkas cukup....

Minggu lepas, hati ini berbunga-bunga.....sebabnya pesanan daripada Mr Amazon sudah tiba....Yihaaaa !!!!
Sukalah beli buku dari Amazon, efficient gitu......aku tumpang guna duit plastik kawan sekerja (maklumlah diri sendiri takdak, tapi haruslah bayar terus yer)....
Belah kiri: Buku-buku Amazon.
Belah kanan: Buku-buku from Big Bad Wolf
posted from Bloggeroid

Sunday 13 January 2013

Quick update 2: Ayam Unik !



Mode tuan blog 3-4 hari ini: Trying very hard to catch-up with something !!!! 

Thanks for all the comments, tidak berkesempatan lagi nak reply...will do it later ....

At the moment, I'm presenting this cute and unique rooster for you.....

Taaa.....




Thursday 10 January 2013

Quick update: Belon Sabun


Awwww..abe Ajwad sexy yoo....


Peristiwa Ahad lepas...


Update tahanan lari: 2 penjenayah ditembak polis hari ini di Kampung Pelet ...

Kg Pelet: ada satu restoran terkenal di situ, signature dish = mutton/lamb...

Sedap !!

Berhampiran sini sahaja....

Hmmm....maknanya penjenayah masih berkeliaran di sekitar sini....

Kami masih dalam 'ketakutan'.....








































Wednesday 9 January 2013

Amzar's Vocab



suka suka hitomi lavender Kniedaz: chia seed dan biji selasih agak serupa kan, tapi tak sama spesies pokoknya....
Ibu Qistina: yang jus hijau tu campuran brokoli + sawi + avocado + oren sunkist.
nadia rashid: tu lah nadia, faktor kecuaian tu, lari masa on the way to mahkamah rupanya, depa cederakan polis dan bawa lari van polis, 5 orang yang lari tu, belum tangkap lagi......(dah install insta ker?)
mama ct: Thanks for the tip ct ! 
JembalCastle: bakpo mung dok update insta mung? update ler kalu doh ado tu gak....huhuhu
lady lavender: ni pon sama kak, selalu jer Ajwad menjerit pasai adik kacau dia...huhuhu
Halimaton Ibrahim: dia 'ensem' mewarisi 'kecunan' maknyer kak....kihkihkih
nurbijen: jadilah nur, daripada tak buat, nanti dia tuntut !


Jom kita tengok beberapa perkataan Amzar yang DIFAHAMI MUMMY di kala usianya menjangkau 1 tahun 8 bulan ini....

Dog dog = Dog 
(setiap kali dengar anjing menyalak, dia pasti sebut 'dog dog')
Babas = Kipas 
Nak = Nak 
(yang ini pass; pandai sebut esp bila nak susu)
Dah = Dah (yang ni pun pass)
Bo = Ball
Mamei = Mummy
Aba = Abang 
(yang ni tahu sebut bila nampak abe Ajwad nya)
Fiss = Fish
Cat = Cat (pass jugak)
Bird = Bird 
(ini lagilah pass, first word yang boleh sebut dengan betul)

Itu jer lah kot, yang aku ingat ingat setakat ni.....dia banyak jer bercakap, tapi banyak tu jugaklah aku tak faham...hahahhaha....babies talk kan.....


The Good Old Days 1

The Good Old Days 2

The Good Old Days 3
posted from Bloggeroid