Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 31 October 2012

Kehijauan di sekitar kampungku

Dedaun cinta ---- eeeehheeh..sesuka hati jer letak nama kan.....

Aku berkenan sungguh tengok si menjalar ini, sebab buah-buahnya amat 'cute'. Nak kata tomato memanglah tidak mungkin, apatah lagi si ceri. Hendak bertanya pada tuan rumah (jiran) malu pula.....heheheh

Buahnya tatkala masak berwarna merah terang ..... cantik sungguh pemandangan di pagar ketika itu....

Ada orang cakap ini nenas batu...tidaklah dimakan melainkan sebagai hiasan ataupun pada yg arif, diguna sebagai ubat herba.....ubat apa aku tidak pasti la pulak....

Ulam raja tumbuh liar di merata-rata....nak makan? Petik ajo !

Aku tidak tahu nama pokok ini ......ini kudup bunga kot. Bunganya di gambar bawah

Si Ungu .... si bunga hutan

Pepohon jambu batu turut tumbuh merata-rata ......

Begitu jua dengan si mengkudu .....tumbuh liar sahaja

Putik bunga mengkudu ...si putih suci

Dulu-dulu, sewaktu aku kecil, lorong ini adalah laluan tanah dengan rumput di tengah-tengah....pada masa itu, aku amat suka berjalan / bermain di sini, terasa berada di kampung, tanpa tar. Best sangat. Di sebelah kiri itu sebenarnya adalah tali air, namun si pepohon air lebih mendominasi keadaan, meliputi air. 

Aaah...si bunga semalu turut mahu berposing .....Pernah dengar  tak sebuah kisah yg ibaratkan wanita jadilah seperti pepohon semalu ....

Laluan di sebelah rumah nenek ....di hujung jalan itu adalah rumah parents aku....

Oopss...tuan blog mahu enterframe jugak .......sila sengetkan kepala masing-masing ya....


Tuesday 30 October 2012

"Tea-break" saya

Hai aunty hitomi lavender, salam perkenalan. Hai aunty JaSSNaNinadia rashidMarya Yusofummuaidannurmama ct (jln gerik masih lagi bengkang-bengkok, tapi jalan nya elok...ehee), Azmie & Vivieumiyumi (pinggan claytan hadiah kawin dulu tu umi).....


Harini mummy busy, maka Amzar take over sekejap okeh....

Pssttt aunties, baru-baru ni mummy beli acuan baru.....saya suka!!! Ada bentuk bear .....yg ni mummy buat kek pisang yg comel untuk saya dan abe Ajwad

Jemput makan ya aunties

"Yummmm...."

Mummy cakap pisang bagus untuk kesihatan...betul kan aunties?

Satu lagi.....sedap pulak benda ni yer....

Eh apa benda ni ek?

Okeh dapat dah...mummy tak marah pon...heheheh

Finally....saya pandai pegang garpu.....hooray!!! eh mummy cakap saya kena ucap 'alhamdulillah'....

Best wooo naik motor ni......ada gaya rempit tak saya? 

Jumpa lagi aunty ya...tata !

Monday 29 October 2012

Timur bertemu Barat


Kes aku dan suami = Timur bertemu Utara

Utara ke Timur, Timur ke Utara = Laluan Gerik

Laluan Gerik = Jarang berlaku jammed ketika musim perayaan, jika tahu waktu sesuai 

Perjalanan kami Penang-Kelantan pada 12.30am 26/10/2012 = 4 jam tepat (Mr Hubby cakap pecah rekod!)

Perjalanan pulang Kelantan-Penang pada 9pm 28/10/2012 = 5 jam 15 min = banyak kereta !!

Alhamdulillah, tidak perlu melalui jammed berbelas jam .....

Orang KL, mahu alternatif pulang ke kampung di musim perayaan? --- Cuba lah laluan Gerik ....

eheeeee......


Sushi = beli. Ayam & kentang = oven-baked





Till then, c ya. Assalamualaikum

Wednesday 24 October 2012

Hunger for real food: Back to basic


Assalamualaikum teman-teman blogger:

JaSSNaNi, MaryaYusof, nadia rashid (bestnyer dapat makan ikan segar), makcikkantin (TQ sudi singgah sini), umiyumi, ishamizu, ummuaidan, Sue-Rya Qistina, Izza-Jiejah, lynnhelite, nurbijen, Nadiah Sidek, UmmuMadihah, Kak Sham (Kuwait), mama ct (Faris), Yong MOH Kembara dan juga teman-teman lain ......semoga sihat sokmo !


Selama ini, aku tak arif bahawa semua bijirin dan kekacang (grains & nuts) HARUS direndam dahulu semalaman @ 8 jam sebelum dimasak. Selama ni dok ingat kekacang sahaja yg kena rendam. Rupa-rupanya peraturan rendam ni patut diaplikasikan juga pada bijirin termasuklah BERAS

Terutamanya beras perang ---- aku lah tu, guna brown rice kat rumah tapi selama ni tak rendam.....huhuhu

Tapi sejak joined group HSFFYB (Homemade Solid Food For Your Baby), mata aku dah terbuka banyak. Kepada para ibu yang ada anak kecil, aku galakkan join group ni. Banyak sangat info dalam tu yang boleh kita gali. 

Untuk sarapan pagi, Mr Hubby suka makan oat. Selalunya kami beli oat yg tak perlu masak tu (masuk air panas jer, ala yg plastik merah kalau jenama Quaker Oat tu).

So biasanya untuk sarapan, masukkan oat tu dalam mangkuk, letak air panas, pastu campur raisins dan fruits (kalau ada stok di rumah) dan siap, boleh makan dah. Express la sangat kan.

Tapi rupa-rupanya kaum-kerabat oat ni (dan juga bijirin lain + nuts) ada asid phytic

Sekiranya tidak direndam dengan, asid phytic ni tak hilang. Kenapa kena hilangkan asid phytic?

Fungsi asid phytic = MENGHALANG PENYERAPAN NUTRIENT OLEH BADAN (cth: iron).

Untuk senang faham, semua benda yg kita makan, badan kita tak mampu serap nutrient disebabkan adanya asid phytic tadi. So apa yg kita makan dan apa tujuan kita makan kalau tak dapat nutrients kan?

So buat aku terfikir lagi, cara orang dulu-dulu memasak memang bagus sebenarnya, walaupun nampak macam leceh, tapi ada kepentingannya. 

Sebab tu zaman moden ni banyak penyakit pelik-pelik muncul kan, sebab cara kita menyediakan makanan pun semakin ekspress (belum lagi kira kita dok asyik makan fast-food).....huhuhuhu

Apa yg aku praktiskan sekarang, pagi-pagi sebelum pergi kerja, rendam beras perang dahulu. Nanti balik petang cuci beras tu bersih-bersih dan air rendaman tadi boleh guna untuk siram pokok !! Banyak khasiat tu untuk pokok....ehehehhe

Malam, sebelum tidur, rendam oat dulu.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang real food dan rendaman ni, boleh rujuk NourishedKitchen.


2-Way Oat Pudding: Baked and Steamed

Oat ini telah direndam semalaman dengan lemon juice. Bekas hijau: bento Amzar yang dikukus (oat + pisang + susu). Bekas biru: sarapan Mr Hubby, oven-baked (oat + pisang + raisin + susu). Perhatikan 2-tone-colour yg berbeza bagi cara masakan berbeza kan..

Suka lah bekas silicone bakeware nih...senang kerja-kerja mencuci....heheheh
posted from Bloggeroid

Monday 22 October 2012

You & Me : C.o.n.f.u.s.e


Pagi-pagi semalam, lepas solat Subuh, Mr Hubby habaq kat aku:

"Mak DD meninggal semalam, kebumi lepas Zohor hari ni."

Aku yg masih blur macam terkesima kejap.

"Owh innalillah ...."

Sementara tunggu hero berdua tu bangun, kami berdua bersarapan lah dulu. 

Selesai makan, aku jenguk lah tanam-tanaman sikit. Tengok apa yg boleh dibuat musim-musim hujan ni.

1. Buang ulam raja yg dah mati, tinggi sangat dah naik dan asyik berbunga ja. Aku dah kumpul benih yg cukup untuk next season ...cewahhh....lagipun dah ada anak-anak ulam raja yg tak sengaja tumbuh kat bahagian rumput. Alhamdulillah, tak perlu aku tanam kan....boleh simpan benih untuk tahun depan....

2. Transfer rosemary ke pasu yg lebih besar, supaya lepas ni akan merimbun dengan hebatnya. 

3. Transfer oregano ke pasu babas yg panjang supaya lebih luas kawasan jajahannya nanti. 

4. Transfer basil dan lemon balm ke pasu lebih besar jugak.

Sedang aku sapu halaman depan, hubby tanya, sama ada aku mahu pergi tak.

Aku jawab lah mahu (anak-anak pun dah bangun).

Masuk rumah, mandikan Amzar dan bersiap. Aku pakai baju kurung.

Perjalanan menuju ke Kulim. Jumpa 3 lagi kawan hubby di Bukit Mertajam , kami konvoi. 

Aku tiba-tiba terasa mahu tanya pada hubby.

Aku: kaknoor pergi tak?

Hubby: Kak noor takder, balik Perlis. Kenapa u tanya kak noor?

Aku: Yer lah, kak noor kan satu geng dengan DA (wife DD), kot ler dia pi ziarah.

Hubby: Ini kita nak pi ziarah geng Persalam, orang lama Persalam. Baru sembuh dari sakit (heart attack). Kak noor mana ada kena-mengena dengan Persalam.

Aku: Eh, I ingat kita nak pi ziarah kematian, sebab tu I pakai baju kurung di hari AHAD !!!

OK, Sekian. 

Sunday 21 October 2012

Rumah umpama taska di hari Ahad

Apabila angin abe Ajwad datang sesekali untuk keluarkan peti simpanannya .....

Maka bertaburanlah sekalian rakyat jelata nya ....






Bosan bermain di dalam, di luar pun jadi ...






Kebanyakan harta-benda untuk hero berdua ni adalah sumbangan sepupu-sepupu hubby.....kira warisan lar ni....mainan depa masa kecik-kecik dulu....



****umiyumi = dah sampai Perth ke? 

posted from Bloggeroid

Saturday 20 October 2012

Surat yang membuat air mataku mengalir .....


Source: HERE


A letter a mother would leave for her child: *must read*

To my Dear Daughter, 

If I'm not there to help you prepare for this next chapter of your life, to help you decide who to spend your life with, to be there to share your joys and sadnes
s, your girly giggles and your painful tears, know this ...

Know that no matter who you find, he is NOT your Mr. Right; Allah is. HE is the One to depend on. HE is the One who will make everything alright. 

Your husband will be your friend, but take Allah as your BF (Best Friend).

When things are good, be grateful to HIM, and when things aren’t so good, cry to HIM. Know that your success isn’t in being the world to this man. Your success, your worthiness is from Allah. You are not incomplete without him.

You were beautiful, complete, and worthy before you married. Don’t try to change him into someone he is not. Don’t nag him to get your way and don’t be afraid to love him. But love moderately. Maintain your own happiness. 

Don’t become so full of him that you are empty inside. Fill your being with the remembrance of Allah. 

Know that you will have ups and downs. That's normal. And know that when you have downs, it doesn’t equal divorce. 

Know that if you have children, they'll be watching you, just like you watched me. 

Know that if you distance yourself from him, he may distance himself from you too, so don’t be afraid to be the first to come back. 

Remember to make him feel important and appreciated. If you don't, who else will? 

Know that if you want the man of your dreams, become the woman of your own dreams first. 

Remember you have faults too. Work on them before you correct his. Get your examples from the Mothers of the Believers and female companions, not the celebrities on TV or movies. 

Know that even though you saw your father & I smile & play, and you saw me greet him at the door when he came home (even if I just saw him), that I too had a tear-stained prayer mat. 

But I stayed. Because I knew you needed me. I stayed because Allah made marriage to make us better people, to give us companionship in this troublesome world. 

Know that I want happiness & love for you. Better than what I had myself. And know that the only way to get it is by sticking to Allah. And lastly, know that I love you!......

Preview dulu .....


posted from Bloggeroid

Friday 19 October 2012

Global Warming: There's something we can do, right?





Ok let's check:

Using cloth bag when shopping = check !
Use recycled paper = check !
Reduce frozen food = check !
Buy from farmers = trying hard, pasar tani kira tak?
Use sunlight to dry clothes = check ! (Malaysia bolehlah, sunlight sepanjang tahun kan...Alhamdulillah)
Use energy-saver bulb = check and improving !
Plant trees = check and improving !
Eat less meat = check ! (walaupun aku tak berapa faham kenapa kena kurang makan daging utk save global warming...anyone?)

And satu yg paling PENTING yang tiada di atas tu adalah:

Wujudkan sudut recycle items di rumah. Tak perlu ruang yg besar pon. Dan tak perlu gadget yang canggih pon.

Di rumah aku ---- beg plastik sampah yg besar disediakan di tepi fridge. Maka segala benda yang boleh dikitar semula, kami campakkan dalam beg plastik itu. 

Contoh: kotak2 biskut/kotak kasut/apa2 kotak lah; kertas2 iklan; plastik2 baju etc; botol2 minuman; cebisan2 kertas hasil seni guntingan anak-anak etc .....

Go Green !!!

Wednesday 17 October 2012

Akibat virus kah????

Semalam -- skill conteng muka sudah terserlah.

Hari ini --
penemuan terbaru: cara menaiki kereta !

Dan mummy pon terfikir, errr adakah ini gejala selepas diserang measles virus ?????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Daripada pening fikir ke'kreatif'an si Amzar itu, baik mummy layan dinner kan.

Jemput makan ya...




posted from Bloggeroid

Tuesday 16 October 2012

Pabila mummy sibuk di dapur ....

Ini akibatnya apabila si anak terlalu kreatif ....
Mujur mummy masih berupaya 'cool' ..




posted from Bloggeroid

Monday 15 October 2012

Nature's Blended Learning


Lokasi: Pantai Merdeka, Sungai Petani
Objektif: Bermain pasir


Si hero cilik sentiasa bersedia menjadi co-driver...hehehehe...perut kenyang, tak ada lah dia asyik nak menempel dengan mummy ajer kan....on the way to Pantai Merdeka.


Hero berdua ni siap-siap pakai swimming suit dari rumah, so sampai ajer di pantai terus main....mula-mula dudukkan Amzar di pantai, menjerit-jerit tak mahu, tak biasa lah tu....lepas tu bagi sudu terus ok...


Fokus pada telatah si abang.....masa ni dia belum 'start engine' lagi.....setelah ditunjukkan cara nak korek pasir guna sudu, barulah dia buat.....

Masa untuk mengorek !!! Pasir kat sini agak padat, jadi susah sikit untuk budak kecil ini nak korek keluar.....**sila abaikan diapers di belakang itu, buka sebelum dudukkan Amzar di pasir....

Percubaan Abe Ajwad dalam membina 'castle' sambil dibantu oleh daddy.

Kihkihkih....muka serius !



Masa ni air pasang sebenarnya.....


Abe Ajwad nak melarikan diri apabila tiba-tiba ombak kecil datang menghempas pantai....terkejut lah tu....

Setelah beberapa kali ditemani daddy bermain di gigi air, akhirnya Abe Ajwad berani pergi sendiri......sebab masa ni daddy pergi mandikan Amzar.....

Owhhh berapa banyak castle ni anok? Bina untuk mummy satu yg real punyer boleh? Eheeee....

Castle yang terbaik !!!

Sesi membasuh jentera sebelum pulang.....

Kesian hero cilik mummy nih...kepenatan! Masa ni tidur dalam kereta selepas menyusu, sementara si abang sambung dengan aktiviti swimming pula (ditemani daddy). Si abang tak mahu pulang selagi tidak dapat swimming.....Sebenarnya Amzar tak berapa sihat ni, kena measles halus, tapi takdak demam.....dia pon aktif ja, tu yg kami bawa juga ke pantai ni. Lagipun sini tak ramai orang sebab kami pi ni awal pagi. Masa kami nak balik barulah ramai orang datang.....

Bak kata orang, alam semulajadi sentiasa merupakan KELAS YANG TERBAIK bagi anak-anak belajar. Jika ada peluang, dedahkanlah mereka pada alam, biarpun hanya di halaman rumah, banyak sebenarnya yang dapat dipelajari.