Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Saturday 30 June 2012

Menu sempoi ibu & anak tatkala daddy tiada .....

Mr Hubby tiada sejak semalam, pi Bukit Kurau untuk 3 hari 2 malam, program ala-ala team building ....

Maka aku dan anak-anak berhibernasi lah di dalam rumah ....

Hidangan pun ala kadar sahaja lah, tak ada mood kekdahnya.....(kan selalu pun ala kadar jugak????)


Hidangan Amzar: Rice + Steam broccoli + Oven-baked unsalted buttered-fish

Amzar memang suka brokoli ni....syabas mera beta!


Hidangan mummy & abe Ajwad: Oven-baked fish in orange juice + fresh salad. Makan dengan nasi. Ok jer, tak pelik pon...sedap....

Filet ikan sebelah: garam, paprika & sebiji oren sunkist. Bakar dalam oven pada suhu 190 C selama 50 min...pastikan jus oren banyak ya (cover ikan).....


Puding ringkas dragon fruit: dinner Amzar. Hanya guna tepung atta, telur, air dan buah. Steam 30 min..siap!


Si kecil yang kuat makan!

Amzar, subuh dah bangun. Lalu dalam pukul 9am camtu, dia akan tidur balik. Sebelum tu, dia kejutkan si abang dulu.....

Tunggu siapalah anoks? Esok malam baru daddy pulang.....


Sesi berehat selepas lunch...

Till then, c ya...Assalamualaikum

Friday 29 June 2012

Jumaat 29/6/2012 - Aku cuti

Salam to rakan-rakan blogger ....

Jiejah@Iza = Saya tak reti berbahasa Mandarin. Setakat faham sikit-sikit apa yg Ajwad cakap jer. Tapi banyaknyer tak faham lah...hehhehehe....keluarga mertua pon borak seharian guna Hokkien, cuma dgn cucu jer depa guna Mandarin.....nanti bolehlah hantar anak Jiejah sekolah cina. Sat ja depa boleh master mandarin nanti....Ajwad dulu hantar pon tak tahu lagi cakap Mandarin....

Sue-Rya Qistina = mummy ini juga yg tak reti2 bahasa ketiga...hikhikhik..

Eey = TQ singgah sini, betul tu, klu tak praktis mudah lupa....

JembalCastle = ala dulu kelas tu malam laaa......

ViviLim = kalau saya try cakap pon, selalu kena betulkn dengan hubby sebab asyik lari 'tajwid' ....hehhehe

MaryaYusof = wah lepas ni Marya dgn ImAN berbahasa Spanish dlm rumah.....wolaaa!!!

Umiyumi = saya pon master yg tu umi ...hehehhe

MOH Kembara = mungkin lah Yong, sure jauh sangat lari nya tu.....

Asmara = takper kak As, budak2 cepat catch-up .....nanti automatik lah lidah Jepun tu transform ke lidah Melayu.....


Harini aku cuti. Selesaikan urusan KWSP. Rupanya tidak sampai 10 minit pun....efisien sungguh....I like..

Selepas itu, pergi ke pulau, berjumpa hubby. Kami keluar berdua ke town, naik motor kapcai.

Aduh sudah lama tak membonceng ..... terasa romantik tiba-tiba ....eh eh eh ......

Mencari barang dagangan di town. Nantilah aku upload gambarnya di lain entry ya. 

Selesai urusan di town, aku pun drive pulang ke seberang. Hasrat hati mahu singgah Popular sekejap, hendak cari buku colouring utk Ajwad. 

Timbang-timbang mahu singgah di Sunway @ Jusco Perda. 

Kereta dipandu menuju ke Jusco.

Sedang memilih buku, ada sms masuk. Hmm...daripada student. Tanya di mana aku berada (Kampus Bertam @ Permatang Pauh?)

Aku reply ---- Saya cuti. Tapi sekarang ada di Jusco Perda. Ada apa ya?

Rupanya mahu tandatangan aku pada surat pindaan bajet Persatuan. Urgent ! (Aku Penasihat persatuan).

Aku reply --- ok, jap lagi saya singgah kampus utk sign. Awak standby yer. 

Begitulah aturan Allah. Kadang-kadang kita tidak terfikir akan signifikan sesuatu yg terjadi itu. 

Hati ini digerakkan untuk berkunjung ke Jusco Perda, sebab ada tanggungjawab lain yg perlu dilangsaikan segera.

Allahu Akbar !

Salam Jumaat semua....Assalamualaikum....


Wednesday 27 June 2012

Ajwad gelak .......

Sesekali aku cuba test-power berbahasa Mandarin dengan Ajwad. 

Almaklum, dia kan dah fasih....sampaikan kalau borak dengan Amzar pun, secara automatiknya bahasa Mandarin yg keluar. Amzar jawab dengan bahasa Spanish ......kuikuikui......

Mummy: Ni yau cher fun? (Nak makan nasi tak?)

Ajwad: Heheheehe.... (sambil buat muka pelik dan tersengih)

Mummy: Ni yau cher fun maa?

Ajwad: (gelak lagi) 

Mummy: Kenapa Ajwad gelak? 

Ajwad: Heheheheh..... tak nak ...

Dah....boleh pon jawab sebenarnya.....aku test-power lagi,

Mummy: Ni pu-yao? (Taknak?)

Ajwad: Pu-yao .... (finally dia reply juga dalam Mandarin).

Pelik lah tu bila mummy speaks Mandarin kan.....

2-3 kali selepas peristiwa 1st time itu pun, Ajwad akan gelak dulu setiap kali aku try cakap Mandarin dengan dia.

Mushkil aku apa yg kelakar ntah! 

Layan jer lah, anok kan...hhehehhe

Till then, c ya, Assalamualaikum....


Photo

Tuesday 26 June 2012

"HoNeY"

Busy .... Busy ....like a bee .....

Kelas penuh 2-3 hari ni....

Cuma nak tulis, kadang-kadang kita rindukan seseorang yg pernah dekat di hati.....


Kak Has - aku kenal sejak zaman RA di UM. Masa itu dia sedang sambung master. Kami selalu 'meratapi nasib' pada masa itu (kihkihkih).....maklumlah, bos sama...

Kak Has --- asal keluarganya dari Pakistan. Maka tatkala berkunjung ke rumah famili, tiba-tiba aku terasa seperti berada di Bollywood ! I simply love when they talk Urdu !

Kak Has kini berada di Melbourne --- further PhD --- bidang Dental Science. Rezeki kami bersama UiTM, dia di Shah Alam, aku di Bertam. 

Anak-anak kak Has - Hasan & Safiyya, sangat handsome & jelita (eheeeeee....).


Aunty Dini miss both of u, Hasan & Piya!







posted from Bloggeroid

Friday 22 June 2012

They are within us ......

Salam Jumaat to blogger friends: Sue-Rya Qistina; ViviLim@Mrs.Nurulazmi; Asmara; Mama2Q; Syuhadah; Izu; MaryaYusof; MOH Kembara (saya sangat suka statement akak, sangatlah betul!!!! hehehhehe) ......


Di hari Jumaat yg berbahagia ini, marilah kita sama-sama kenali akan makhluk-makhluk Allah yang lain, yang sebenarnya sangatlah dekat dengan diri kita (amacam...? ada gaya-gaya ustazah pilihan tak?...weheeee.....).


Agar plate culture of an Actinomyces species.
Actinomyces species. Habitat yg sering ditemui: mulut. Bekerjasama dengan Strep. mutans di bawah untuk merosakkan gigi. Feed on trapped sugar between our tooth. 
www.wikidoc.org

Candida albicans
Candida albicans: sejenis fungus. Boleh ditemui di dalam mulut manusia dan gastrointestinal tract. Boleh menyebabkan penyakit Candidiasis. 
www.sciencephoto.com

Lactobacillus Acidophilus and L. Casei
Lactobacillus acidophilus & Lactobacillus casei: Yang ni biasa dengar? Ingat Yakult? Vitagen?
Yang ni kira macam bacteria baik untuk usus kita....... 

www.sciencephoto.com

Staphylococcus epidermidis bacteria, SEM
Staphylococcus epidermidis: Bacteria yg biasa ditemui pada kulit manusia. 
www.sciencephoto.com

Streptococcus mutans bacteria
Ni namanya Streptococcus mutans, sejenis bacteria. Habitat biasa adalah dalam mulut manusia (gigi). Salah satu yang menyumbang pada kewujudan plak gigi dan karies gigi (tooth decay). 
www.sciencephoto.com



Rasanya cukuplah ini dahulu ya. Nanti lain kali aku cerita tentang makhluk Allah yang lain pula (kalau ada permintaan....cewahhhhh).

Till then, c ya... Assalamualaikum......
       

Thursday 21 June 2012

Kertas itu ......

Salam to ~najwa~; Asmara; Kamalia; Izu; MaryaYusof; Jiejah@Ieza; Lynn; Yong MOH Kembara; JembalCastle; Vi@Mrs nurulazmi; umialya; umiyumi; Sue-Rya Qistina; syuhadah.....


Ungkapan menyatakan duit tidak dapat membeli kebahagiaan ....

Kan kan kan? 

(ayat tu popular dalam novel & filem romantik ala-ala Bollywood).

Tetapi ....... realitinya

Untuk bahagia,  peranan duit tidak dapat dinafikan .......




****sekadar pendapat kecil di hari Khamis .....


Usah dimimpi duit akan berbuah sebegini ! 
www.theepicadventurer.com

Duit tidak akan jatuh dari langit saja-saja
(melainkan ada helikopter/plane bawa duit mengalami kerosakan....)
www.avramgonzales.com

Yang penting, saving for the emergency & the future !
www.thefinancialrebellion.com
 

Monday 18 June 2012

Soalan susah ......

Soalan yang sukar dan susah untuk aku jawab, apabila ditanya begini:

"Madam, best tak kahwin chinese?" Biasanya soalan macam ini pelajar perempuan yang tanya. 

Pertama kali disoal kira-kira 2 tahun lepas. 

Aku speechless. Tak sangka disoal begitu. 

Lama aku terdiam. Nak jawab macam mana ni ek?

Kalau diperhalusi, soalannya macam comparison. Tapi tak relevan. 

"Apa yang awak nak tahu?" aku menjawab dengan persoalan juga....hehehhe..

Pelajar itu tersengih. 

Lalu aku pun menjawab macam ini,

"Kalau nak kata best, best lah kot, sebab raya tiap-tiap tahun rumah keluarga saya jer.....kihkihkihkih."

"Hahahahhaha madam......" Mereka tertawa. 

Pelajar-pelajar ku --- mereka masih muda remaja!



Organic Pumpkin Yee mee with Black Pepper Sauce 





Chinese style dinner on Saturday


Saturday 16 June 2012

D'hearty Healthy Pancake

Buat pancake lagi untuk sarapan hari ini.

Tepung atta, fresh milk, telur, pisang, & air.

Tak perlu letak gula garam dah, sebab rasa pisang dah cukup sedap --- sesuai untuk 2 little hero.

Mummy makan dengan unsalted butter --
Yummy!









"Semai & berikan rasa cinta pada yang HAQ & berhak."

Happy weekend everyone!

posted from Bloggeroid

Thursday 14 June 2012

The Gold Liquid



Topik pagi HotFm hari ini: Darah & Anda. 

Sempena Hari Derma Darah hari ini. 

Ada sesiapa yang belum berkesempatan derma darah seusianya?

Kisah 1

Aku, pernah....6X masa study dulu. 

Sehinggalah kali yang ke-6 tu (tahun 2005), aku dipanggil semula oleh pihak UMMC sebab ada masalah: darah aku tidak compatible dengan penerima. So depa panggil aku utk follow-up medical check-up kot-kot ada masalah kesihatan....Alhamdulillah tiada. Tapi doc nasihatkan aku tak perlulah derma darah lagi, sebab nanti kesian jer kat penerima kan...huhuhuhuh...

Tapi sekarang, nak derma pun, tak layak ---- UNDERWEIGHT !!!! Penangan melayan 3 hero di rumah.....

Kisah 2

Aku mengajar subjek Biology. Salah satu chapter yg ada dalam Biology --- BLOOD.

Ekperimen lab pun ada berkaitan darah juga. 

Biasanya students perlu 'mengorbankan' sebatang jari seketika untuk proses pengambilan darah. 

Ala finger prick jer pun. Setakat nak ambil 2-3 titis darah. 

Tapi selalunya sebelum eksperimen tu, aku / lecturer yang lain, akan buat pengumuman macam ni:

"Siapa yg fobia darah?" ---- Masa ni ramai laa kan yang angkat tangan.

Pastu aku sambung lagi,

"Fobia yg saya maksudkan adalah jenis yang nampak darah setitik jer, terus nak pengsan. Kalau setakat rasa-rasa ngeri tu, itu bukan fobia yer."

Dan selalunya lepas aku cakap macam ni jer, tangan-tangan yang diangkat tadi mulai turun....hehehhee...

Sewaktu lab berlangsung, memang riuh lah. 

Ada yang takut nak prick, ada yang tak mahu tengok jari sendiri dicucuk, ada yang pucat ....kihkihkih.....(tetiba terasa akulah lecturer yg nakal sebab gelakkan student sendiri.....)....

Walhal nak prick tu, bukannya guna jarum semata-mata, cuma tekan jer alat tu.....

Pada yang takut, aku offer diri untuk tolong depa prick, sambil wipe jari depa dengan alcohol, aku memberi nasihat bak ibu mithali :

"Awak jangan nervous lah, sikit jer ni. Nanti kalau awak takut, lagi darah tak mau keluar. Nanti lagi kena cucuk 2-3 kali.....nak ker?"

Muahahhahahahah......

Pesanan penaja: Kepada sesiapa yang layak, moh ler derma darah. Kesian dengar kisah pesakit Thalassemia di radio tadi, yg mana hayat dia bergantung pada darah yang didermakan (setiap bulan kena cuci darah).

Tak sakit pun derma darah. Cuma selepas derma (esp sejam pertama), kena banyak berehat. Itu jer. 

Banyak faedah boleh dapat dengan derma darah, esp di hospital kerajaan. Hasil aku derma darah dulu, aku dapat suntikan vaccine Hep. B (3 dos) secara percuma di UMMC. 


Till then, c ya. Assalamualaikum..... 


Image Detail


Wednesday 13 June 2012

Kisah Green Pan

Hi syuhadah, Sue-Rya Qistina, ~najwa~, Mariambebakar, Jiejah@Iza, JembalCastle, & kawan-kawan blogger di serata alam ......

MOH KEMBARA = Salam Yong, menu terkumpul ni sebenarnya, bukanlah satu hari punyer ceriter...hehhee. Baby food tu gabungan couscous + udang + mix vege....

Umiyumi = Betul jugak, kena makan coklat baru hormon happy keluar kan...hikhikhik..sana coklat murah ek umi?

MaryaYusof = Absolutely agree, the best therapy (tapi kena control diri kan....) kuikuikuikuik...Menu last tu puding utk 2 hero kat rumah ni. Guna telur + oat + fresh milk + dragon fruit (tanpa gula garam sebab utk Amzar dan Ajwad kan)....try jugak rasa, tak sedappppp ......TAPIIIII......Ajwad dan Amzar makan penuh selera....hahahhahha....Ajwad siap cakap sedaplah mummy! 



Kalau dah namanya perempuan, memang suka lah bercerita, meneliti dan membelek apatah lagi membeli peralatan yg berkaitan dengan dapur kan. Tidak kisah lah tidak pandai masak sekalipun, yg nyata alat tu konon sebagai pemangkin utk memasak kemudian hari.... (alasan aku utk sedapkan hati sendiri)....

Dalam 3-4 tahun lepas, tiba-tiba jer muncul GREEN PAN ni kan, apatah lagi asyik iklan jer kat channel AFC tuh.....terus rasa macam 'bestnya kalau dapat kumiliki, sihat pun sihat' ......monolog hati seorang wanita ......kihkihkih....

Tanpa segan-silu, aku nak mengaku bahawa GREEN PAN juga merupakan koleksi golden dream aku (besides CLAYTAN lah kan)....

Keyword aku: Golden dream tidak semestinya ada....huhuhuhu....

Apatah lagi GREEN PAN ni, mahal !

Sejujurnya, setakat ini, saat ini, aku hanya memiliki sebiji sahaja GREEN PAN. Itupun setelah saving for almost a year.......Alhamdulillah !

Kenapa aku suka GREEN PAN ? Hmm, mungkin sebab ini kot (all infos and photos: credit to www.green-pan.com & FB Green pan)

 GreenPan™ cookware, with breakthrough Thermolon™ ceramic non-stick coating, was the first environmentally friendly, PTFE-free non-stick cookware available since the introduction of non-stick technology in 1938.

  • A natural, non-stick mineral-based coating.
  • No potentially dangerous chemical’s inside: It’s completely PTFE-free and contains no silicone oil.
  • Manufactured without PFOA and applied in an environmentally friendly way, resulting in 60 % less CO2 emissions.
  • Heat resistant up to high temperatures.  If you accidentally overheat your pan, even up to 450°C/850°F, no toxic fumes will be released and the coating will not blister or peel.

Jom layan beberapa koleksi GREEN PAN yg menjadi idaman hati :












Kalau ada yg berkenan, silalah berkunjung ke website depa ya....

Till then, Assalamualaikum....



Monday 11 June 2012

Salam Hari Isnin

Assalamualaikum....

Isnin 11 Jun ....
Permulaan semester baru..
Owh sudah habis tempoh student cuti.....
Maka sudah tamat juga waktu aku 'bersenang-lenang'.... (owh...sob sob sob...)

Hehehe....tidaklah sampai begitu
Semester baru, student baru, semangat baru, chapter subjek baru (challenging ni), kasut baru (....eh tetiba kan.....hikhikhik)....

Jomla layan gambar budak pemalu ( tak mau pandang kamera) & makanan dia semalam....

Dan juga preview ULAM RAJA kuuuu









posted from Bloggeroid