Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 31 May 2012

Ku dalam dilema ......

MOH KEMBARA = harap-harap camtu lah Yong!
Sue-Rya Qistina = betul betul betul....
Kamalia = saya belum baca lagi kak Lia....whuhuhuhu
Mama2Q = Jom!
Marya Yusof = tu lah, beli nya rajin, sama lah Dini pon...tapi tang nak habihkan baca tu, adoiiii, susah sikit sejak ada heroes ni...hehheheh
Mariambebakar = hehehhe, Ajwad berlakon jer tu...belum boleh membaca lagi...dia syok tgk gambar ikan tuh....
Qaseh Ana = TQ ....hihihi
Xiet_Enigma = wokeh...berehhhhh.....



Sabtu lepas, bawa Amzar ambil suntikan vaccine MMR+CPV.

MMR = Measles + Mumps + Rubella

CPV = Chicken Pox Vaccine

Rupanya sekarang memang dah ada gabungan MMR dan Chicken pox.

Dulu, masa Ajwad, aku kena ambil asing Chicken pox vaccine tu. 

Doktor pun check-up seperti biasa.

Breathing ok ---- paru-paru ok.

Check suhu badan ---- ok, tiada demam.

Timbang.....

7.5 kg ??!!!!!

Mummy rasa nak pengsan !!!!!!

Komen doctor: Eh ringannya, patutnya dah setahun lebih kurang 9 kg (based berat masa lahir = 2.5 kg).

Mummy pon bagitahu: Dia makan dan menyusu banyak doktor....

Doktor: Tidur ok tak?

Mummy: Ok, tidur siang 2-3 kali sehari (lebih sejam setiap kali). Malam pon tidur ok (di samping bangun untuk menyusu)....

Hmmm.....

Mummy risau tak sudah sejak itu.....

Kawan-kawan, ada idea macam mana nak tingkatkan berat badan baby? 

Apa yg aku buat sekarang, tiap2 hari dalam meal Amzar, masukkan unsalted butter @ olive oil. 

Selera Amzar memang baik, tidak cerewet......maka aku pun jadi bingung, kenapa beratnya tidak mahu naik?

2 malam lepas, aku masak ini utk dinner, teringin nak makan Mac & Cheese....tapi boring pula dengan fizikal macaroni, maka pilihlah Shell pasta. 

Seharusnya namanya pon bertukar lah kan kan kan....?


Cheesy Shell



Junior's bread pudding with Kiwi

Ni bread pudding Amzar utk sarapan semalam: telur, kiwi, roti, unsalted butter ...hehhehe...bread pudding tak cukup bahan ni....


Till then, c ya.....Assalamualaikum....

Monday 28 May 2012

Books, Library & The Heroes, Food .......

MOH KEMBARA = betul sangat Yong...banyak dah berlaku, drama jadi realiti !
Marya Yusof = InsyaAllah, sama-samalah kita saling ingat-mengingati.....
Sue-Rya Qistina =  Welcome dear! 
~najwa~ = sedih betul saya baca doc....disebabkan 'keseronokan' yg tertipu, rosak 2 masjid......betapa mudahnya manusia digoda syaitan ....... semoga kita semua dilindungi-Nya...sama-samalah kita berdoa....
Mariambebakar = Saya faham sangat perasaan itu, trust me, I do.... Mungkin situasi nyer lain tapi perasaan kita yg bimbang itu sama.....banyak2 kan berdoa....
Mama2Q = alhamdulillah ....


Aku suka baca tulisan SAIFUL ISLAM. Tulisannya isteri beliau juga aku suka baca, Dr MUNA.  

Aku pernah baca siri AKU TERIMA NIKAHNYA yg pertama dulu, mungkin 3-4 tahun lepas. 

Semalam, aku selesai khatam siri yang kedua Aku Terima Nikahnya 2: Bercinta Sampai Syurga.


Aku sangat suka buku ini. Ulasan sailfulislam tentang hubungan terlarang, sangat bermanfaat dan membuka mata. Aku amat sarankan buku ini kepada semua......


Dan, ini pula koleksi buku-buku yg sedang menunggu giliran untuk dibaca (entah bila pulak boleh khatam kesemua ni...huhuhuhu)





Semalam, bawa Ajwad dan Amzar berkunjung ke Perpustakaan Awam Kepala Batas.....selesa sangat perpustakaannya....siap ada ruangan untuk kanak-kanak ribena .....syok sangat Ajwad dan Amzar....







Dan sebagai penutup, terima lah 'jamuan mata' hidangan kegemaran Ajwad dan Amzar (juga daddy & mummy....hehehhehe)...


Blueberry pancake ...bahan-bahan: tepung atta, telur, blueberry, gula, air

Spagethi olio........

Till then, c ya.... Assalamualaikum......

Friday 25 May 2012

Friday ...its a wonderful day....

Assalamualaikum kawan-kawan blogger 


Salam perkenalan buat Papa Mifz .


Harini aku terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang satu isu/perkara yg melanda generasi hari ini....mungkin bagi sesetengah orang, ianya satu isu kecil/remeh, tetapi bagi aku, ia amat SIGNIFIKAN. 

Dunia hari ini yg semakin sengit persaingannya (waaahhhh tiba-tiba keluar ayat skema...huhuhu) memerlukan lelaki dan wanita saling berhubung dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Betul kan? 

Ya, tidak dinafikan, sebab perkara ini susah lagi nak elak. Berpegang pada konsep, selagi tidak mendatangkan mudharat, maka sesuatu perkara itu harus (harus sahaja bila mana ada keperluan, BUKAN WAJIB). 

Sebelum tu, aku di sini bukanlah nak berceramah agama, cuma nak sampaikan pendapat yg terhasil menerusi 'observation'.....

Atas dasar keperluan, biasanya wanita dan lelaki (yang tiada ikatan) akan berhubung. Tak kisahlah wanita/lelaki itu sudah berkahwin atau masih bujang.

Contoh: hal-hal kerja, hal-hal persatuan, hal-hal organisasi....

Selagi mana lelaki dan wanita ini sedar dan tahu tanggungjawab masing-masing, biasanya perhubungan yg terjalin itu adalah 'terpelihara' dan straight to the point. 

Tapi sayangnya, apa yg berlaku kini tidak sebegitu. 

Bermula dengan 'perhubungan professional', lama-lama melarat ke 'personal matter' .....

Lebih parah apabila mereka yg terlibat dalam perkara ini merupakan golongan bijaksana lagi arif. Bersungguh-sungguh menegakkan benang yg basah. 

Aduhai, bukankah syaitan itu juga bijak? Pelbagai idea kreatif dapat syaitan bisikkan kepada kita untuk 'menghalalkan' sesuatu perbuatan. 

Apatah lagi dengan teknologi yg terkini, everything is virtual, tidak lagi secara terang-terangan.....lupa agaknya, syaitan juga wujud di dunia virtual itu......

'Personal matter' ---- bujang vs bujang, ok lagi lah kan....(tp tidak digalakkan ya, seeloknya nak bercerita perihal peribadi carilah kawan yg sama jantina).

'Personal matter' ---- bujang vs married ---- ok kah? 


Aku pernah berpesan pada pelajar-pelajar aku (actually more to warn them):

"Kalau korang nak bercerita masalah peribadi, carilah kawan yg sama spesis dengan korang. Maksudnya perempuan berceritalah pada perempuan. Lelaki pada lelaki. Janganlah pindah silang. Kalau tak ada sangat kawan, marilah bercerita dengan saya atau mana-mana lecturer."

"Sebab apa? Sebab syaitan tu sangat setia dengan kita. Syaitan suka berdamping dengan kita, apatah lagi dalam keadaan kita berdua-duaan atau bertiga-tigaan dengan berlainan jantina."

"Dan ingat ya, jangan ingat apabila korang berjumpa di 'alam maya' macam FB ker, chatroom ker, SMS ker, itu tak salah. It is wrong! Syaitan tetap ada untuk menggoda korang."

"Nak tahu macam mana syaitan goda korang yg tak berjumpa face-to-face ni? Dia akan bagi korang rasa, yg perbualan korang yg lagha dlm FB tu tidak berdosa, yer lah kan tidak berjumpa."

"Syaitan akan bisik bahawa segala 'tazkirah' yg korang bagi pada kawan itu tidak salah. Kononnya apa, kejutkan utk solat tahajud tgh malam? SMS hadith of the day?"

"Jangan ya, jangan gunakan agama utk halalkan perbuatan korang....."


Sama-sama utk direnungkan..semoga menjadi panduan buat diri aku juga dan kawan-kawan.

Till then, c ya.....



Tuesday 22 May 2012

Trauma & Mimpi

Pesanan khas daripada Amzar =  terima kasih ya aunty-aunty , atas ucapan birthday, Amja loves all of you !!!!


Aku nak tanya

Ada tak sesiapa yg pernah trauma dengan sesuatu / seseorang sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi?

Dan mimpi itu pula macam 'real' sehinggakan kesannya terbawa-bawa hingga terjaga drp tidur?

Contoh: Dlm mimpi ----- aku menangis teresak-esak .....

Dan tangisan itu menjadi realiti di luar mimpi

Bukan setakat sekali aku alami ini --- berkali-kali ....

TRAUMA sungguh!

Aduhai ........

P/S: Doc ~najwa~ :  medical condition kah ini? eheeee.....


Monday 21 May 2012

"Saya Setahun Hari Ini"

Assalamualaikum......ehem ehem....ni Amzar ni.... atau aunty semua boleh panggil juga Amja, macam mummy dan abe Ajwad panggil kat rumah......

Sebelum Amzar teruskan celoteh di sini, Amzar nak sampaikan pesanan mummy dulu buat kawan-kawan mummy:


MOH KEMBARAQaseh Ana == salam kenal, terima kasih sudi singgah sini. Jemput datang selalu ya.
~najwa~ = hahahhaha, tikar ajaib ek?
Xiet_Enigma = hihihihi, meh lah mai sini Jie.....mostly meals rumah ni ala-ala tasteless laaa...hikhikhik, nak rasa jugak ker? Nanti jgn terkejut tgk kami semua, sebab orang dok asyik komplen macam x cukup makan....
Mama2Q = caiyok mama!
ViviLim@Mrs.Nurulazmi = Kebab kambing....ishhhh....sedap sangat......makan dgn tabouleh......
Hanis MY = Hi preggy mama! Di sendai ada restoran timur tengah ker? Baik pekena nasi arab sebelum bersalin, nanti teringin jerk....
ishamizu = Hi Izu, TQ for the wishes....
umiyumi =  waaa!!!! umi, nak lemon.....huhuhuhu.......


Hari ini, 21 Mei 2012, Amzar genap setahun. Alhamdulillah. Tapi Amzar lahir malam, 10.55pm di Dewan Bersalin Muslimah, Pulau Pinang. 

Amzar lahir kecil ajer dulu, berat 2.5kg. Panjang badan 51cm. Dulu mummy cakap abe Ajwad lagi panjang masa lahir, beza 2 cm ajer...hehhehhee...

Amzar suka saat-saat menyusu dengan mummy. Sebab Amzar rasa secure. Lagipun, masa mula-mula dulu, mata Amzar kan tak berapa nak nampak jauh, jadi masa menyusu Amzar dekat dengan mummy, boleh nampak mummy....

Amzar suka main dengan abe Ajwad. Walaupun abe Ajwad dah besar, kadang-kadang dia suka layan Amzar jugak. Tapi kan aunty, kadang-kadang tu, Amzar sengaja usik abe Ajwad, sebab Amzar nak tengok reaksi marah-marah manja dia tue...hikhikhik.....

Selalunya kalau Amzar usik barang abe Ajwad, abe Ajwad akan cakap macam ni,

"Mummy...tengok Amja ni......"

Hehehhee...cute kan? Abe Ajwad tak pukul Amzar, dia mengadu kat mummy saja......

Amzar tak sabar nak tunggu boleh berjalan...berlari....nanti boleh main sorok-sorok dengan abe Ajwad......biar mummy tercari-cari kami kan....hikhikhik...

Oklah, Amzar tak boleh lama-lama depan lappy ni, mummy dah start buat muka warning tu.....

Aunty-aunty yang baik hati, tolong doakan juga Amzar (dan abe Ajwad) ya....semoga kami berdua menjadi anak yg baik (tetapi cheeky..heheheh)..kalau boleh, Amzar nak sentiasa gembirakan hati mummy....(mummy, I know U go through a lot this year, sabar ya mummy...Amja dan abe Ajwad ada kan....)

Ok, got to go now.....tata semua ....... 








Friday 18 May 2012

Dinner, Dinner, Breakfast

Favourite dish of the year aku adalah makanan Arab: tak kisah lah kebab ker, nasi ker, tabouleh ker, roti arab ker, semuanya aku suka .......

Nasi Arab rupanya ada macam-macam version kan: Mandy lah, Khabsa lah dan yg sewaktu dengannya...

Nasi Khabsa aku pernah buat dah....no, no, no, bukan guna ready-made paste ya.... freshly prepared home-made paste tau.....tahap kerajinan agak tinggi waktu itu......

Mana dapat resepi? Ask Mr Google ajer !

Tapi satu yang aku perasan lah kan dalam penyediaan masakan Arab ni, bahan utama yg wajib ada adalah tomato, lemon dan ubi kentang. Tiga bahan ni depa suka guna dalam kuantiti yang banyak. 

Even kalau pi Tesco tu, perhatikan lah barang basah yang pak-pak Arab ni beli, ada jer tomato dan lemon.... (wah ada masa yer observe apa orang beli? ?????)

Lemon di Malaysia agak mahal ! (Mulalah ada hasrat mahu menyemai pokok lemon selepas ini ?????)

Rabu lepas, tiba-tiba teringin nak makan nasi yg dalam daun (pernah makan dulu babysitter Arab Ajwad buat, perghhhh sedap sungguh....).

Maka ku tanyakan pada sahabat sejatiku, abang Google. Muncullah nama resepi itu:


Stuffed Vine Leaves!

Buka pula YouTube.... wah senang jer bahan-bahan dan cara memasak nya. 

Cuma tiada vine leaves sahaja.... ada jual kah di Malaysia? Pokok anggur ada lah jual di nursery, tapi takkanlah mahu beli pokok demi nak makan daunnya? Hikhikhikhik.....

Alternatifnya, marilah kita guna daun kobis..... Malaysian style.....



Stuffed cabbage 


Malam tadi pula, kami sekeluarga berkunjung ker negeri jiran, ya....Indonesia sahaja ya pak! 


Kami makan bakso, Simple Bakso with Organic Noodles.


Aku sangat puas hati...sebab Ajwad makan dengan berselera dan banyak...Alhamdulillah....nanti mummy buat lagi okay!

Simple Bakso with Organic Noodles: Favourite Ajwad

Pagi ini, aku berangan-angan jadi minah bermata biru sekejap ya.....maka satu keluarga kena makan Sandwich Cinta Telur ...... (sesedap hati jer kan letak nama resepi....muahahahhaha).


Sandwich Cinta Telur:  hubby ku sangat suka!

Begitulah serba-sedikit cerita kami sekeluarga. Dalam masa 3 hari, kami telah selamat sampai ke Timur Tengah, Indonesia dan England.......(keyword: aku dan anak-anak TIADA passport ya...hikhikhik).

Till then, c ya.... Assalamualaikum.....Have a nice weekend everyone!

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Wah sejak semalam sudah terima ucapan "Happy Teachers Day" daripada anak-anak murid yg sedang menghabiskan sisa-sisa cuti semester......oowhhh...rupa-rupanya 16 Mei hari ini........HARI GURU ! 

Walaupun technically bukan guru, tapi tetap rasa terharu dengan ingatan itu....Thanks so much my dear students !!!!!

Apa kenangan yg sentiasa dikenang ya semasa bersekolah dahulu? 

Mesti banyak kan, especially bab-bab kena marah dengan cikgu....heheehhe...

Aku masih ingat lagi situasi sewaktu sekolah rendah. Melibatkan cikgu. Tidak silap aku masa tu aku darjah 4.

Cikgu kelas aku masa itu cikgu lelaki, sudah berkahwin, namanya cikgu Z. Dia ajar subjek apa, ammpunnnn aku sudah lupa.....

Terus-terang aku cakap, masa itu, aku ada perasaan TIDAK BERAPA GEMAR dengan cikgu Z ni .

Sebab ?

Sebabnya dia jenis yg suka merokok sesuka hati di perkarangan sekolah (tapi bukan dalam kelas) ..... kan zaman-zaman itu belum dikuatkuasakan lagi larangan merokok di sekolah kan.....

Makanya sering dia masuk kelas selepas merokok.... dan .... dan.... memang masih ada bau rokok ......

Aku duduk depan, cukup sakit hati laaaa dengan bau itu !

Tapi sebab dia cikgu kelas kan, tak berani nak tegur.....lagipun baru darjah 4.....hheheheheh.... pasrah saja....

Tiba-tiba.... suatu hari.....sedang kami semua leka menyiapkan latihan, cikgu Z panggil aku ke mejanya......

Dia seakan berbisik, cakap dengan suara yg perlahan, sambil menghulurkan sekeping kertas yg berlipat kecil.

Cikgu Z meminta aku menyerahkan kertas itu kepada cikgu S (perempuan) di kelas XXY. 

Sebagai anak murid yg baik, aku pun segera menuju ke kelas XXY dan menyerahkan 'amanah' itu kepada cikgu S (@ ustazah S? Aku tak pasti sebab dia cikgu baru di situ, aku assume ustazah berdasarkan pakaiannya....huhuhu...).

Cikgu S meminta aku menunggu seketika, dia menulis sesuatu di atas kertas dan juga meminta aku menyerahkan kertas itu kepada cikgu Z. 

Ok berakhir kali pertama.

Kusangka hujan hingga ke petang, rupanya .....eh eh nak berperibahasa pulak...ok sambung cerita......

Nak dijadikan cerita, setiap kali cikgu Z masuk mengajar, secara tak rasminya juga aku menjadi 'posmen' antara dia dan cikgu S. 

Mulalah aku mushkil kan..... something wrong somewhere kah? (wah ciri-ciri CSI sudah ada gituuuu.....hikhikhik)

So entah macam mana, suatu hari, aku singgah tandas dulu sebelum pergi ke kelas XXY. 

Aku baca surat itu !!!!!!!

Degupan jantung masa tu punyer lah kuat kan, yer lah, orang bersalah, baca surat orang......

Tapi aku telah membuat penemuan yg mengejut !!!!!

Mesti korang dapat teka kan? 

Yuppp, depa bercinta secara underground.

Memang apa yg ditulis dalam surat itu merupakan ayat-ayat cinta. 

Sebenarnya aku yg terkejut lebih-lebih ! 

Yerlah, budak darjah 4, yg tahu cikgu kelasnya sudah berkahwin, kenapa cikgu nak buat mcm ini (ada affair) ? 

Aku tak tahu bagaimana kesudahan kisah depa, sebab secara tiba-tiba juga 'perkhidmatan' aku sebagai posmen ditamatkan....hehehhehe....legaaaaa wehhhh....

Apa-apa pun, itu adalah secebis memori aku dan cikgu semasa bersekolah rendah dahulu.....

Dan pastinya banyak lagi memori yg manis-manis belaka......

Kepada semua guru/pensyarah/pendidik di luar sana, 



Happy Teachers' Day

Tuesday 15 May 2012

PCM of the day ......


Senyum ....... tak perlu kata apa-apa .....Senyum ........



P/S: Hi aunty Sue-Rya Qistina; aunty MaryaYusof; aunty HappyIchigo; aunty Umiyumi; aunty mamact; aunty MariamBebakar; aunty Badjie; aunty ~najwa~ dan kawan-kawan mummy ........

Sunday 13 May 2012

Thursday 10 May 2012

Resepi Sihat di Kala Malam Menjelma ....

Sebenarnya, nak testing sama ada resepi baru untuk Amzar esok, akan jadi ke tidak. Ala-ala food testing ler, tapi kena masak dulu kan.

Nama resepi? Hmmm.....entah, tiada idea pulak malam-malam ni kan.....

Apa kata kawan-kawan bagi idea? eheeeee.......

Jom tengok bahan-bahan nya:

Tepung atta, 2 biji telur, unsalted butter, dan blueberry, air sikit.

 Warning: Resepi ini sengaja aku tidak masukkan garam dan gula !!!!

Campurkan tepung atta, telur, usalted butter dan air ---- kacau hingga 'seiring sejalan'.

Kisar blueberry tanpa perlu campur air ya......

Campurkan blueberry ke daam adunan.

Adunan resepi.....

Lepas tu, bolehlah nak masak. Ada dua pilihan sebenarnya: steam atau jadikan macam pancake. 

Tapi sebab dah malam kan, aku malas lah pulak nak 'melempeng' bagai kan.....maka nya pilihan yang aku ada adalah steam.....

Tuang ler adunan ke dalam acuan cinta, dan tabur beberapa biji blueberry yang masih berbaki.....

Steam selama 30 min....hasilnya:





Dan dan...elok jer benda ni masak, mr hubby pun balik......ehheeee......langkah kanan gitu kan....(kalau tak aku ngap sorang2 dahhhh......)

Tekstur cantik, Alhamdulillah.......experiment success!

Rasa pon okay (tanpa garam gula ya....). 

Kalau kalian nak buat utk tetamu, sangat molek ya untuk tambah garam/gula dalam adunan ni. Kalau tak, nanti tetamu ingat tuan rumah kedekut pula....hikhikhikhik.....

Oh ya, semalam, aku join senamrobik...wah lama betul tak bersenam ....... syok !

Tengah aku bersenamrobik gitu kan, si Ajwad sibuk jadi photographer.....boring punyer pasal ler tu.....tapi banyak-banyak gambar yg dia ambik tu aku kena tapis la kan......hikhikhik....jadinya, dalam banyak-banyak tu, satu jer laa yg afdal untuk diletak kat sini.......


eh aunty Ainun sempat 'peace yo ' ek....

Till then, c ya.....Assalamualaikum.....

P/S: Terima kasih kepada semua rakan blogger di atas komen-komen membina/nasihat ....love u guys....

Wednesday 9 May 2012

Salah tulis daaa.....

Amzar sebenarnya dah boleh meniarap sejak umur 3 bulan lebih, cuma orang pertikaikan sebab sekarang, umur dia hampir setahun, belum boleh merangkak lagi.

Thanks to Mama2Q.... saya x perasan pon silap taip di situ.....

Jom layan gambar 'a new helper in d house' .......










posted from Bloggeroid

Monday 7 May 2012

Learn from the kids.....



You can learn so much about yourself, life, and God by observing your children. 
Today my 38 month old spilled something again after spilling the same thing 
this morning. He didn't want me to be mad, so he starts cleaning it up and 
saying, "I clean it. I clean it." Then when he saw that I got frustrated, he threw 
himself on the ground and said, "I bad kid!" I immediately stopped being mad 
and was now focused on assuring him that he was NOT a bad kid, but a good 
kid! Not only did my anger disappear, I was now focused on making HIM feel 
better! WOW! Bingo! How did Adam (AS) get forgiven? "Qala rabbana thalamna 
anfusana wain lam taghfir lana watarhamna lanakoonanna mina alkhasireena": 
"They said: "Our Lord! We have wronged our own souls: If thou forgive us not 
and bestow not upon us Thy Mercy, we shall certainly be lost." (Quran 7:23) He 
'threw himself down', so Allah, not only forgave, but picked him back up! Allahu 
akbar!

Thursday 3 May 2012

Home-made No-Salt Chicken Stock

Hai hai hai ..... 

~najwa~ ; Mama2Q; Sue-Rya Qistina; MaryaYusof; Hanis MY; Kamalia (Kak Lia); Asmara (Kak As); Lynn;  JembalCastle; ummi_ziz (izu) & semua rakan bloggers.. ----- semoga senantiasa ceria !


Semalam, 2 May, aku cuti...sajer la ambil cuti extra, cuti rehat di rumah sempena baru pulang dari kampung.....tapi nama jer la bercuti kan, rupa-rupanya lagi penat berbanding hari kerja.....hmmm, dah namanya  kerja rumah, ada jer lah perlu dibuat kan....hikhikhik.....

Semalam juga barulah berkesempatan mencuba skill menyediakan sendiri kiub stok ayam (macam perlu skill tinggi jer kan, walhal macam kacang putih jer bagi kawan-kawan sekalian kan....hehehhe).

Resepi asal ada di Blog Saya Hot. Terima kasih umi Maryam. Seperti biasa, aku olah sikit resepi tu berdasarkan bahan-bahan yg ditemui di pasar pagi......jom layan.......


Para pelakon utama chicken stock: Ayam dan tulang ayam, celery, carrot, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih. Kuantiti bagi setiap bahan tu pandai-pandailah agak ya.....rebus kesemua sekali utk jangka masa 3 jam......

Setelah stock sejuk, bolehlah masukkan dalam bekas agar-agar macam ni @ ice-tray, kemudian cover dengan cling wrap (bagi bekas yg tiada penutup). Bekukan dalam fridge......

Dah beku, bolehlah keluarkan daripada bekas acuan tadi dan letak dalam plastik (utk memudahkan proses memasak kemudian hari). Masukkan semula dalam fridge/freezer.

Nampak macam agar-agar laaa pulak chicken stock ni......tapi janganlah expect home-made ni akan jadi keras 'kejung' macam yg kedai punyer yer......aku punyer version ni agak lembut laaa sifat fizikalnya...huhuhuuuu....


Selesai bertungkus-lumus buat chicken stock kan, terasa lah kemalasan melanda apabila tibanya masa untuk menyediakan juadah dinner......

Maka, buat jer lah hidangan yg sewaktu dengan chicken stock tu.....SINGGANG DAGING !

Method: Campakkan ajer hirisan halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah, 2 keping asam gelugor, biji ketumbar yg ditumbuk, cili merah (optional), 2 titik budu (optional) .......hasilnya :


Singgang Daging for dinner

Till then, c ya.... Assalamualaikum.....